baaelunsiber

Wednesday, May 21, 2014

Faedah Bersukan



2. Kempen seperti " Badan Sihat Minda Cergas" dan "Maju Sukan untuk Negara" acap kali
kedengaran. Kesedaran orang ramai tentang kebaikan bersukan juga semakin meningkat.
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti bersukan.

FAEDAH BERSUKAN           
Bersukan  adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk diamalkan.Bersukan banyak memberi  faedah kepada kita.  
 
            Apabila bersukan , kita  melakukan banyak aktiviti gerak badan seperti regangan,kelenturan dan kepantasan.Kesannya , badan akan berpeluh dan kita akan lebih sihat dan cergas.Tubuh badan yang sihat boleh menyebabkan otak cerdas.Selain itu,kita juga boleh terhindar daripada penyakit yang berbahaya.Kita juga akan dapat memupuk bakat dan dapat mengasah kemahiran serta menambah pengalaman. 
 
            Di samping itu,sukan adalah aktiviti yang digemari dan amat menyeronokkan.Tambahan pula,kita akan mendapat ramai kawan ketika bersukan.Ini tentu dapat mengeratkan hubungan silaturahim  antara satu sama lain.Justeru,seorang murid dapat bertukar-tukar fikiran terutamanya dalam pelajaran.
      
            Bersukan juga dapat mengisi masa lapang.Oleh itu,kita dapat mengelakkan rasa bosan duduk di rumah.Sekaligus,kita  terhindar daripada gejala sosial yang membuang masa. Sebagai seorang murid, bersukan juga dapat menghilangkan  rasa tekanan setelah penat belajar.
    
            Melalui sukan juga,kita dapat mengharumkan nama sekolah.Jika bernasib baik,sukan yang diceburi boleh dijadikan sumber pendapatan.Selain itu,melalui sukan murid-murid berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Yang menarik,bersukan dapat mengurangkan berat badan.
           
            Kesimpulannya, bersukan banyak manfaat dan faedah.Kita perlu bersukan untuk mengekalkan kesihatan
              .

No comments:

Post a Comment