baaelunsiber

Friday, March 29, 2013

PETUA WANGIKAN BADAN

ETUA WANGIKAN BADAN

Minyak wangi sebenarnya tidak dapat membantu. Penyelesaian terbaik ialah mencari jalan supaya badan wangi secara semulajadi. Disini disediakan petua mewangikan badan.
Petua Hilangkan Bau Badan
Satu ramuan tradisional yang digunakan sejak turun-temurun ialah beras. Selain berupaya menghaluskan kulit, beras juga dikatakan dapat menghapuskan masalah bau badan.

Caranya ialah ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus jadi cam beras terbakar. Lepas tu tumbuk beras terbakar tu  hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa.


Gosokkan bancuhan tu ke bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak dan sebagainya. Lepas digosok biarkan selama 10 minit dan mandi. Jika diamalkan dengan kerap, hasilnya akan dapat dirasai apabila badan tidak lagi berbau busuk setiap kali berpeluh.
Pewangi Peluh
Dapatkan tawas dan jadikan ia serbuk. Gaulkan serbuk tawas tu dengan sedikit beras.Setelah itu sapu rapi ke seluruh badan terutama di tempat-tempat yang mudah berpeluh. Seboleh-bolehnya cuba amalkan setiap malam sebelum tidur. Anda akan dapati peluh yang keluar dari badan bertukar menjadi wangi.

Saturday, March 23, 2013

 BERGAMBAR KENANGAN..juara 2013 lelaki
 juara 2013
 juara..bersama ibu bapa ,guru-guru dan penyokong
 Tumpang happy...
 Menunggu untuk bermain
 juara berganda lelaki dan perempuan 2013


Tahniah pada pasukan hoki skjmb...juara berganda...khas utk jurulatih yang tak pernah letih...Aminuddin

STAR-MCKK : DENDAM 2012 AKHIRNYA TERBALAS

STAR-MCKK : DENDAM 2012 AKHIRNYA TERBALAS

Hari yang dinanti-nantikan kini muncul. STAR VS MCKK, final Kejohanan Hoki SBP Zon Utara. Yang pasti ke dua-dua pasukan  walau menang atau kalah sudah pasti menjamin tempat di pringkat kebangsaan pada bulan Mei nanti.
Nyanyian lagu sekolah sebelum perlawanan dilangsungkan.
Kali ini para pemain dibakar hati, perasaan dan semangat mereka dengan sentimen kekalahan di tangan MCKK tahun lepas seawal peringkat suku akhir lagi. Inilah peluang terhidang kepada STAR untuk membalas dendam kekalahan mereka tahun 2012. Dan sebagai kemenangan moral dalam aksi perlawanan persahabatan sebelum ini, STAR berjaya menewaskan MCKK 4-0.
Kelihatan para penyokong STAR yang datang ke Batu Gajah menggunakan dua  buah bas begitu bersemangat menyanyikan lagu cheer.
Dengan kehadiran para penyokong ULTRAS Abdul Rahman, STAR begitu bersemangat untuk menewaskan MCKK. Kali ini jurulatih menggunakan taktikal pressing pocket bagi mengekang MCKK dari mengeluarkan bola dari kawasan D. Walaupun memiliki deretan peluang dalam separuh masa pertama dan meguasai 80 peratus permainan, namun  ketumpulan barisan hadapan menjadi duri dalam daging kepada para pemain. Kedudukan separuh masa pertama STAR dan MCKK terikat 0-0.
Barisan half/second  line bekerja keras untuk menembusi pertahanan MCKK.
Memasuki separuh masa ke dua, STAR masih buntu untuk membuat jaringan. namun sebaliknya, MCKK mendapat peluang terbaik pada minit ke 19 pabila mendapat pukulan sudut penalti. Namun, bola tolakan pemain MCKK jauh melewati pintu gol STAR yang dikawal oleh Firdaus Zaki.
Zaim Ariffin terus mengasak kubu lawan.
Selepas itu, STAR terus melancarkan serangan bertubi-tubi kerana bola MCKK banyak tersangkut dalam kawasan 50 mereka. namun, sebagaimana separuh masa pertama, barisan penyerang masih gagal memastikan kem STAR bergembira. Akhirnya masa perlawanan sebenar tamat dan kemenangan harus ditentukan melaui "golden goal".
Mendengar arahan dan kata-kata perangsang dari jurulatih." ZAHRAN bila lagi? Bila lagi?? Saya nak tengok gol kamu. Akhirnya menjadi kenyataan.
Skrip yang sama berulang apabila barisan hadapan melakukan banyak kesilapan dan terlalu ghairah untuk menjaringkan gol. Sewaktu perlawnan berbaki 5 saat, Zahran Syahmi muncul wira STAR apabila menolak masuk bola muntah penjaga gol MCKK ketika keaadaan kelam kabut dalam kawasan D MCKK. Dan pengadil perlawanan meniupkan wisel dan menunjukkan isyarat gol dan seluruh penyokong STAR bergembira dengan kejayaan ini.
ANACONDA'S meraikan kemenangan bersama ULTRAS Abdul Rahman.
Alhamdulillah, STAR buat kali ke dua muncul juara Kejohanan Hoki SBP Zon Utara setelah menggunggulinya buat pertama kali pada tahun 2011. Alhamdulillah, terima kasih semua pemain, jurulatih dan penyokong yang memastikan dendam kita dapat dilunaskan. 
Moga berjaya di peringkat kebangsaan nanti.



CORAT-CORET STAR DALAM KEJOHANAN HOKI SBP ZON UTARA

CORAT-CORET STAR HOCKEY DALAM KEJOHANAN HOKI SBP ZON UTARA

Pemain yang memakai baju hitam menggelarkan diri mereka "illigal" kerana merupakan pemain yang tidak berdaftar. Namun tetap semangat membantu rakan-rakan yang mewakili sekolah. Terima kasih Fadil, Azali, Momo dan Meor.

Pasukan SM Sains Tapah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi gol STAR kerana kesilapan barisan pertahanan. Dan gol tersebut merupakan gol pertama SESTA dalam sejarah 3 tahun penglibatan mereka dalam Kejohanan Hoki SBP.

Mr Shahnun tersilap memberikan dos Surbex yang lebih kepada pemain sewaktu hari ke dua kejohanan berlangsung dan menyebabkan para pemain kelihatan lesu sewaktu bertemu SERATAS. Apa dah coach, kau nak bagi budak-budak ni mati cepat ka? hew hew

Ketika sekolah-sekolah lain datang menggunakan bas berhawa dingin, STAR memilih untuk datang dengan coaster yang banyak berjasa, sehingga mendapat perhatian daripada pasukan sekolah lain. Para pemain juga sering menyanyikan lagu cheer dalam perjalanan datang ke stadium. malam akhir sewaktu ke Stadium Azlan Shah untuk menyaksikan final Malaysia vs Australia, coaster buat hal, tak mahu hidup katanya. Terpaksalah digantikan dengan bas.

Aman merupakan antara pemain terkecil dalam kejohanan tetapi memiliki kelincahan dan skill yang memukau. Tiga tahun lah posisi tengah milik Aman. Setiap kali beraksi, Aman pasti menjadi tumpuan. Namun, sesekali apabila pemain lawan menggunakan 'body attack" Aman akan jatuh. Kesian Aman.

Agak lucu apabila pihak tuan rumah tidak menyediakan khidmat "ball boy" dalam kejohanan yang berprestij. Para pemain terpaksa berlari mengambil bola sendiri apabila cola keluar. Perlu diberi perhatian tuan rumah seterusnya ! nak jadi tuan rumah yang baik, semua ni ken ambil kira, begitu juga pandangan jurulatih dan pengurus, bukannya syok sendiri sahaja. 

Terima kasih kepada para supporter ULTRAS Abdul Rahman yang turun menyokong pasukan hoki. pasukan ini diketuai oleh Hasif Ramli.

Agak malang buat penjaga gol Firdaus Zaki apabila kehilangan kasut Adidas yang dicuri pada malam terakhir. Dah tu sapo suruh ekau lotak kek luar? Kan dah tak pasal-pasal kena beli kasut baru.

Ridzwan, Nami dan Izham muncul penjaring gol terbanyak STAR dengan TIGA gol. 

