baaelunsiber

Thursday, June 7, 2012

CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG


SYARAHAN   : 
       Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan peringkat sekolah.   Tajuk syarahan ialah "Cara-cara Mengisi Masa lapang". Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang berusaha Tuan Guru Besar ,Encik Radzuan b Othman ,panel hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru  serta rakan-rakan sekalian.Pada pagi ini,saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Mengisi Masa lapang".

Hadirin sekalian,       
                Pada masa lapang,kita boleh menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai kegiatan.Kita bolehlah menggunakan masa yang terluang dengan membuat perkara yang berfaedah seperti  mengulangkaji pelajaran.Mengulangkaji pelajaran atau membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan  dan dapat meningkatkan prestasi  dalam peperiksaan.

        Selain itu,kita boleh mengamalkan hobi-hobi yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.Contohnya,kita boleh membaca,mengumpul setem,melukis dan sebagainya.Dengan cara ini, kita bukan sahaja berasa terhibur,
malah kita dapat menambahkan ilmu.Kita juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial.Contohnya,melepak,merokok,ponteng sekolah dan merosakkan harta benda awam.

       Di samping itu juga,kita boleh membantu ibu dan bapa di rumah untukmeringankan beban mereka.Kita boleh membantu ibu bapa seperti mengemasrumah,menjaga adik,mencuci kereta dan sebagainya.Kesannya,kita akan lebih
disayangi dan dapat mengeratkan hubungan.

 Hadirin sekalian,       
        Seterusnya,kita dapat melakukan kegiatan yang berfaedah seperti pergi berkelah bersama keluarga atau membuat lawatan ke sesuatu tempat.Kita boleh pergi ke pantai,air terjun dan banyak tempat menarik yang boleh
dikunjungi.Ini dapat memberi keseronokan dan semangat belajar kepada seseorang pelajar.Di samping itu,kita boleh pulang ke kampong untuk menghabiskan masa cuti.Kita dapat melakukan pelbagai aktiviti semasa di kampung.
      
 Setakat ini sahajalah syarahan saya buat kali ini.Sebelum berundur, kita perlulah mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah.
        
Sekian,terima kasih.
            

6 comments:

  1. kalu x tulis hadiri yang dihormati x pe ke?

    ReplyDelete
  2. Boleh ke tulis "Hadirin sekalian" dua kali dlm karangan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Thank you for doing this. Im glad you did it. It relly helped me

    ReplyDelete