baaelunsiber

Tuesday, August 28, 2012

S2 5Z LAPORAN HARI GURU


 
3.            Pendahuluan - 16 Mei, di dewan dan di padang.
Idea-idea utama : - berhimpun/nyanyian/ucapan
permainan/sukaneka
persembahan murid/guru
penyampaian hadiah/jamuan
Penutup              - bersurai


Sekolah kamu  telah  mengadakan  majlis sambutan Hari Guru. Tulis laporan tentang majlis tersebut.
                        
                            Laporan Majlis Sambutan Hari Guru 2012 
S.K Jalan Matang Buluh

S.K Jalan Matang Buluh telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru  pada 16 Mei 2012..Majlis telah diadakan pada hari Khamis bermula pada pukul  lapan  pagi.Majlis ini diadakan untuk memberi  penghargaan dan  tanda terima kasih kepada guru-guru.

                Pada pukul  lapan  pagi semua murid-murid berkumpul di dewan sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa.Kemudian ucapan  sempena Hari Guru disampaikan oleh Tuan Guru Besar dan Wakil Murid.Kemudian semua guru membaca ikrar dan menyanyikan  lagu  ”Guru Malaysia”.

   Selepas itu,,persembahan daripada murid-murid dan guru telah diadakan.Antaranya,persembahan  seperti  nyanyian,deklamasi sajak, tarian dan boria .Tetamu yang hadir berasa terhibur denagan persembahan tersebut.Kemudian murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

      Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah  pertandingan sukaneka antara guru.Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan..Permainan tersebut sungguh  menarik dan hebat kerana masing-masing ingin kemenangan.Akhirnya kumpulan Cikgu Zulkaflee diumumkan sebagai johan keseluruhan.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar  pada akhir majlis.   Selepas berakhir penyampaian hadiah,satu jamuan  telah diadakan..

Majlis berakhir pada  pukul  2.00 petang.

Disediakan oleh,                                         17 MEI  2011..

…………………………..
(AIMAN BIN HIDAYAT)                
Setiausaha,                                                                          
Sambutan Hari Guru 2012

No comments:

Post a Comment