1. Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang berkelah
bersama-sama keluarga kamu di sebuah tempat
yang menarik.
Tulis catatan kamu tentang perkelahan
tersebut.
Sabtu- 15 MEI,2014.
(Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan
keluarga telah pergi berkelah di Teluk Batik. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah
kereta.)
9.00
pagi
|
:
|
Kami
tiba di Teluk Batik.Kami menurunkan barang dan meletakkan di tempat yang redup. Tanpa berlengah, saya dan
adik terus menukar pakaian untuk bermandi-manda di laut. Kami berenang dengan pelbagai aksi. Adik saya yang masih kecil berenang dengan menggunakan pelampung.
|
10.30
pagi
|
:
|
Selain itu, saya dan adik membina istana pasir. Kami menggunakan beberapa alat seperti baldi kecil, penyedok dan sebagainya. Kami berasa gembira kerana
istana pasir yang kami bina sungguh besar dan cantik.
|
12.00
tengah hari
|
:
|
Setelah penat bermandi-manda, kami pun menjamu
selera makanan yang dibawa dari rumah. Antara
makanan yang dibawa oleh ibu ialah ayam madu, daging kurma, ulam-ulaman dan ikan goreng.
Makanan itu sungguh enak dan sedap dimakan kerana pada waktu itu kami berasa sungguh lapar.
|
2.00
petang
|
:
|
Selepas solat dan berehat sebentar,
ayah juga sempat menunggang
jet-ski. Ayah
berhati-hati ketika menunggang jet-ski. Kami juga telah berpeluang menaiki bot untuk menikmati pemandangan seluruh
tempat.Pemandangan di tempat itu sungguh indah .
|
4.00
petang
|
:
|
Kami sempat bermain bola tampar
pantai bersama pengunjung pantai yang lain.Kami dapat berkenalan dan beramah
mesra dengan mereka.Walaupun sebentar sahaja namun kami semua seolah-olah
sudah lama mengenali antara satu sama lain.
|
6.00
petang
|
:
|
Kami sekeluarga bersiap-siap untuk pulang. Kami
sempat bergambar dan membeli
cenderahati sebelum pulang. Kami tiba
di rumah pada pukul sembilan malam. Saya
berharap dapat pergi ke sana lagi jika ada kesempatan.
|
No comments:
Post a Comment