3. Kamu dan beberapa orang kawan berbasikal ke sekolah. Semasa
dalam perjalanan itu,
tiba-tiba seorang kawan
kamu telah terjatuh kerana basikalnya terlanggar batu.
Tulis sebuah karangan
menceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan untuk membantu
kawan kamu itu.
Menolong Rakan
yang Tercedera
Aku dan kawan-kawanku
memberhentikan basikal masing-masing.Kami menuju ke arah rakan yang terjatuh
itu.Aku melihat dia seperti tercedera.
Aku dan
rakan-rakan memapahnya ke tepi jalan.Rakan-rakan yang lain menolong mengangkat basikalnya ke tepi jalan.Ini boleh
mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalan raya daripada berlaku.
Aku menggunakan
kemahiran merawat pesakit yang ku
pelajari selama ini. Aku berjaya menghentikan darah daripada terus mengalir di
kaki dan lututnya.Sebelum itu ,aku mengambil air minuman untuk mencuci lukanya.
Sebagai langkah awal, aku membalut
kawasan luka yang agak teruk.Aku melihat rakanku itu agak cemas dan ketakutan..
Orang ramai mula
mengerumuni rakanku yang malang itu. Aku melarang mereka supaya dia mendapat
ruang dan udara yang mencukupi. Aku kemudiannya menenangkan dan menyuruh dia
bersabar..
Seterusnya, aku
menggunakan telefon bimbit untuk menelefon pihak ambulans.Aku memberitahu
lokasi dan jenis kecemasan. Tidak lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku
dan orang ramai menolong mengangkat rakanku itu untuk dihantar ke hospital. Aku turut
menemani nya ke hospital.
Setelah dirawat, Saiful mula nampak tenang.
Aku segera
menelefon keluarganya .Tidak lama selepas itu, keluarga Saiful tiba. Aku
menceritakan peristiwa yang berlaku.
Selepas tiga hari, aku dan keluarga melawat Saiful.Dia sudah sembuh
sepenuhnya.Keluarga Saiful memberi
RM50.00 dan mengucapkan terima kasih kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana
pertolongan yang aku berikan tempohari adalah ikhlas.
sy hendak memberitahu yg murid murid sekolah tidak akn membawa first aid kid dlm beg sentiasa jadi macam mana dia nak balut luka.... :[
ReplyDeleteAda Pa,be.....
DeleteBoleh ja pakai sehelai sapu tangan
DeleteSaya tiru.....
ReplyDelete