baaelunsiber

Sunday, August 26, 2012

PRA-UPSR SYARAHAN KEBAIKAN KOKO


 
Soalan 3
Pendahuluan:Mengucapkan salam dan mengalu-alukan para hadirin - menyatakan tajuk syarahan- memberi definisi tajuk syarahan - kokurikulum adalah aktiviti bukan akademik di luar bilik darjah- sukan, permainan, persatuan
Isi-isi :
1.Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
2.Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran - melalui aktiviti persatuan.
3.Meningkatkan kemahiran dalam sukan - permainan.
4.Memupuk / membentuk nilai-nilai murni - kepimpinan,
     bantu-membantu, bekerjasama dan Iain-lain.
5.Murid aktif kokurikulum -mudah dapat sekolah berasrama
6.Melahirkan murid yang seimbang perkembangannya dari
    segi mental, jasmani, dan rohani.
Penutup:Menegaskan tajuk bahawa kokurikulum mendatang banyak kebaikan

Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan peringkat sekolah.Tajuk syarahan itu ialah “Kebaikan Mengikuti Aktiviti Kokurikulum”.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya

Yang berusaha Tuan Guru Besar ,Encik Radzuan b Othman ,
panel hakim yang arif lagi bijaksana, ,guru-guru   serta rakan-rakan sekalian.
Pada pagi ini,saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
 bertajuk  “Kebaikan Mengikuti Aktiviti Kokurikulum”.

Hadirin sekalian,      
       Aktiviti kokurikulum merupakan satu kegiatan yang
penting  sekolah.  Menerusi kegiatan kokurikulum, murid-
murid dapat  menambah pengetahuan dan pengalaman.
Murid-murid lebih mendalami berkenaan sesuatu mata
pelajaran.Di samping itu, murid-murid dapat pengalaman
seperti berkawad,memasak,mendirikan khemah dan
sebagainya.

     Selain itu, melalui kegiatan ini murid-murid akan lebih
sihat dan cergas.Badan yang sihat akan melahirkan otak yang
 cerdas.Oleh itu, kita dapat menghindar daripada sebarang
penyakit.Jika sakit kita tentu memerlukan kos yang tinggi
 untuk tujuan perubatan.

     Seterusnya, kegiatan ini  dapat mengisi masa senggang.Ini
dapat mengelakkan murid-murid membuang masa seterusnya
 terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti
gengsterisme,vandalism,merokok,lepak dan sebagainya.
Tambahan pula,aktiviti kokurikulum ini banyak mendatangkan
keseronokan dan kegembiraan.

     Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk berdikari dan
 bekerjasama semasa aktiviti dijalankan.Murid-murid juga
dilatih berdisiplin dengan mematuhi masa dan mengikut
 arahan ketua.Secara tidak langsung,murid-murid akan dilatih
sebagai pemimpin masa depan.

    Setakat ini sahajalah syarahan saya buat kali ini.
Sebelum berundur,  murid –murid hendaklah menyertai
aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Aktiviti ini
 banyak memberi  kebaikan terutama dalam kehidupan .
        
Sekian,terima kasih.


No comments:

Post a Comment