baaelunsiber

Thursday, June 14, 2012

KARANGAN 6 BERLIAN 2012


                       BANJIR
Hujan turun dengan lebat beberapa hari di kampungku. Akhirnya kampungku dilanda banjir besar.
   
        Ayah segera mengarahkan kami mengemas dan menyimpan barang-barang yang penting seperti buku sekolah,dokumen penting dan pakaiandi tempat yang selamat.Ini bertujuan untuk mengelakkannya rosak akibat air banjir.

     Selepas itu, ayah meminta abang meminta bantuan kerana air banjir semakin naik. Abangku terus menelefon pasukan penyelamat. Dia meminta agar pasukan penyelamat datang dengan segera. Sejam kemudian , mereka datang untuk menghulurkan bantuan.
      Kemudian,saya dan ibu menutup semua suis elektrik bagi mengelakkan berlakunya renjatan elektrik.Dapur  gas juga telah dialihkan supaya tidak meletup.Ayah telah melepaskan semua haiwan ternakannya supaya haiwan itu tidak mati dan dapat mencari tempat yang selamat.

     Kami sekeluarga mencari tempat yang tinggi untuk memastikan keadaan kami selamat.Kakak pula ditugaskan untuk mengawasi adik-adik untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

      Akhirnya, pasukan bomba tiba ke rumahku untuk membawa kami sekeluarga ke pusat pemindahan banjir. Kami bersyukur kerana kami selamat daripada bala bencana.

 
Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan
Jelaskan bagaimana kamu menjaga kebersihan diri .

Kebersihan amat penting dalam kehidupan kita.Kebersihan mengelakkan kita daripada dijangkiti sebarang penyakit.
                            Antara langkah-langkah menjaga kebersihan diri ialah kita harus mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.Selain itu,kita harus membersihkan diri dengan menggunakan sabun atau shampu.Selepas itu,kita harus menggosok gigi agar nafas kita tidak berbau.
                             Pakaian kita juga harus tampak bersih dan kemas sepanjang masa.Jika baju kotor,kuman mungkin akan merebak dan  kita akan diserang penyakit yang berbahaya.Selain itu,ramai kawan yang akan menyukai dengan penampilan kita yang kemas.
                              
 Selain itu,rambut dan kuku juga amat penting.Rambut haruslah dipotong dan disapu minyak rambut .Kuku pula wajar dipotong pendek.Jika tidak,kuman akan merebak.Contohnya kuman ‘e-coli’
                             Tabiat yang baik juga perlu diamalkan .Antaranya,kita harus membasuh tangan sebelum dan selepas makan.Kita harus mengelakkan diri daripada bermain kotoran seperti bermain pasir,tanah dan lain-lain.Jika bermain,kita haruslah membersihkan diri terlebih dahulu kerana kuman berada di mana-mana tempat.Jika keluar,kita harus memakai kasut agar tapak kaki bersih.
                            Kesimpulannya,kebersihan diri adalah segala-galanya bagi kita.Jika tidak,kita akan mendapat penyakit.Jika mengamalkan langkah-langkah ini,hidup kita pasti sejahtera.

