Pokok
kelapa banyak kegunaannya.Ceritakan kegunaan pokok kelapa kepada kita.
Pokok
kelapa banyak didapati di kampong-kampung.Pokok kelapa tumbuh subur di tanah
berpasir.
Pokok kelapa sangat berguna kerana
kelapa muda boleh dijadikan minuman.Air kelapa bertambah sedap jika dibancuh
bersama-sama ais.Air kelapa muda boleh
menghilangkan dahaga terutama semasa
tengah hari atau cuaca panas.
Selain itu, buah kelapa boleh
menghasilkan santan.Santan dapat menjadikan makanan yang dimasak bertambah
sedap dan enak.Contohnya kari,masak lemak,kuih-muih dan sebaginya.
Seterusnya,daun kelapa muda boleh
dijadikan sarung ketupat untuk membuat ketupat.Ketupat popular semasa hari
raya.Lidi kelapa pula boleh dijadikan pencucuk sate dan dibuat penyapu.Selain
itu, pelepah kelapa dan tempurung boleh dijadikan bahan api yang digunakan untuk memasak.
Di samping itu, batang pokok kelapa
boleh dibuat titi.Titi digunakan untuk menyeberangi parit atau sungai.Ini akan
memudahkan perjalanan kita.
Kesimpulannya, pokok kelapa sangat
banyak kegunaannya.Oleh itu, kita sepatutnya menghargai anugerah tuhan ini.
.Air
No comments:
Post a Comment