baaelunsiber

Thursday, July 26, 2012

menyudahkan cerita..tahun 6


Aku sedang asyik membaca buku. Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit dengan kuat. Aku pun terus...
Mulakan karangan kamu dengan ayat "Aku pun terus..."

Karangan Contoh

Akupun terus berlari menuruni anak tangga.Aku segera mendapatkan adikku di dapur. Aku berasa sungguh terkejut apabila melihat keadaan adikku.
Kulihat adik sedang menangis sambil memegang tangannya yang berdarah. Berhampiran dengannya terdapat sebilah pisau dan sebiji epal tergolek di atas lantai. Rupa-rupanya jari adik terkena pisau sewaktu hendak mengupas epal.
Aku pun memapah adik ke atas kerusi. Aku memujuk adik supaya berhenti menangis sambil memeriksa tangannya. Mujurlah aku tidak mati akal. Segala pengetahuan merawat luka-luka ringan yang kupelajari, aku gunakan untuk merawat luka adik.
Aku pun mengambil peti ubat yang lerletak di atas almari. Luka itu kubersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan darah. Selepas itu, aku membubuh ubat luka pada jari adik. Kemudian luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.
Setelah selesai, aku pun menelefon ibu di tempat kerja. Aku menceritakan kejadian adik yang tercedera itu. Pada mulanya ibu kedengaran cemas tetapi setelah mengetahui luka adik tidak serius, ibu kembali tenang.
Aku berasa bersyukur kerana dapat memberikan pertolongan cemas kepada adikku. Kini barulah aku menyedari betapa bergunanya aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolahku.

No comments:

Post a Comment