Jersey STAR menjadi tumpuan kerana terdapat logo MJHL . gambar pasukan STAR dipilih menghiasi hadapan MUG kejohanan yang dijual sebagai cenderahati.
Mug kejohanan dijual dengan harga RM 15 dengan budak-budak STAR sebagai penghias dan penarik.

Zahran Syahmi bersama seorang penyokong tersenyum riang apabila muncul wira menjaringkan "golden goal" pada minit ke 34 perlawanan. 

Pemain yang memakai jersey nombor 6, Mohd Iqbal mencatat sejarah apabila bola pukulannya telah mencederakan telinga pemain SM Sains Pokok Sena (SAINA).
dari blog star hockey team.......

Monday, March 18, 2013

raya--raya...


20. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas
                  ,enakmen


1. pasar raya.

(   /     )
2. pasaraya.

(    X    )
3. bandar raya

(   /     )
4. Bandaraya Kuala Lumpur
(   /     )
5. Bandar Raya Luala Lumpur (    X    )
6. Bandaraya Ipoh

(   /     )
7. pilihanraya

(    X    )
8. jalan raya

(   /     )
9. hari raya

(   /     )
10. lebuhraya

(    X    )

Kata Majmuk


Kata majmuk yang. telah mantap dan dieja satu perkataan





antarabangsa pesuruhjaya bumiputera
setiausaha jawatankuasa sukarela
kakitangan suruhanjaya warganegara
tanggungjawab olahraga
matahari
beritahu
kerjasama tandatangan

Sunday, March 17, 2013

6Z


Lihat gambar di bawah ini dengan teliti,
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di. bawah ini.
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti,
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di. bawah ini.
1.          Melompat tinggi        -    memenangi pertandingan
2.          Mencatat ketinggian   -     menentukan pemenang
3.          Membuat lonjakan     -    lompatan paling jauh
4.          Member i  rawatan    -     peserta yang tercedera
5.          Menunggu giliran      -     membuat lompatan


 
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.

Harl  Raya  Aidilfitri  baru  berlalu. Azmin  banyak  mendapat  duit  raya, Azmin  mengira  duitnya,.Ada  RM102, Azmin  berasa  gembira. Dia  teringat akan  beberapa  buah  buku  idamannya, Sudah  
l ama Azmin  bercita-cita  hendak  membeli  buku-buku  itu,  Azmin  mendapatkan  ayahnya. Dia  meminta  ayahnya  membawanya  ke kedai  buku  di  bandar,

Di  kedai  buku, ayah Azmin  memberikan  peluang  kepadanya  untuk  memilih  buku  cerita  yang diingini, Walau bagaimanapun,  ayahnya  menasihati Azmin  supaya  beringat-ingat  untuk  berjimat,  Sebahagian  daripada  wangnya  mesti  diperuntukkan  untuk  tabungan. Azmin  berjanji
untuk  mematuhi  nasihat  i tu.

Azmin  berhati-hati  memilih  buku  yang  hendak  dibeli. Setelah  memilih  tiga  buah  buku  dan membayar  harganya, Azmin  mengajak  ayahnya  p ulang. Azmin  senang  hati  kerana  dapat  membeli  buku cerita  yang  diidamkan  dengan  menggunakan  duit  sendiri, Dalam  masa  yang  sama, dia  dapat  mematuhi  nasihat  ayahnya. Azmin  masih  mempunyai  baki  wang  daripada  pembelian  buku  tadi. Wang  itu  akan disimpan  di  dalam  bank, Azmin  meminta  ayahnya  menghantarnya  ke  bank  pula  esok.

1.Berhemah- meminta  ayahnya  membawanya  ke kedai  buku  di  bandar,
2.    Prihatin - menasihati Azmin  supaya  beringat-ingat  untuk  berjimat
3.  Akur/taat - untuk  mematuhi  nasihat  i tu/ diperuntukkan  untuk  tabungan
4.    Berdikari - membeli  buku cerita  yang  diidamkan  dengan  menggunakan  duit  sendiri,
5.    Jimat cermat- baki  wang  daripada  pembelian  buku  tadi.   akan disimpan  di  dalam  bank