baaelunsiber

Thursday, July 26, 2012

suasana Hari Anugerah Kecemerlangan


Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan hari Penyampaian hadiah.
Ceritakan suasana sepanjang majlis itu berlangsung.

Karangan Contoh
Pada hari Rabu minggu terakhir persekolahan, sekolah saya telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Majlis itu telah diadakan d dewan sekolah dan bermula pada pukul 9.00 pagi.
Pada pagi itu, semua murid berkumpul di tapak perhimpunan dan mendengar taklimat daripada Cikgu Fadli. Saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam persembahan bersiap sedia menunggu di belakang pentas Sementara itu, Guru Besar dan guru-guru penolong kanan menunggu ketibaan YB Sham b Sahat di pintu pagar sekolah.
Majlis tersebut bermula dengan paluan kompang mengiringi YB Sham. selaku tetamu kehormat. Kemudian Guru Besar telah menyampaikan ucapan. Seterusnya YB Sham b Sahat telah merasmikan Hari Penyampaian Hadiah sekolah saya.Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dengan cemerlang.
Kemudian atur cara majlis telah diteruskan dengan penyampaian hadiah.Antara ketegori hadiah seperti hadiah kecemerlangan,mata pelajaran terbaik, hadiah galakan dan tokoh murid.Mohamad Naufal B Mohamad Nizar dan Aishah Rodziah bt Abdul Naser telah dipilih sebagai Tokoh Murid 2012.
Selepas itu telah diadakan acara persembahan. Antara persembahan sepertian persembahan tarian tradisional,deklamasi sajak dan persembahan boria.Tetamu dan ibu bapa sangat terhibur dengan persemabahan tersebut.
Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, majlis tersebut pun selesai. Para hadirin dan tetamu kehormat telah dijemput menikmati jamuan di kantin sekolah. Sebelum bersurai, saya dan rakan-rakan telah membantu guru-guru mengemas dewan dan menyusun kerusi.

menyudahkan cerita..tahun 6


Aku sedang asyik membaca buku. Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit dengan kuat. Aku pun terus...
Mulakan karangan kamu dengan ayat "Aku pun terus..."

Karangan Contoh

Akupun terus berlari menuruni anak tangga.Aku segera mendapatkan adikku di dapur. Aku berasa sungguh terkejut apabila melihat keadaan adikku.
Kulihat adik sedang menangis sambil memegang tangannya yang berdarah. Berhampiran dengannya terdapat sebilah pisau dan sebiji epal tergolek di atas lantai. Rupa-rupanya jari adik terkena pisau sewaktu hendak mengupas epal.
Aku pun memapah adik ke atas kerusi. Aku memujuk adik supaya berhenti menangis sambil memeriksa tangannya. Mujurlah aku tidak mati akal. Segala pengetahuan merawat luka-luka ringan yang kupelajari, aku gunakan untuk merawat luka adik.
Aku pun mengambil peti ubat yang lerletak di atas almari. Luka itu kubersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan darah. Selepas itu, aku membubuh ubat luka pada jari adik. Kemudian luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.
Setelah selesai, aku pun menelefon ibu di tempat kerja. Aku menceritakan kejadian adik yang tercedera itu. Pada mulanya ibu kedengaran cemas tetapi setelah mengetahui luka adik tidak serius, ibu kembali tenang.
Aku berasa bersyukur kerana dapat memberikan pertolongan cemas kepada adikku. Kini barulah aku menyedari betapa bergunanya aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolahku.

Tuesday, July 24, 2012

Peristiwa Tidak Dapat Dilupakan


Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.

Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.



Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.



mencadangkan


selamat


terselamat



meletakkan


bersendirian










berkelah


bergegas


seorang



mengikut


gembira




HAMPIR MENGUNDANG PADAH

           Pada hari minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi ...(1)... di Hutan Lipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, Perak Darul Ridzuan. Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.
        
