baaelunsiber

Saturday, September 29, 2012

LATIHAN TATA BAHASA





KATA MAJMUK/PEMILIHAN KATA
1.Athirah berjalan di atas titi itu   dengan berhati-hati supaya
    tidak_____________    ke   dalam parit yang berselut itu.
A   terjelepok           B   tersungkur
C   tergelincir           D   terhumban

2.Puan Alia menggunakan___________untuk menutup  
     hidangan di atas meja supaya tidak dihinggapi lalat.
A   cedak                 B   celak
C   cekak                  D   cetak

3.Penduduk   di   kampung   itu mengamalkan budaya
    ___________sekiranya berlaku perselisihan faham.
A   tegur-menegur       B   nasihat-menasihati
C   beramah-mesra      D   kunjung-mengunjung

4.   Tun Perak mengetuai bala tentera Kerajaan Kesultanan  
      Melaka dalam  ­­­­­­­.­­­­­.......................            dengan kerajaan
      Majapahit.
A .pertarungan            B.pertelagahan
C.pertempuran            D.pertikaian

5   Pokok rambutan di tepi rumah Hafizul mati akibat terkena
    ___________               petir ketika hujan ribut melanda kampung itu  
     petang semalam.
A   pencaran                B   pantulan
C   panahan                 D  percikan

6.Anak-anak kecil itu tercengang dan mata  
   mereka_____________apabilamelihat pemuda itu naik  
  minyak secara tiba-tiba ketika mereka sedang bermain.
A  terjegil-jegil             B   terkebil-kebil
C  terkapar-kapar       D  terngiang-ngiang

7.Sultan Alauddin Riayat Syah telah_______________
    puteranya sulungnya sebagai Raja Muda.
A   menitahkan           B   memahkotai
C  mewasiatkan          D  mengamanahkan
8.Ay am jantan peliharaan Saiful_____________             . kepaknya   sambil berkokok di atas dahan pokok pada setiap pagi.
A   mengiraikan            B   menyuraikan
C   mendepakan            D   melibaskan






9.Nenek menyuruh Amir membuang bantal buruk yang  berbau               ________itu ke dalam tong sampah.
A  hamis                    B  hanyir
 C   hapak                 D  hangit
                   

10.Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya sedang _______     jalan     kampung itu dengan tar
. A  menampal                   B   menyalut
  C   menurap                     D   melapis

11.Ketibaan Pegawai Daerah telah disambut dengan  
    ___________               kompang oleh penduduk Kampung Muhibah.
A  paluan                          B tepukan
C ketukan                         D  pukulan

12."_________                menerima titah daripada___________
      sultan agar kita mengatur benteng pertahanan di pantai     untuk mengelakkan serangan ikan todak yang melanda   negeri ini," kata bendahara kepada pengikutnya
 A   Patik ...baginda            B   Hamba... baginda  
C   Tuan hamba.. .patik     D   Hamba...tuan hamba

13.Hujan lebat yang turun tanpa henti selama beberapa hari     menyebabkan aliran air dari________sungai     sangat deras sehingga ke kawasan___________nya.
A   hulu...tengah                B   hilir...hulu
C   hulu...hilir                      D   hilir...muara

14.Rulhaizi hanya __________apabila dia disoal siasat
      tentang    kejadian itu.
A   mencebik                       C   menyanggah
B   mencemuh                     D.  menyangkal

15.Maical dan Sharan tidak pergi bermain hoki di padang       pada petang itu__________             mendapat keizinan      daripada bapa mereka.
A   walhal                             B   tambahan pula
C  kendatipun                    D   walau bagaimanapun

16.Sebagai ketua pasukan hoki sekolahnya, Akram berasa      ______________kerana  akan  bertemu juara kebangsaan dalam pertandingan hoki pada petang itu.
A   bingung     B   keliru     C   celaru      D   gusar
17. Kerongkong Amira sakit kerana dia semasa merarau di       rumah  neneknya.
A.ketulangan                       B.penulangan
C.bertulang                         D.tetulang

18.Nabil mencerut tali seluarnya sehingga_________
     supaya tidak terlucut semasa latihan silat dijalankan.
A perit                                  B tarik  
C terik                                    D   serik
                          
