baaelunsiber

Monday, June 11, 2012

PPT BM T6 JUN 2012


SOALAN 2
Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru.Selaku ketua murid,kamu diminta untuk menyampaikan ucapan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,yang yang berusaha En.Redzuan b Othman,Penolong –Penolong kanan ,para ibu bapa, guru-guru ,kakitangan sekolah dan rakan-rakan perjuangan sekalian..Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat meraikan lagi Hari Guru pada tahun ini

     Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru  terutamanya di sekolah ini.Ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha dengan gigih untuk mendidik  kami.Kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah membanggakan.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar semua guru , tentu kami tidak akan berjaya sehingga hari ini.
    

Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan rakan sekalian ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat cikgu semua. Kami sedar cikgu-cikgu telah memberi komitmen yang terbaik untuk kami semua.Budi baik dan jasa yang cikgu curahkan tentunya tidak akan terbalas oleh kami semua.Sekali lagi , saya mewakili  rakan-rakan mengucapkan terima kasih.
         
     Hadirin sekalian,

Sepanjang kami belajar dengan cikgu, tentu ada antara kami yang  telah meluka dan menyinggung perasaan cikgu.Walaupun ada antara kami yang degil,tidak menyiapkan kerja ataupun membuat bising namun cikgu masih tidak jemu-jemu untuk mengajar kami. Oleh itu, saya mewakili diri sendiri dan semua rakan ingin memohon maaf seandainya selama ini kami telah melakukan kesalahan kepada cikgu.Cikgu, maafkan lah kami semua.

Sebelum  mengundurkan diri, saya berharap cikgu-cikgu terus mengajar dan mendidik sehinga kami berjaya.Kami berjanji akan menghadiahkan kejayaan sebagai membalas budi baik cikgu selama ini. Tentunya, hanya kejayaan yang akan memberi semangat dan hadiah kepada cikgu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Di samping itu, kami akan sentiasa mendoakan agar cikgu-cikgu dan keluarga sentiasa dalam keadaan bahagia dan dihindar daripada sebarang musibah.Akhirnya , selamat Hari Guru.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukan.

Sekian,terima kasih.
    









Soalan 1

LAWATAN KE PULAU PINANG 2012








Pada 25 Mac,2012 yang lalu, saya mengikuti lawatan

anjuran Persatuan bahasa Melayu ke Pulau Pinang.Rombongan ini terdiri daripada 40 orang murid dan diiringi oleh lima orang guru

pengiring.






          Setelah sejam setengah perjalanan dari sekolah,kamipun tiba di Pulau Pinang.Kami telah melalui jambatan Pulau

Pinang iaitu jambatan ketiga panjang di dunia.Saya dapat melihat

banyak bot-bot nelayan yang sedang mencari rezeki.




Tempat pertama yang kami lawati ialah di Batu


Feringghi.Di sini adalah tempat mandi-manda dan berkelah.

Kami berehat dan membeli makanan di gerai-gerai.saya sempat

bergambar bersama-sama kawan-kawan dan membeli


cendera hati.







Selepas itu, kami melawat taman rama-rama di


Tanjung Bungah. Saya terpegun melihat pelbagai jenis rama-

rama yang berwarna warni. Kami semua agak terhibur di sini

sambil melihat rama-rama makan betik-betik yang disediakan.



Pada sebelah petang, kami ke Bukit Bendera.Saya

dapat merasai menaikki kereta kabel.Di puncak Bukit Bendera




cuaca agak sejuk dan angin bertiup kencang.Saya dapat melihat pemandangan yang sungguh cantik dari puncak ini.






           Sebelum pulang, kami singgah di  KOMTAR. Kami sempat membeli 
belah di sini.Saya membeli pakaian dan sepasang
kasut. Walaupun lawatan ini hanya sehari, banyak pengalaman

menarik yang saya peroleh.












SOALAN 1
Aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada murid-murid.
Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah kokurikulum.













Aktiviti kokurikulum merupakan satu kegiatan yang penting di sekolah.Kokurikulum terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu persatuan,unit beruniform dan permainan.
      Menerusi kegiatan kokurikulum, murid-murid dapat  menambah pengetahuan dan pengalaman.Murid-murid lebih mendalami berkenaan sesuatu mata pelajaran.Di samping itu, murid-murid dapat pengalaman seperti berkawad,memasak,mendirikan khemah dan sebagainya.

     Selain itu, melalui kegiatan ini murid-murid akan lebih sihat dan cergas.Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas.Oleh itu, kita dapat menghindar daripada sebarang penyakit.Jika sakit kita tentu memerlukan kos yang tinggi untuk tujuan perubatan.

     Seterusnya, kegiatan ini  dapat mengisi masa senggang.Ini dapat mengelakkan murid-murid membuang masa seterusnya terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti gengsterisme,vandalism,merokok,lepak dan sebagainya.Tambahan pula,aktiviti kokurikulum ini banyak mendatangkan keseronokan dan kegembiraan.

     Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk berdikari dan bekerjasama semasa aktiviti dijalankan.Murid-murid juga dilatih berdisiplin dengan mematuhi masa dan mengikut arahan ketua.Secara tidak langsung,murid-murid akan dilatih sebagai pemimpin masa depan.

     Kesimpulannya, murid –murid hendaklah menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Aktiviti ini banyak memberi  kebaikan terutama dalam kehidupan kita.



No comments:

Post a Comment