         Setelah sampai di destinasi, kami ...(2)... barang-barang di sebuah pondok yang disediakan. Kami mandi-manda dengan ...(3)... sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi.
        
         Ravi ...(4)... kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Ravi dan Kim Leng tidak memperdulikannya. Aku tidak mahu ...(5)... mereka ke tempat tersebut.
        
         Aku ...(6)... mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga tidak berapa deras. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat yang tohor ini lebih ...(7)... kerana aku tidak pandai berenang.
        
         Tiba-tiba, aku terdengar suara Ravi menjerit meminta tolong. Aku ...(8)... ke arahnya, aku lihat Ravi sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada ...(9)... pemuda di situ, dia segera bertindak untuk menyelamatkan Ravi.
        
         Ravi berasa amat bersyukur kerana ...(10)... daripada lemas. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu ... detik hatiku.



Saturday, July 21, 2012

Memperdayakan Umat Islam…

0
0
  
Print Friendly
1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.
3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?
4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.
5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Cola dan Pepsi-Cola.
7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Benarkah Wang Kertas Baru Ciplak Duit Iringi Orang Cina Mati?




Menurut rakan fb yang bernama Ima Nas, duit baru kita sama dengan duit yang dibakar mngiringi orang2 Cina yang meninggal. Apa komen anda?


Duit baru kita about the same..mcm duit neraka, yg dibakar for the dead to use in the "other world" (chinese culture), also known as HELL BANK NOTES.

KEPADA YG TAK PAHAM BAHASA!!!

INI bukan menghina, ini pon gambar frm kawan i, CHINESE yg ambil. TEPULANG KEPADA PERSEPSI. ISU DI SINI KENAPA PERLU HAMPIR SAMA DESIGNNYER??  credit to my friend "L.Y.L"

Sunday, July 15, 2012

KEBENARAN MELAWAT


Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan lawatan sambil belajar.Selaku setiausaha,kamu  diminta untuk menulis surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon kebenaran daripada beliau
1.        Pendahuluan - Tempat dan tarikh lawatan.
Idea-idea :       - tujuan lawatan
-     bilangan peserta dan guru pengiring
-     bayaran / surat  kebenaran ibu bapa
-     tempat-tempat yang akan dikunjungi
-     waktu pulang, memohon kebenaran
 Penutup          - Harapan dan  Ucap an terima kasih


Pesatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI, PERAK.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI
Perak.                                                                                                 20 JUN, 2012.

     Memohon Kebenaran Menganjurkan Lawatan Sambil Belajar
Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2.     Saya Ammar Rusyaidi B Mohammad selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. .Tujuan lawatan ini  adalah untuk memberi  pengetahuan dan pengalaman kepada ahli-ahli persatuan.

3.         Lawatan itu akan diadakan seperti tarikh dan masa berikut:
            Tarikh  :           30 JULAI  2012 (Sabtu).
            Hari     :           Sabtu –Isnin.
            Penyertaan:    40 murid tahap 2 dan 5 orang guru pengiring.
            Bayaran          RM120.00.

4.         Selain itu, pihak kami juga akan mengedarkan surat persetujuan dan kebenaran mengikuti lawatan kepada semua ibu bapa. Murid-murid yang membuat tempahan lebih awal bersama bayaran sahaja akan diterima jika permintaan agak ramai.

5.         Antara tempat-tempat yang akan dikunjungi semasa lawatan seperti Zoo Negara, Tugu Negara,Muzium, Pusat Sains, dan Menara Kembar Petronas.Kami akan menginap selama dua hari di Hotel Mines di jalan Tuanku Abdul Rahman.
Rombongan ini dijangka bertolak pulang pada pukul 5.00 petang dan tiba di sekolah pada pukul 9.00 malam.

 6.        Kami berharap agar pihak tuan tidak keberatan  untuk membenarkan kami mengadakan lawatan.Kami juga berjanji akan menjaga nama baik sekolah semasa di sana.

Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian ,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(AMMAR RUSYAIDI B MOHAMMAD)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu.