baaelunsiber

Thursday, May 30, 2013

Pengalaman Menyertai Aktiviti Gotong-royong.




1.      Kamu telah menyertai suatu aktiviti gotong-royong di sekolah kamu.

Ceritakan pengalaman kamu menyertai aktiviti itu.

Soalan 1
-        bila, di mana, siapa terlibat
-        berkumpul, pengagihan kumpulan
-        taklimat oleh penyelaras
-        mencuci longkang, mengecat, menyapu, mengelap tingkap, memotong rumput
-        menghidang makanan
-        bersih dan cantik, bangga/ gembira
-        pulang/ bersurai
* Isi-isi lain yang berkaitan adalah diterima.
 


Pengalaman Menyertai Aktiviti Gotong-royong.
Saya, dan murid-murid tahap 2 SK.Jalan Matang Buluh telah menyertai aktiviti gotong-royong. Gotong-royong pada tahun ini diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar. Selain itu, gotong-royong ini telah dirancang oleh pihak sekolah kami sejak tiga bulan yang dahulu.

Tepat pada pukul lapan pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di dewan sekolah. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.Sebelum aktiviti bermula, guru besar telah menyampaikan ucapan ringkas dan taklimat mengenai aktiviti gotong-royong.

Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpuian kecil. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mencuci longkang,mengecat,menyapu,mengelap tingkap,memotong rumput dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja gotong-royong dijalankan dengan lebih teratur.

Pada masa yang sama, guru-guru wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan sekolah. Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam disediakan. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.

Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di kantin  untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, . kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara guru-guru dan murid-murid yang terlibat menjayakan gotong-royong.

Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalin ikatan silaturahim . Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat hormati-menghormati  dalam kalangan warga sekolah  dapat diperkasakan

No comments:

Post a Comment