19. Makanan yang terhidang di atas mej a itu_________      lalat kerana kakak terlupa untuk menutupnya.
     A dihinggapi                     B   dihurungi  
     C dikerumuni                  D   dikelilingi

                              
20.Sultan Ahmad Tajuddin Syah sedang________
     pingat kebesaran ke dada penerima anugerah itu
    sempena hari keputeraan baginda.
A   melabelkan                    B   meletakkan
C   menampalkan               D   menyematkan

21.Umi dengan rakan-rakannya____ untuk menegakkan    pendapatnya yang diyakini betul.
A   bermasam muka          B   bertegang urat
C   bertegur sapa               D   berkeras hati

22._____________pengkaji dari Universiti Putra Malaysia    telah membuat kajian tentang rempah-ratus yang   digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu kala untuk   dikomersialkan.
A.Segerombolan               B.Sekumpulan
C.Seangkatan                    D.Sekawan

23 .__________              Masjid Kristal yang sangat
     unik berjaya menarik perhatian para pelancong yang   berkunjung ke Kuala Terengganu.
A.Seni ukir                          B.Reka letak
C.Seni tampak                   D.Reka bentuk

24.Kedengaran suara___________nya yang ramai telah    berkumpul di rumah Amzar sempena majlis

pertunangannya menyebabkan suasana menjadi______
A   anak-anak ... kelam-kabut.
B  jiran tetangga ... hara-biru.
C   sanak-saudara ... hiruk-pikuk.
D   sahabat-taulan ... dentam-dentum

25.   Pasukan pertahanan hoki sekolah Ameera telah berjaya  ______________semangat pihak lawan untuk
 menjaringkan gol.
A  mematahkan                                B   melemahkan
C  melengahkan                                D  menghentikan

26.Murid-murid Tahun Enam Berlian sedang membersihkan    dinding kelas mereka supaya tidak________untuk   memenangi pertandingan kebersihan itu.
A  berkarung                      B   berkarat
C   berkerah                        D  berkarah

27. Faiz __________ di dalam sungai kerana tidak terdaya   melawan arus sungai yang deras itu.
A  terkial-kial                      B   terkapai-kapai
C  tergapai-gapai              D   terpinga-pinga

                     
28.Tangkai bunga itu________ semasa
     disunting oleh Tuan Puteri Mayang Sari.
A  genting      C   gempal B   gempar      D  gentas

                    
29.Puan Khairun sungguh teliti dalam melakukan kerja-kerja   ____________pada permukaan bekas tepak sirih itu   menggunakan benang emas yang berkualiti tinggi.
A  mencanting                   B   membatik
C  menekat                         D  menenun

30 Encik Akmal berasa    _____________semasa berada     di dalam majlis yang dihadiri oleh pembesar daerah itu.
A   sugul                                      B   resah     
 C   kekok                                   D   canggung



                    
31.Fatin leka__________            hadiah hari lahir rakannya   sehingga dia terlupa melipat pakaian yang disuruh   ibunya.
A   mendiang                      B   menyalut
C   membebat                    D   menebar

                     
32.Dangau yang terletak di tepi __________      itu tampak    terang-benderang kerana dihiasi dengan pelita.
A  bagan        C  perigi      B   sumur       D  kali

33.Tali ampaian itu…………………apabila kakak menyidai     
      beberapa helai seluar yang basah.
A   melandai                       B   melendut
C   melentur                       D   melayut

34.Ibu memasukkan.___________ yang telah dirincih ke  dalam     kuali untuk ditumis setelah minyak dipanaskan.
A   lelabu         B   bebola        C   dedaun    D  bebawang

                 .
35.Pak Husini terkenal dengan kerja-kerja__________    
     pukat dan bekas tangannya itu sering mendapat pujian    daripada para pembeli.
A  menyongket                                 B   membubul
C   menenun                      D   mengarih

36.Dalam pertelagahan itu, Hang Tuah dapat_________      tikaman daripada Hang Jebat lalu menewaskannya.
A meluluskan                     B   melupuskan
C meluputkan                    D  melurutkan

