baaelunsiber

Wednesday, August 24, 2016

Wakil Perak ( SKJMB )Johan Hoki B12 MSSM 2016..



Kepentingan Internet



Kepentingan Internet
Pada zaman serba canggih ini,kemudahan internet merupakan satu kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat.Oleh yang demikian, internet mempunyai pelbagai faedah dan kepentingannya kepada kita.
                Antara kepentingan internet ialah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat.Kita boleh mengetahui pelbagai maklumat dengan bantuan dan melayari internet sahaja.Oleh itu , kita dapat mengetahui pelbagai maklumat sama ada di dalam atau luar negara.Contohnya kita dapat mengetahui keputusan Olimpik Rio sekelip mata sahaja.
                Selain itu, internet dapat digunakan sebagai rangkaian untuk perhubungan.Kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana dia berada.Ini secara tidak langsung ,akan merapatkan hubungan Antara satu sama lain walaupun kita tinggal berjauhan.Kita boleh menghubungi keluarga,kawan-kawan atau atas urusan pekerjaan.
                Di samping itu, kita dapat berhibur dan menghilangkan stres  dengan menggunakan internet.Kita dapat menonton cerita, mendengar lagu,bermain permainan  dan sebagainya.Selain dapat memberi teladan kita juga dapat  berseronok setelah penat belajar atau berkerja.
                Seterusnya,sebagai seorang pelajar kita dapat melayari internet untukmembuat latihan dan ulang kaji pelajaran.Melalui cara ini, pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.Ini akan membantu murid-murid terutamanya yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR.Murid-murid juga akan lebih berdikari.
                Kesimpulannya, internet memang banyak kebaikannya. Oleh itu, ibu bapa harus mengalakkan anak-anak melayari intenet  untuk ke arah kebaikan.
               

Friday, July 29, 2016

skjmb team -Johan b11 daerah kerian2013


skjmb 2010 team


SKJMB TEAM- JOHAN DAERAH KERIAN 2009 (KELOMPOK 2)



BOLA SEPAK SKJMB CEMERLANG DAN GEMILANG

Setelah sekian lama menanti, akhirnya  pasukan SK Jalan Matang Buluh telah membuktikan  kehebatan .


Bermula dengan pertandingan peringkat kelompok 2, SKJMB telah berjaya mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut sejak 2007.Pada pertandingan SKJMB berjaya menewaskan SKPHT (13-0), SKPHA (4-0),SKDM (4-1) dan SKTM (2-0).
            Peringkat daerah pula, seramai sepuluh pemain SKJMB telah mewakili kelompok Dua dalam pertandingan peringkat Daerah Kerian.Keputusannya amat cemerlang dan membanggakan.Kelompok 2 menjadi Johan daerah Kerian 2009 berbanding 2007 (keempat) dan 2008 (ketiga).Keputusan penuh  menentang  K1 (2-1), K6 (3-3) ,S.Akhir K7 (4-3) dan Akhir K1 (2-0).
            Tiga pemain bola sepak SKJMB terpilih mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri.