baaelunsiber

Wednesday, May 21, 2014

Kemalangan Tidak Berbau T5



1.      Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu jalan menerangi kawasan
sekeliling tetapi saya perlu berhati-hati. Sambil mengayuh, saya sempat berbual-bual
dengan Razif yang membonceng di belakang. Tiba-tiba..
Mulakan cerita kamu dengan: Tiba-tiba...
Info                         tersentak - bergegas - lori melintang di atas jalan raya
Idea 1                    kemalangan jalan raya - antara lori dengan kereta - kereta tercampak ke dalam parit
Idea 2                    orang  ramai mula berkerumun - menghulurkan bantuan - menyelamatkan mangsa
Idea 3                    mengeluarkan mangsa dari kereta - kesemua dapat dikeluarkan - hantar ke hospital
Idea 4                    kaca bertaburan di atas jalan raya - pihak polis tiba - menyiasat  punca kemalangan
Penutup             beredar dari tempat kejadian - berasa sayu dan sedih - hilang selera berbuka puasa

Kemalangan Tidak Berbau
           Tiba-tiba aku dan Razif  tersentak mendengar  bunyi dentuman yang sangat kuat di hadapanku. Aku bergegas untuk mencari kepastian. Aku ternampak sebuah lori melintang di atas jalan raya.                 Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati satu kemalangan jalan raya telah berlaku. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan sebuah kereta pacuan' empat roda. Kereta tersebut tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya.
        Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Mereka segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Aku berdoa agar mereka yang mengalami kecederaan dapat diselamatkan.
        Aku dan orang ramai cuba mengeluarkan pemandu dan penumpang dalam kereta. Setelah kesemua mangsa dalam kereta itu dapat dikeluarkan,kami meminta bantuan untuk menghantar mereka ke hospital. Seorang pemandu van kilang secara sukarela sanggup menghantar mangsa kemalangan tersebut
       Serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya. Sejurus kemudian, pihak polis pun tiba. Keadaan jalan raya mulai terkawal. Beberapa orang anggota polis menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya kemalangan tersebut 
      Aku dan Razif melangkah meninggalkan tempat tragedi itu. Aku amat sayu apabila terpandang lauk-pauk di bahagian belakang kereta itu. Malam itu aku tidak berselera untuk makan malam kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu.

No comments:

Post a Comment