baaelunsiber

Sunday, July 15, 2012

KEBENARAN MELAWAT


Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan lawatan sambil belajar.Selaku setiausaha,kamu  diminta untuk menulis surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon kebenaran daripada beliau
1.        Pendahuluan - Tempat dan tarikh lawatan.
Idea-idea :       - tujuan lawatan
-     bilangan peserta dan guru pengiring
-     bayaran / surat  kebenaran ibu bapa
-     tempat-tempat yang akan dikunjungi
-     waktu pulang, memohon kebenaran
 Penutup          - Harapan dan  Ucap an terima kasih


Pesatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI, PERAK.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI
Perak.                                                                                                 20 JUN, 2012.

     Memohon Kebenaran Menganjurkan Lawatan Sambil Belajar
Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2.     Saya Ammar Rusyaidi B Mohammad selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. .Tujuan lawatan ini  adalah untuk memberi  pengetahuan dan pengalaman kepada ahli-ahli persatuan.

3.         Lawatan itu akan diadakan seperti tarikh dan masa berikut:
            Tarikh  :           30 JULAI  2012 (Sabtu).
            Hari     :           Sabtu –Isnin.
            Penyertaan:    40 murid tahap 2 dan 5 orang guru pengiring.
            Bayaran          RM120.00.

4.         Selain itu, pihak kami juga akan mengedarkan surat persetujuan dan kebenaran mengikuti lawatan kepada semua ibu bapa. Murid-murid yang membuat tempahan lebih awal bersama bayaran sahaja akan diterima jika permintaan agak ramai.

5.         Antara tempat-tempat yang akan dikunjungi semasa lawatan seperti Zoo Negara, Tugu Negara,Muzium, Pusat Sains, dan Menara Kembar Petronas.Kami akan menginap selama dua hari di Hotel Mines di jalan Tuanku Abdul Rahman.
Rombongan ini dijangka bertolak pulang pada pukul 5.00 petang dan tiba di sekolah pada pukul 9.00 malam.

 6.        Kami berharap agar pihak tuan tidak keberatan  untuk membenarkan kami mengadakan lawatan.Kami juga berjanji akan menjaga nama baik sekolah semasa di sana.

Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian ,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(AMMAR RUSYAIDI B MOHAMMAD)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment