baaelunsiber

Sunday, July 15, 2012

Menyudahkan cerita


BAHAGIAN B
Setelah selesai aktiviti kokurikulum,aku terus mencapai basikalku untuk pulang.Sedang aku mengayuh basikal,tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang meminta tolong.Aku segera…

Mulakan cerita kamu dengan..
Aku segera…

Pendahuluan                       - kejadian yang berlaku/dikenal pasti
Idea-idea utama       : Sebarang idea yang sesuai boleh diterima
Penutup                    - pulang/perasaan/pengajaran daripada kejadian.

                                    Membantu Mangsa Kebakaran
          Aku  segera menuju ke tempat kejadian.Rupa-rupanya satu kebakaran telah berlaku di kampung Kota Bandung.Aku mendapati rumah Pak Cik Iqmal telah terbakar.
          Tanpa berlengah,aku meminta bantuan orang lain.Aku dan orang ramai mula membantu memadamkan api.Namun demikian,api semakin marak.
           Aku terus menelefon pihak bomba dan pihak polis.Setelah pihak bomba tiba,mereka segera memadamkan api.Anggota bomba  bertungkus-lumus memadamkan api itu.
          Aku terdengar jeritan dan tangisan di dalam rumah tersebut.Aku masuk ke dalam rumah tersebut.Aku masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan mangsa tersebut.Akhirnya,aku berjaya menyelamatkan mangsa kebakaran itu.
       Setengah jam kemudian,pihak bomba berjaya memadamkan api yang marak itu.Sebahagian daripada rumah itu telah terbakar dijilat api.Dalam kebakaran itu, tiada berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. Pak Cik Iqmal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memadamkan kebakaran.
       Pegawai bomba menasihati orangramai  agar berhati-hati.Semasa pulang ke rumah,aku menyedari bahawa kebakaran membawa banyak kerugian.



No comments:

Post a Comment