 
Kamu menelefon seorang rakan untuk mengundangnya ke majlis hari jadi kamu. Tulis perbualan  kamu dengan rakan kamu itu.
( Petang itu, aku menelefon Ain. Aku ingin menjemputnya ke majlis hari jadiku.)
 Najwa: Assalamualaikum, Ain. Apa khabar kamu sekarang?
Ain      : Waalaikumussalam, apa tujuan kamu menelefon saya?
Najwa:  Tujuan saya menelefon kamu adalah untuk menjemput kamu ke majlis hari jadi saya yang ke-12.  
              Saya mengadakan majlis itu di rumah saya. Saya berharap kamu hadir ke majlis itu.
Ain    : Bilakah majlis itu akan diadakan?
Najwa: Majlis itu akan diadakan pada hari Sabtu iaitu 28 Januari 2012. Majlis itu bermula pada pukul
            3:00 petang dan dijangka berakhir pada pukul 6:00 petang. Saya juga menjemput rakan-rakan  
           yang lain termasuklah Intan, Nisa’, Aisyah, Fatin dan Hajar.
Ain:    Bagaimanakah persiapan kamu?
Najwa: Saya menjemput rakan-rakan lain dengan menelefon mereka dan menghantar kad undangan.
             Selain  itu, ibu bapa saya juga menyediakan makanan seperti kuih-muih, kek, ayam goreng, air    
            bergas dan lain-lain. Kami juga menghias rumah dengan belon, reben dan renda. Kami juga
            menempah khemah untuk orang ramai makan di luar.
Ain      : Bagaimanakah perasaan kamu?
Najwa: Saya berasa sungguh gembira. Tentu ramai rakan yang datang ke majlis itu nanti. Saya juga
              berharap banyak hadiah yang saya dapat daripada rakan dan keluarga.
Ain   :    Saya berharap kita berjumpa di majlis itu. Setakat ini sahaja lah perbualan kita.
              Assalamualaikum.
Najwa: Waalaikumussalam

 
  
                                       Pengalaman menolong ibu bapa
           Menolong ibu bapa adalah satu amalan yang terpuji.Kita boleh menolong mereka untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
           Antara pengalaman saya menolong ibu bapa di rumah adalah mencuci dan membasuh pakaian.Setelah selesai  membasuh  pakaian,saya akan menyidai pakaian di ampaian.Selepas kering ,saya mengutip pakaian di ampaian.
            Selain itu , saya juga menolong ibu di dapur seperti memasak di dapur. Saya akan menolong menyiang ikan, memotong bawang dan sebagainya. Antara masakan istimewa emak adalah ayam masak kurma,ayam masak rempah,kari ikan sembilang dan sebagainya. Selepas makan,saya akan mencuci dan menyusun pinggan.
          Seterusnya,saya akan menyapu sampah setiap hari sehingga bersih. Sekiranya sampah banyak,saya akan pergi membuangnya di tempat pembuangan sampah. Di samping itu,saya akan mengemop lantai dan memcuci sawang. Setelah selesai mencuci sawang,saya pula menyedut habuk dengan menggunakan penyedut.
        Di samping itu,saya akan menyiram pokok bunga  supaya hidup subur. Sebulan sekali,saya akan memotong rumput di halaman rumah. Selain itu,kami akan mengecat dinding rumah yang berkarah. Saya juga akan menolong mencuci kereta sekiranya kereta ayah saya kotor.
       Kesimpulanya,kita mestilah menolong ibu bapa setiap hari kerana amalan itu amat dituntut dalam agama.

 
Mengakhiri cerita
Akhiri karangan dengan
………………………  sebagai insan yang bertanggungjawab,ibu bapa selalu menasihatkan kita supaya menolong orang yang dalam kesusahan.Itulah nasihat mereka kepada aku.

   Aku dan kawan-kawan sedang makan di kantin.Aku melihat murid-murid beratur dengan tertib semasa membeli makanan.

     Tiba-tiba aku ternampak seorang murid sedang menangis.Aku segera menghampiri budak itu.Lantas aku bertanya kepada budak itu sebab –sebab dia menangis.

       Budak itu memberitahu bahawa nasi yang dibelinya sudah tertumpah.Aku berasa kasihan.Tambahan pula dia tidak mempunyai wang lagi.Aku memujuk  budak itu supaya tidak menangis lagi.

         Aku kemudiannya memberikan sepinggan nasi dan segelas air.Aku memperlawa budak itu makan.Aku gembira dapat menolong budak itu.


         Selepas makan,budak itu mengucapkan terima kasih kepada aku.Barulah aku lihat kegembiraan di wajahnya.Sebelum dia belalu,aku menasihatnya supaya berhati-hati semasa membeli makanan.

            Sebagai insan yang bertanggungjawab,ibu bapa selalu menasihatkan kita supaya menolong orang yang dalam kesusahan.Itulah nasihat mereka kepada aku.

                     

No comments:

Post a Comment