baaelunsiber

Sunday, June 10, 2012

PPT 5 ZAMRUD 2012 KARANGAN


Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru.Selaku ketua murid,kamu diminta untuk menyampaikan ucapan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,yang yang berusaha En.Redzuan b Othman,Penolong –Penolong kanan ,para ibu bapa, guru-guru ,kakitangan sekolah dan rakan-rakan perjuangan sekalian..Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat meraikan lagi Hari Guru Pada tahun ini

     Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru  terutamanya di sekolah ini.Ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha dengan gigih untuk mendidik  kami.Kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah membanggakan.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar semua guru , tentu kami tidak akan berjaya sehingga hari ini.
    

Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan rakan sekalian ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat cikgu semua. Kami sedar cikgu-cikgu telah memberi komitmen yang terbaik untuk kami semua.Budi baik dan jasa yang cikgu curahkan tentunya tidak akan terbalas oleh kami semua.Sekali lagi , saya mewakili  rakan-rakan mengucapkan terima kasih.
         
     Hadirin sekalian,

Sepanjang kami belajar dengan cikgu, tentu ada antara kami yang  telah meluka dan menyinggung perasaan cikgu.Walaupun ada antara kami yang degil,tidak menyiapkan kerja ataupun membuat bising namun cikgu masih tidak jemu-jemu untuk mengajar kami. Oleh itu, saya mewakili diri sendiri dan semua rakan ingin memohon maaf seandainya selama ini kami telah melakukan kesalahan kepada cikgu.Cikgu, maafkan lah kami semua.

Sebelum  mengundurkan diri, saya berharap cikgu-cikgu terus mengajar dan mendidik sehinga kami berjaya.Kami berjanji akan menghadiahkan kejayaan sebagai membalas budi baik cikgu selama ini. Tentunya, hanya kejayaan yang akan memberi semangat dan hadiah kepada cikgu untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Di samping itu, kami akan sentiasa mendoakan agar cikgu-cikgu dan keluarga sentiasa dalam keadaan bahagia dan dihindar daripada sebarang musibah.Akhirnya , selamat hari Guru.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukan.

Sekian,terima kasih.
    
Soalan 2
Aku sedang bermain di padang bersama kawan-kawanku.Tiba-tiba aku terdengar jeritan meminta tolong.Akupun…..   

(Mulakan karangan kamu daripada “Akupun  ....   )

Aku pun terus berlari dan menuju ke arah pantai yang berhampiran dengan
sekolahku..Aku dan kawan-kawan  melihat seorang budak terkapai-kapai dibawa
ombak dan sedang lemas.Aku segera terjun kerana ingin menyelamatkan
budak tersebut.

          
       Aku menggunakan kemahiran berenang yang ku pelajari selama ini. Aku
berjaya menyelamatkan budak itu dan membawa ke tepi  pantai.Aku melihat
 budak itu telah pengsan dan mungkin telah banyak tertelan air.
       
        Orang ramai mula mengerumuni budak yang malang itu. Aku melarang
mereka supaya budak itu mendapat ruang dan udara yang mencukupi.Aku
kemudiannya meminta pertolongan salah seorang daripada mereka yang mahir
 supaya dapat memberi rawatan awal kepada budak itu.Seorang pemuda
kemudiannya telah membantu dengan menekan dada budak itu untuk memberi
pertolongan.
       
        Sementara itu, aku menggunakan telefon bimbit untuk menelefon pihak
ambulans.Aku memberitahu lokasi dan jenis kecemasan.
Tidak lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku dan kawan-kawanku
 menolong mengangkat budak itu untuk di hantar ke hospital.Aku turut
menemani budak ke hospital

         
           Setelah budak itu dirawat, dia mula sedar dan boleh bercakap.Aku segera
menelefon keluarga budak itu .Tidak lama selepas itu, keluarga budak itu tiba.
. Aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Rupa-rupanya, budak itu tinggal
berhampiran pantai tersebut.
         
         Selepas tiga hari, aku dan kawan-kawanku  melawat Hazli.Dia sudah sihat
sepenuhnya.Keluarga Hazli memberi RM50.00 dan mengucapkan terima kasih
kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana pertolongan yang aku berikan
tempohari adalah ikhlas.


Soalan 1

LAWATAN KE PULAU PINANG 2012








Pada 25 Mac,2012 yang lalu, saya mengikuti lawatan

anjuran Persatuan bahasa Melayu ke Pulau Pinang.Rombongan ini terdiri daripada 40 orang murid dan diiringi oleh lima orang guru

pengiring.






          Setelah sejam setengah perjalanan dari sekolah,kamipun tiba di Pulau Pinang.Kami telah melalui jambatan Pulau

Pinang iaitu jambatan ketiga panjang di dunia.Saya dapat melihat

banyak bot-bot nelayan yang sedang mencari rezeki.




Tempat pertama yang kami lawati ialah di Batu


Feringghi.Di sini adalah tempat mandi-manda dan berkelah.

Kami berehat dan membeli makanan di gerai-gerai.saya sempat

bergambar bersama-sama kawan-kawan dan membeli


cendera hati.







Selepas itu, kami melawat taman rama-rama di


Tanjung Bungah. Saya terpegun melihat pelbagai jenis rama-

rama yang berwarna warni. Kami semua agak terhibur di sini

sambil melihat rama-rama makan betik-betik yang disediakan.



Pada sebelah petang, kami ke Bukit Bendera.Saya

dapat merasai menaikki kereta kabel.Di puncak Bukit Bendera




cuaca agak sejuk dan angin bertiup kencang.Saya dapat melihat pemandangan yang sungguh cantik dari puncak ini.






           Sebelum pulang, kami singgah di KOMTAR. Kami sempat membeli belah di sini.saya membeli pakaian dan sepasang
kasut. Walaupun lawatan ini hanya sehari, banyak pengalaman

menarik yang saya peroleh.















































































No comments:

Post a Comment