baaelunsiber

Monday, September 10, 2012

CONTOH KARANGAN PERCUBAAN PERLIS 2012



CONTOH KARANGAN PERCUBAAN PERLIS 2012


1        Masa lapang patut dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Tuliskan tentang cara-cara memanfaatkan masa lapang.

Kegiatan Pada Masa Lapang

      Pada cuti sekolah,kita boleh menghabiskan masa dengan melakukan  pelbagai kegiatan.Kita bolehlah menggunakan masa yang terluang dengan membuat perkara yang berfaedah.

       Kita boleh mengulangkaji pelajaran.Mengulangkaji pelajaran atau membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.Oleh yang demikian,  kita dapat meningkatkan prestasi dan lulus dalam peperiksaan.

        Selain itu,kita boleh mengamalkan hobi-hobi yang berfaedah untuk  mengisi masa lapang.Contohnya,kita boleh membaca,mengumpul setem,  melukis dan sebagainya.Dengan cara ini, kita bukan sahaja berasa terhibur, malah kita dapat menambahkan ilmu.Kita juga dapat menghindarkan diri  daripada terjebak dengan gejala  social seperti ponteng sekolah,melepak
 dan merosakkan harta benda awam.

       Di samping itu juga,kita boleh membantu ibu dan bapa di rumah untuk meringankan beban mereka.Kita boleh membantu ibu bapa seperti mengemas  rumah,menjaga adik,mencuci kereta dan sebagainya. .Kesannya,kita akan lebih  disayangi dan dapat mengeratkan hubungan.
   
       Seterusnya,kita dapat melakukan kegiatan yang berfaedah seperti pergi berkelah bersama keluarga atau membuat lawatan ke sesuatu tempat.Kitaboleh pergi ke pantai,air terjun dan banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.Ini dapat memberi keseronokan dan semangat belajar kepada
seseorang pelajar.

      Akhir sekali,kita boleh pulang ke kampong untuk menghabiskan masa  cuti.Kita dapat melakukan pelbagai aktiviti semasa di kampung.Kita harus mengelakkan daripada membuang masa.Bak kata pepatah,’ Masa Itu Emas’.


     



CONTOH KARANGAN PERCUBAAN PERLIS 2012



2        Perkhemahan badan beruniform memberi banyak faedah.
Tulis karangan tentang kebaikan-kebaikan menyertai perkhemahan badan beruniform.

Kita boleh menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.Antara kegiatan tersebut ialah menyertai  aktiviti perkhemahan. 
     
   Kita perlu menyertai perkhemahan kerana boleh menyihatkan tubuh badan.Tubuh badan yang sihat boleh menyebabkan otak cerdas.Selain itu,kita juga boleh terhindar daripada penyakit yang berbahaya.

                    Di samping itu,berkhemah  adalah aktiviti yang digemari dan amat menyeronokkan.Tambahan pula,kita akan dapat ramai kawan ketika menyertai perkhemahan.Ini tentu dapat mengeratkan hubungan silaturahim  antara satu sama lain.Justeru,seorang murid dapat bertukar-tukar fikiran terutamanya dalam pelajaran.

                    Menyertai perkhemahan juga dapat mengisi masa lapang.Oleh itu,kita dapat mengelakkan rasa bosan duduk di rumah.Sekaligus,kita dapat terhindar daripada gejala sosial yang membuang masa.
Tambahan pula,suasana perkhemahan di luar suatu pengalaman yang amat berharga.
                 
Selain itu ,menyertai perkhemahan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.Kita akan mendapat pengalaman baharu seperti memasang khemah,memasang,membuat gajet dan berkawad.di samping itu,kita lebih lasak dengan menyertai aktiviti seperti kembara dan latihan’ ala-komondo’.
 
            Kesimpulannya menyertai perkhemahan  banyak kebaikan .Banyak aktiviti semasa perkhemahan  memberi  pengetahuan dan pengalaman yang yang berharga .

                      
 




CONTOH KARANGAN PERCUBAAN PERLIS 2012


3        Setiap tahun sekolah kamu mengadakan sambutan Hari Guru.
         Tulis catatan tentang sambutan tersebut dengan lengkap.

Sabtu, 16 MEI 2012.
7.30 pagi   : Semua murid berkumpul di dataran  kejat kerana pihak sekolah  akan  mengadakan majlis
                     sambutan  Hari Guru.Majlis ini diadakan untuk memberi  penghargaan dan  tanda terima
                    kasih kepada guru-guru.satu taklimat khas telah diadakan.

8.00 pagi   :Semua murid-murid berkumpul di dewan sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan
                    doa.Kemudian ucapan  sempena Hari Guru disampaikan oleh Tuan Guru Besar dan Wakil
                    Murid.Kemudian semua guru membaca ikrar dan menyanyikan  lagu  ”Guru Malaysia”.

9.00 pagi  :Persembahan daripada murid-murid dan guru telah diadakan.Antaranya,persembahan 
                  seperti  nyanyian,deklamasi sajak, tarian dan boria .Tetamu yang hadir berasa terhibur dengan
                  persembahan tersebut.Kemudian murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

 11.00 pagi: Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah  pertandingan sukaneka antara guru.Guru-guru
                      telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan..Permainan tersebut sungguh  menarik dan
                      hebat kerana masing-masing ingin kemenangan.Akhirnya kumpulan Cikgu Zulkaflee
                     diumumkan sebagai johan keseluruhan.

12.30         :Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar  pada akhir majlis.   Selepas berakhir  tengah hari  penyampaian hadiah,satu jamuan  telah diadakan.Murid-murid membantu guru
                     mengemaskan dewan semula.

1.00 petang: Murid-murid dibenarkan pulang.Majlis berakhir pada  pukul  2.00 petang


No comments:

Post a Comment

Post a Comment