Murid-murid digalakkan
menabung kerana amalan itu banyak kebaikanya.
Tulis karangan tentang
kebaikan-kebaikan menabung
3. Pendahuluan - Pernyataan umum tentang
amalan menabung.
Idea-idea -
melatih diri berjimat cermat
-menampung perbelanjaan pendidikan pada masa hadapan
-meringankan bebanan
ibu bapa
-kegunaan ketika kecemasan
-memupuk sikap
berdikari
Penutup -Harapan/seruan agar menabung
dijadikan amalan.
Faedah
Menabung
Menabung ialah kita menyimpan
sedikit-sedikit wang
lebih daripada perbelanjaan.
Menyimpan wang banyak
faedahnya.
Menabung
dapat melatih diri berjimat-cermat
Ini dapat mengelakkan kita daripada
bersikap boros.
Membazir tidak baik kerana itu
adalah amalan syaitan.
Menabung
mendidik kita supaya dapat menyimpan wang.
Wang yang disimpan tentu bertambah
banyak kalau dilakukan berterusan.
Bak kata pepatah"Sedikit
sedikit lama-lama menjadi Bukit".
Selain
itu, wang yang disimpan boleh digunakan
pada masa-masa yang diperlukan dan kecemasan.Kita dapat membeli
barang keperluan tanpa berhutang.
Ini dapat membahagiakan hidup kita.
Seterusnya,
menympan adalah satu amalan yang
mulia. Wang yang disimpan boleh digunakan untuk menyambung
pelajaran atau perbelanjaan yang lain.Ini tentunya
meringankan
beban ibu bapa yang selama ini
bersusah payah untuk kita.
Kesimpulannya,
menabung adalah satu sikap
yang baik dan terpuji.Kita boleh
melakukan banyak perkara jika
mempunyai wang..
No comments:
Post a Comment