baaelunsiber

Sunday, July 15, 2012

Menyudahkan cerita


BAHAGIAN B
Setelah selesai aktiviti kokurikulum,aku terus mencapai basikalku untuk pulang.Sedang aku mengayuh basikal,tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang meminta tolong.Aku segera…

Mulakan cerita kamu dengan..
Aku segera…

Pendahuluan                       - kejadian yang berlaku/dikenal pasti
Idea-idea utama       : Sebarang idea yang sesuai boleh diterima
Penutup                    - pulang/perasaan/pengajaran daripada kejadian.

                                    Membantu Mangsa Kebakaran
          Aku  segera menuju ke tempat kejadian.Rupa-rupanya satu kebakaran telah berlaku di kampung Kota Bandung.Aku mendapati rumah Pak Cik Iqmal telah terbakar.
          Tanpa berlengah,aku meminta bantuan orang lain.Aku dan orang ramai mula membantu memadamkan api.Namun demikian,api semakin marak.
           Aku terus menelefon pihak bomba dan pihak polis.Setelah pihak bomba tiba,mereka segera memadamkan api.Anggota bomba  bertungkus-lumus memadamkan api itu.
          Aku terdengar jeritan dan tangisan di dalam rumah tersebut.Aku masuk ke dalam rumah tersebut.Aku masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan mangsa tersebut.Akhirnya,aku berjaya menyelamatkan mangsa kebakaran itu.
       Setengah jam kemudian,pihak bomba berjaya memadamkan api yang marak itu.Sebahagian daripada rumah itu telah terbakar dijilat api.Dalam kebakaran itu, tiada berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. Pak Cik Iqmal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memadamkan kebakaran.
       Pegawai bomba menasihati orangramai  agar berhati-hati.Semasa pulang ke rumah,aku menyedari bahawa kebakaran membawa banyak kerugian.



Saturday, July 14, 2012

FAEDAH MENABUNG


Murid-murid digalakkan menabung kerana amalan itu banyak kebaikanya.

Tulis karangan tentang kebaikan-kebaikan menabung

3.   Pendahuluan - Pernyataan umum tentang amalan menabung.
     Idea-idea      - melatih diri berjimat cermat
   -menampung perbelanjaan pendidikan pada masa hadapan
    -meringankan bebanan ibu bapa
                             -kegunaan ketika kecemasan
    -memupuk sikap berdikari
Penutup          -Harapan/seruan agar menabung dijadikan amalan.
                                    Faedah Menabung
Menabung ialah kita menyimpan sedikit-sedikit wang
lebih daripada perbelanjaan. Menyimpan wang banyak
faedahnya.

Menabung dapat melatih diri berjimat-cermat
Ini dapat mengelakkan kita daripada bersikap  boros.
Membazir tidak baik kerana itu adalah amalan syaitan.

Menabung mendidik kita supaya dapat menyimpan wang.
Wang yang disimpan tentu bertambah banyak kalau dilakukan berterusan.
Bak kata pepatah"Sedikit sedikit lama-lama menjadi Bukit".

Selain itu, wang yang disimpan boleh digunakan
pada masa-masa yang diperlukan dan kecemasan.Kita dapat membeli
barang keperluan tanpa berhutang. Ini dapat membahagiakan hidup kita.

Seterusnya, menympan adalah satu amalan yang
mulia. Wang yang disimpan boleh digunakan untuk menyambung
pelajaran  atau perbelanjaan yang lain.Ini tentunya meringankan
beban ibu bapa yang selama ini bersusah payah untuk kita.

Kesimpulannya, menabung adalah satu sikap
yang baik dan terpuji.Kita boleh melakukan banyak perkara jika
mempunyai wang..


Friday, July 13, 2012

BHG C PERCUBAAN BM


BAHAGIAN C
Nasir: Apa khabar, Rosli? Bagaimana kernalangan itu berlaku?
Rosli: Saya terjatuh dari basikal ketika dalam perjalanan pulang ke  
          rumah selepas mengikuti kelas tambahan. Pada waktu itu, hujan  
          turun dengan lebatnya dan kilat pula sabung-menyabung. Saya
          sangat takut dan cemas.
Nasir: Apa yang berlaku selepas itu?
Rosli: Saya pun mengayuh basikal saya dengan laju. Jalan raya pula
           licin. Akhirnya, saya tidak dapat mengawal basikal saya itu lalu
           terjatuh di atas jalan raya. Syukurlah, Pak Imam Shafie melalui
           kawasan itu secara kebetulan dengan keretanya. Dialah yang
           menghantar saya ke hospital. Kaki dan tangan kanan saya patah
          dan saya terpaksa berehat agak lama.
Nasir: Saya turut bersimpati atas kejadian yang telah menimpa
        awak.
Rosli :Saya berasa kesal kerana tidak mendengar nasihat ibu saya.
          Ibu selalu berpesan supaya berteduh dahulu jika hujan turun dan  
          sentiasa menunggang basikal dengan berhati-hati.
Nasir  : Kalau begitu, jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran yang  
             berguna.
Rosli     :Betul tu, Nasir. Saya berjanji, saya akan mendengar segala
          nasihat ibu dan ayah saya. Selepas kaki saya pulih, saya juga  
         akan ke rumah Pak Imam Shafie untuk mengucapkan terima
         kasih kepadanya.

Nilai Murni
1.     Prihatin- bertanyakan khabar dan sebab kemalangan
2.     Berhati-hati- mengayuh basikal dengan cermat ketika hujan
3.     Baik hati- Pak Imam Shafie menghantar Rosli ke hospital
4.     Simpati- turut bersedih atas kejadian yang menimpa Rosli
5.     Bertanggungjawab - berpesan supaya berteduh ketika hujan dan menunggang basikal dengan berhati-hati.
6.     Taat - mendengar segala nasihat ibu dan ayah.
7.     Menghargai jasa/budi- mengucapkan terima kasih.

Berdasarkan petikan, kita hendaklah prihatin dengan bertanyakan khabar rakan yang telah ditimpa kemalangan. Selain itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati semasa mengayuh basikal supaya tidak tercedera.Di samping itu, kita juga hendaklah baik hati dengan menghantar mangsa kemalangan ke hospital.Justru, ibu bapa mesti bertanggungjawab dengan berpesan kepada anak-anak supaya berteduh jika hujan.Akhirnya, seorang anak sewajarnya taat dan patuh nasihat ibu bapa.

BHG A PERCUBAAN T6



BAHAGIAN A
      
       1.mendirikan/memasang khemah
      2.menuang air
      3.memasak ikan sardin/memasukkan sardin ke dalam periuk
4.mengangkat tudung periuk/ memeriksa masakan/nasi yang ditanak 
5.mencantas dahan   /membawa seberkas kayu api
6.berdiri di atas batu / memerhatikan rakan bermain/berenang di permukaan air terjun ke dalam air
 
1.      Dua orang ahli pengakap sedang memasang dan mendirikan khemah untuk menyertai satu perkhemahan.
2.      Danial sedang menuang air ke dalam sebuah bekas untuk membancuh minuman.
3.      Khair sedang memasukkan sardin ke dalam periuk untuk dimasak sebagai lauk-pauk.
4.      Mohamad Jakim sedang mengangkat tudung periuk untuk memastikan nasi yang ditanak masak.
5.      Seorang guru sedang mencantas dahan mati dengan menggunakan sebilah parang.
6.      Seorang ahli pengakap sedang membawa seberkas kayu untuk digunakan semasa memasak dan menyalakan unggun api.
7.      Seorang Ketua Komandan sedang memerhatikan ahli-ahli pengakap mandi-manda setelah selesai menyiapkan tugasan mereka.

(Hanya bina 5 ayat sahaja) 7 ayat hanya contoh sahaja.