Andaikan kamu dan
kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah,
salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.
Ceritakan
bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.
|
Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.
|
mencadangkan
|
|
selamat
|
|
terselamat
|
|
meletakkan
|
|
bersendirian
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
berkelah
|
|
bergegas
|
|
seorang
|
|
mengikut
|
|
gembira
|
|
HAMPIR MENGUNDANG PADAH
Pada hari
minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi ...(1)... di Hutan Lipur Lata
Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, Perak Darul
Ridzuan. Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.
Setelah sampai di
destinasi, kami ...(2)... barang-barang di sebuah pondok
yang disediakan. Kami mandi-manda dengan ...(3)... sekali. Pada pagi itu, masih belum
banyak orang yang mandi.
Ravi ...(4)... kami pergi ke tempat
yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada papan tanda yang melarang
pengunjung mandi di situ. Ravi dan Kim Leng tidak memperdulikannya. Aku tidak
mahu ...(5)...
mereka ke tempat tersebut.
Aku ...(6)... mandi di tempat yang
airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga tidak berapa deras. Air di tempat
aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat yang
tohor ini lebih ...(7)... kerana aku tidak pandai berenang.
Tiba-tiba, aku terdengar
suara Ravi menjerit meminta tolong. Aku ...(8)... ke arahnya, aku lihat Ravi sedang
terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada ...(9)... pemuda di situ, dia segera
bertindak untuk menyelamatkan Ravi.
Ravi berasa amat bersyukur
kerana ...(10)...
daripada lemas. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada
dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu ... detik hatiku.
|
|
No comments:
Post a Comment