baaelunsiber

Monday, August 6, 2018

karangan percubaan skjmb 2018


67 Langkah-langkah memupuk perpaduan

Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah negara. Perpaduan akan terjejas jika berlaku pergaduhan dan perselisihan dalam masyarakat.  
 
        Masyarakat yang berbilang bangsa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran tetangga dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan anutan agama.Kita perlulah menunjukkan  nilai murni dengan jiran-jiran.Ini tentu dapat membentuk sahsiah positif dalam masyarakat. Hasilnya ,kita dapat memupuk nilai perpaduan dalam generasi hari ini.. 


        Selain itu, aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara melalui aktiviti gotong-royong. Masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti ini menjamin keceriaan kawasan kediaman dan mengeratkan hubungan silatulrrahim.

       Seterusnya, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka merupakan cara memupuk  perpaduan dan dapat mendedahkan masyarakat adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Oleh itu,aktiviti rumah terbuka cara yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum. 

           Seterusnya, rakyat di negara ini haruslah sentiasa tolong menolong dan saling bekerjasama.Elakkan lah diri dengan mengambil kesempatan untuk  mencetuskan isu sensitif yang boleh menyebabkan perselisihan  dan pergaduhan.Hiduplah saling bertolak ansur dan muhibah demi perpaduan kaum agar hidup aman dan damai. Dengan ini peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali.


         Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak haruslah berusaha untuk perpaduan. Kita sama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu. 




No comments:

Post a Comment