37. Amir terjatuh apabila basikal yang ditunggang olehnya terlanggar __________ sebatang pokok cempedak.
A. pangkal                           B.puncak
C.pucuk                                                D. perdu
38. Fajar ____________ di celah bukit di hujung kampong    itu.
A.      Menerbit                             C.menyerlah
B.      Menyinsing                        D. menyorot

39.Musim kemarau yang berlanjutan selama beberapa bulan telah menyebabkan sawah menjadi _________
A  jerlus                                                B   hancur      
C  tandus                             D  kontang

40.     __________Amirul yang agak  keterlaluan
       menyebabkan ayah dan ibunya naik angin.
A.Tindak-tanduk              B.Porak-peranda
C.Desas-desus                  D.Bolak-balik
                     
41.Puan Aina sedang      _____________sebuah dulang yang   berisi minuman untuk dihidangkan kepada tetamunya.
A   mengelek                       C . mengampu  
B . menatang                     D . menjunjung

                          
42.Aiman selalu______________           motosikal yang    ditunggangi   oleh ayahnya untuk pergi ke sekolah.
A   memandu                     B   menumpang
C  menunggang                 D  membonceng

43.Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu telah    dihadiri oleh para___________     tanah air.
A.jutawan                           B.seniman
C.negarawan                     D.sasterawan

44.Pegawai Pelajaran Daerah akan  menghadiri_________Kursus Motivasi Tahun Enam Daerah Kerian.
A.majlis penutupan        B.masjis menutup
C.majlis penutup              D.majlis tertutup

45.Setelah dibanting ,Pak Dani mengumpulkan
      beberapa________ jerami padi untuk dibakar.
A.      gemal                         B. jambak
B.      berkas                       D. rumpun



46.Buah mangga yang________tidak sedap dimakan
      kerana rasanya agak masam.
A  ranum       C  matang   B   masak       D  mengkal

47.Bil bagi bayaran buku yang dipesan oleh Zaki__________bersama-   sama surat yang dikirimkannya.
A  diselit        C   dikepil    B   dikepit      D  ditampal

48.Pak Hasan tidak dapat memasukkan skru itu ke dalam kayu kerana _______ pada skru itu telah haus.
A   kekisi                                B   temali     
C   bebunga                        D  bebenang
               

          

49.Buaya yang besar itu sedang ____________
      seekor pelanduk di tebing sebatang sungai.
A  menelan                         B. menggigit
C  membaham                   D  mengunyah

50.Walaupun usia Kamal sudah 40
      tahun, tetapi perangainya masih
A.kegila-gilaan                   B.keanak-anakan
C.kebodoh-bodohan      D.kebingung-bingungan

51.Kertas di atas meja itu berterbangan apabila kipas meja   itu berpusing
A   ligat                                  B   kuat
C  deras                                D  pantas

52.Guru Disiplin berpesan. murid-murid yang melanggar     _______________akan dikenakan tindakan yang tegas.
A tatacara                            B   tatatertib   
C tatasusila                         D  tatarakyat

53.Fakrul Amin sedang______________buluh
     untuk dijadikan rangka layang-layang.
A   meraut       C  mengikis B   melarik      D  menghiris

54.Kakak telah menempah dua pasang
baju kurung di ______________             .
A   Kedai Jahit Dini            B   Dini Kedai Jahit
C   Kedai Jahitan Dini       D  Dini Kedai Menjahit


55.Dalam masa  _____________sahaja, Encik Rozaimi  telah    sampai di Melaka dari rumahnya di Cheras.
 A   satu setengah jam    B . satu jam setengah
  C   jam satu setengah   D   setengah satu jam

56   Pak Isyraf     _________pokok bunga raya itu
      supaya   tidak tinggi menjulang.
A   mengerat       B   menebang  
C   memotong    D   memangkas

 57. Jabatan Pertanian  memang  membuat______________         untuk memajukan sektor pertanian di kawasan desa.
 A            perancangan                      B             merancang
C             rancangan                           D             terancang
                        
58.Di dalam_________ thermometer terdapat sejenis
     logam    cair yang dipanggil raksa.
A  jejari                                 C   bebola
B   bebuli                               D   bebulat

59. Lee Chong Wei sedikit pun tidak__________              untuk
       berhadapan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dalam     pertandingan akhir badminton itu.
A   cuai           B   cuak          C   culas                     D   cukup

60.Baju kurung itu sudah lama tidak dipakai kerana 
     jahitannya sudah __________
A.retas                 b.retak        C. rentas          D. regang

                 __
61.Nelayan tua itu terpaksa_________lautan yang   
     bergelora itu dengan penuh ketabahan demi  mencari    rezeki yang halal.
A   melalui                           B   melawani
C   mengharungi               D   menyeberangi

62.Wak Karman telah ________di Malaysia sejak sepuluh     tahun yang lalu.
A.bermastautin                                B.berziarah
C.bernaung        D.bertukar






63.Kamala berasa__________  kerana keputusan
      peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan   diumumkan pada minggu hadapan.
A   gusar     B   keliru            C   celaru       D  kecewa

64.Mukanya__________sahaja selepas dimarahi oleh 
     ayahnya.
A   muram      C   murung     B   tegang       D   cengkung

65. Dia sering terkenangkan peristiwa____________
      ketika dia masih kanak-kanak.
A  luput                       B   lapuk        C  lewat       D   lampau

66.Dahi Firdaus benjol kerana terhantuk 
      pada_________        meja di dalam kelasnya.
A  bucu                                                 B   pinggir            
C   pangkal                           D  hadapan

67.__________kereta nasional itu telah dihasilkan oleh     para jurutera automotif tempatan.
A.Reka bina                        B.Reka letak
C.Reka cipta                       D.Reka bentuk

                         
A.ukiran      B   pengukir   
 C  mengukir   D  pengukiran
 
68.Bidang___________               kayu telah diwarisi oleh Encik Dinie    daripada ayahnya.

69. ___________di kawasan hutan simpan itu sering
     dijadikan jalan pintas ke kawasan rekreasi itu.
A      Denai-denai              B      Jalan-jalan
C      Cerun-cerun              D      Lorong-lorong

70.Pihak polis akan ________ saman maksimum kepada     pengguna jalan raya pada musim perayaan.
A .menguatkuasakan     B       menambahbaikkan
C .mengemaskinikan      D      menyatupadukan
71.    Pak Mail ________                di kebunnya untuk ditanam
      dengan sayur kobis.
A      terbatas                      B       batasan
C       membatasi                D      perbatasan

 








72           .
     Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu
         _________ apabila ditiup angin.
A.meliang-liuk                   B       melambai-lambai
C .tergoyang-goyang      D      terkontang-kanting

73     Mereka menggunakan ___________      semasa
          berhubung dengan orang- orang di istana itu.
A . bahasa slanga              B .     bahasa dalam
C. bahasa halus                 D.      bahasa pasar

74. Pak Fawass memasukkan tiga ______ garam ke dalam        kawah untuk menyedapkan kari daging itu.
A.      buku                      B. cubit
B.      jemput                 D.genggam

75. Abang Shahir kelihatan segak apabila__________dengan     pakaian yang baru dibelinya.
A.menggaya                       B      melaram
C      memakai                      D      mengena

76.Seorang wartawan sedang_____________  pelajar        cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini.
A.menyoal siasat              B             bersoaljawab
C.menemuramah            D             berjanjitemu

77.Lidah Aini  terasa__________     apabila tergigit kulit    limau kasturi.
A      getir       B kelat        C pedih      D     lidas

78.Kera-kera itu bertempiaran sambil_________apabila      terdengar bunyi tembakan yang kuat             .              
A     mendesis                     B      mengerih  
C     melenguh                    D      mengilai

79.Hari  hendak hujan. Eloklah patik
     sediakan_________untuk tuanku," kata inang.
     kepada Tuan Puteri Intan Atirah.
A             kaus '                     B.            iram-iram
C             mahkota              D             destar

80. Akibat tekanan kerja yang banyak,fikirannya menjadi ____________
A. berkecamuk                                 B. Kecamuk
D. mengecamuk                               D. dikecamuk