baaelunsiber

Friday, July 13, 2012

BHG C PERCUBAAN BM


BAHAGIAN C
Nasir: Apa khabar, Rosli? Bagaimana kernalangan itu berlaku?
Rosli: Saya terjatuh dari basikal ketika dalam perjalanan pulang ke  
          rumah selepas mengikuti kelas tambahan. Pada waktu itu, hujan  
          turun dengan lebatnya dan kilat pula sabung-menyabung. Saya
          sangat takut dan cemas.
Nasir: Apa yang berlaku selepas itu?
Rosli: Saya pun mengayuh basikal saya dengan laju. Jalan raya pula
           licin. Akhirnya, saya tidak dapat mengawal basikal saya itu lalu
           terjatuh di atas jalan raya. Syukurlah, Pak Imam Shafie melalui
           kawasan itu secara kebetulan dengan keretanya. Dialah yang
           menghantar saya ke hospital. Kaki dan tangan kanan saya patah
          dan saya terpaksa berehat agak lama.
Nasir: Saya turut bersimpati atas kejadian yang telah menimpa
        awak.
Rosli :Saya berasa kesal kerana tidak mendengar nasihat ibu saya.
          Ibu selalu berpesan supaya berteduh dahulu jika hujan turun dan  
          sentiasa menunggang basikal dengan berhati-hati.
Nasir  : Kalau begitu, jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran yang  
             berguna.
Rosli     :Betul tu, Nasir. Saya berjanji, saya akan mendengar segala
          nasihat ibu dan ayah saya. Selepas kaki saya pulih, saya juga  
         akan ke rumah Pak Imam Shafie untuk mengucapkan terima
         kasih kepadanya.

Nilai Murni
1.     Prihatin- bertanyakan khabar dan sebab kemalangan
2.     Berhati-hati- mengayuh basikal dengan cermat ketika hujan
3.     Baik hati- Pak Imam Shafie menghantar Rosli ke hospital
4.     Simpati- turut bersedih atas kejadian yang menimpa Rosli
5.     Bertanggungjawab - berpesan supaya berteduh ketika hujan dan menunggang basikal dengan berhati-hati.
6.     Taat - mendengar segala nasihat ibu dan ayah.
7.     Menghargai jasa/budi- mengucapkan terima kasih.

Berdasarkan petikan, kita hendaklah prihatin dengan bertanyakan khabar rakan yang telah ditimpa kemalangan. Selain itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati semasa mengayuh basikal supaya tidak tercedera.Di samping itu, kita juga hendaklah baik hati dengan menghantar mangsa kemalangan ke hospital.Justru, ibu bapa mesti bertanggungjawab dengan berpesan kepada anak-anak supaya berteduh jika hujan.Akhirnya, seorang anak sewajarnya taat dan patuh nasihat ibu bapa.

No comments:

Post a Comment