baaelunsiber

Thursday, May 30, 2013

Laporan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012



3.Sekolah kamu telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Tulis laporan tentang majlis tersebut selengkapnya.
                        
                           
Laporan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012
S.K Jalan Matang Buluh

S.K Jalan Matang Buluh telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan ke-50.Majlis telah diadakan pada hari Sabtu bermula pada pukul dua petang.Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang.

   Majlis telah dirasmikan oleh YB Syam bin Sahat ,iaitu ADUN Alor Pongsu.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan berharap agar mereka dapat meneruskan kecemerlangan .

   Selepas ucapan perasmian,persembahan daripada murid-murid telah diadakan.Antaranya,persembahan tarian,boria dan koir.Tetamu yang hadir berasa terhibur denagan persembahan tersebut.

   Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Syam bin Sahat.Antara kategori hadiah ialah seperti hadiah kecemerlangan,mata pelajaran terbaik,hadiah galakan,anugerah NILAM,terbaik UPSR dan tokoh murid.Murid-murid yang menerima hadiah kelihatan gembira  dengan kejayaan masing-masing.

   Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah pengumuman tokoh murid 2012.Tokoh murid bahagian lelaki disandang oleh Alif Dinie b Ahmad.Bahagian perempuan pula dimenangi oleh Aishah Radhiah binti Mohd Nasir.Pemenang dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan  sahsiah.

   Selepas berakhir penyampaian hadiah,satu jamuan ringan telah diadakan untuk para jemputan.Majlis berakhir dan bersurai pada pukul enam petang.

Disediakan oleh,                                          15 NOVEMBER 2012.

Aiman Hidayat
 (AIMAN BIN HIDAYAT)                        
Setiausaha Majalah Sekolah

No comments:

Post a Comment