baaelunsiber

Saturday, September 8, 2012

CONTOH KARANGAN PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN 2012


1                   Tulis sebuah karangan yang bertajuk 'Faedah-faedah
Menyertai Aktiviti Kokurikulum'.

Aktiviti kokurikulum merupakan satu kegiatan yang
penting  sekolah.  Murid-murid diwajibkan menyertai
aktiviti ini.
Menerusi kegiatan kokurikulum, murid-
murid dapat  menambah pengetahuan dan pengalaman.
Murid-murid lebih mendalami berkenaan sesuatu mata
pelajaran.Di samping itu, murid-murid dapat pengalaman
seperti berkawad,memasak,mendirikan khemah dan
sebagainya.

     Selain itu, melalui kegiatan ini murid-murid akan lebih
sihat dan cergas.Badan yang sihat akan melahirkan otak yang
 cerdas.Oleh itu, kita dapat menghindar daripada sebarang
penyakit.Jika sakit kita tentu memerlukan kos yang tinggi
 untuk tujuan perubatan.

     Seterusnya, kegiatan ini  dapat mengisi masa senggang.Ini
dapat mengelakkan murid-murid membuang masa seterusnya
 terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti
gengsterisme,vandalism,merokok,lepak dan sebagainya.
Tambahan pula,aktiviti kokurikulum ini banyak mendatangkan
keseronokan dan kegembiraan.

     Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk berdikari dan
 bekerjasama semasa aktiviti dijalankan.Murid-murid juga
dilatih berdisiplin dengan mematuhi masa dan mengikut
 arahan ketua.Secara tidak langsung,murid-murid akan dilatih
sebagai pemimpin masa depan.

   Kesimpulannya,  murid –murid hendaklah menyertai
aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Aktiviti ini
 banyak memberi  kebaikan.





2.Seorang guru di sekolah kamu akan dinaikkan pangkat dan terpaksa bertukar ke sekolah lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan tersebut.

UCAPAN.PERPISAHAN DENGAN GURU

Yang berusaha Tuan Guru Besar ,yang diraikan Encik Jasmi Bin Karim ,guru-guru dan rakan rakan sekalian.Saya mewakili rakan –rakan ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.

Hadirin sekalian,

      Majlis ini diadakan khas untuk meraikan Cikgu Jasmi yang akan bertukar sekolah.Beliau akan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Taiping.Walaupun gembira tetapi kami berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan cikgu.

      Sepanjang cikgu berada di sekolah ini banyak sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan. Cikgu seorang yang rajin, gigih dan berdedikasi. Pada tahun ini, sekolah kita telah menjadi johan dalam pertandingan kawat kaki peringkat kebangsaan hasil tunjuk ajar cikgu. Oleh itu, kami mengucapkan ribuan terima kasih.


        Semasa cikgu berada di sekolah ini, tentu ini ada di antara kami yang membuat kesalahan dan kesilapan. Misalnya ada yang tidak menyiapkan kerja sekolah, bersikap kasar, menyakiti hati dan sebagainya. Jadi, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon maaf kepada cikgu. Bak kata perpatah, “Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan”.


           Kami berharap cikgu dapat menyesuaikan diri di sekolah yang baharu. Kami juga mengharapkan cikgu mendoakan kejayaan kami. Selain itu, cikgu janganlah melupakan kami di sini.

Setakat ini sahaja ucapan saya untuk kali ini..Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada cikgu kerana telah dinaikkan pangkat.
Sekian,terima kasih.
 
          









3.Tulis ucapan kamu selengkapnya.
Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah.

... Ibu memuji tindakanku itu. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa

Menolong Mangsa Lemas

            Semasa sedang berkelah aku terdengar suara meminta tolong.Aku terus berlari dan menuju ke arah pantai tersebut.Aku melihat seorang budak terkapai-kapai dibawa ombak dan sedang lemas. Aku segera terjun kerana ingin menyelamatkan budak tersebut.

           Aku menggunakan kemahiran berenang yang ku pelajari selama ini. Aku berjaya menyelamatkan budak itu dan membawa ke tepi pantai. Aku melihat budak itu telah pengsan dan mungkin telah banyak tertelan air.

          Orang ramai mula mengerumuni budak yang malang itu. Aku melarang mereka supaya budak itu mendapat ruang dan udara yang mencukupi. Aku kemudiannya meminta pertolongan salah seorang daripada mereka yang mahir  supaya dapat memberi rawatan awal kepada budak itu.Seorang pemuda kemudiannya telah membantu dengan menekan dada budak itu untuk memberi pertolongan.

          Seterusnya, aku menggunakan telefon bimbit untuk menelefon pihak ambulans.Aku memberitahu lokasi dan jenis kecemasan. Tidak lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku dan orangramai menolong mengangkat budak itu untuk di hantar ke hospital. Aku turut menemani budak itu ke hospital.

          Setelah budak itu dirawat, dia mula sedar dan boleh bercakap.Aku segera menelefon keluarga budak itu .Tidak lama selepas itu, keluarga budak itu tiba. Aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Rupa-rupanya, budak itu tinggal berhampiran pantai tersebut.

          Selepas tiga hari, aku dan ibu  melawat Hazli.Dia sudah sihat sepenuhnya.Keluarga Hazli memberi RM50.00 dan mengucapkan terima kasih kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana pertolongan yang aku berikan tempohari adalah ikhlas. Ibu memuji tindakanku itu. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa





No comments:

Post a Comment

Post a Comment