baaelunsiber

Friday, May 30, 2014

Masa Servis Kereta

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.



Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km 
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km 
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!
6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!
7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!
12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....
Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya! 
Okies..bye*********
Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-
Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.
Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
sumber: fb pomen cabuk kereta piang

Friday, May 23, 2014

KEMENTERIAN KESIHATAN MENGESAHKAN COKLAT CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT DAN ROAST ALMOND DIKESAN ADA DNA KHINZIR (PORCINE)


Kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa setelah dijalankan analisis dari sampel-sampel dapati  i)  Coklat Susu Dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan  ii)  Coklat Susu Dengan Buah Badam  - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015 mengandungi DNA khinzir (porcine).


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA   : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
         Perhubungan Awam
         Unit komunikasi Korporat
         Kementerian Kesihatan Malaysia
TEL    : 03-8883 2782
EMEL   : n.suzaman@moh.gov.my

STAR Johan Hoki Kebangsaan 2014




Wednesday, May 21, 2014

ucapan dalam majlis perpisahan T5



Guru kamu telah dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke sekolah lain. Kamu diminta
menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan tersebut. Tuliskan ucapan kamu
selengkapnya.


SOALAn 3
Pendahuluan:   kata alu-aluan
Isi 1   : tujuan majlis diadakan - ucapkan tahniah atas kenaikan pangkat
Isi 2   : rasa sedih terpaksa berpisah.
Isi 3   : nyatakan rasa kehilangan - sukar dicari ganti.
Isi 4   : ucapan terima kasih atas jasa - guru yang berdedikasi.
Penutup: ucapan selamat bertugas di tempat baharu - jangan lupakan kami.
Catatan: isi lain vang sesuai boleh diterima pakai.

Yang berusaha Tuan Guru Besar ,yang diraikan Encik Jasmi Bin Karim ,guru-guru dan rakan rakan sekalian.Saya mewakili rakan –rakan ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.

Hadirin sekalian,

      Majlis ini diadakan khas untuk meraikan Cikgu Jasmi yang akan bertukar sekolah.Beliau akan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Taiping.Walaupun gembira tetapi kami berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan cikgu.

      Sepanjang cikgu berada di sekolah ini banyak sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan. Cikgu seorang yang rajin, gigih dan berdedikasi. Pada tahun ini, sekolah kita telah menjadi johan dalam pertandingan bola sepak  peringkat negeri hasil tunjuk ajar cikgu. Oleh itu, kami mengucapkan ribuan terima kasih.

        Semasa cikgu berada di sekolah ini, tentu ini ada di antara kami yang membuat kesalahan dan kesilapan. Misalnya ada yang tidak menyiapkan kerja sekolah, bersikap kasar, menyakiti hati dan sebagainya. Jadi, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon maaf kepada cikgu. Bak kata perpatah, “Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan”.

           Pemergian cikgu dari sekolah ini merupakan satu kehilangan yang besar  kepada kami dan sukar dicari ganti.Kami berharap cikgu dapat menyesuaikan diri di sekolah yang baharu. Kami juga mengharapkan cikgu mendoakan kejayaan kami. Selain itu, cikgu janganlah melupakan kami di sini.  
            Setakat ini sahajalah ucapan saya pada pagi ini. Sekali lagi kami mengucapkan tahniah dan selamat bertugas.

Sekian,terima kasih.

Kemalangan Tidak Berbau T5



1.      Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu jalan menerangi kawasan
sekeliling tetapi saya perlu berhati-hati. Sambil mengayuh, saya sempat berbual-bual
dengan Razif yang membonceng di belakang. Tiba-tiba..
Mulakan cerita kamu dengan: Tiba-tiba...
Info                         tersentak - bergegas - lori melintang di atas jalan raya
Idea 1                    kemalangan jalan raya - antara lori dengan kereta - kereta tercampak ke dalam parit
Idea 2                    orang  ramai mula berkerumun - menghulurkan bantuan - menyelamatkan mangsa
Idea 3                    mengeluarkan mangsa dari kereta - kesemua dapat dikeluarkan - hantar ke hospital
Idea 4                    kaca bertaburan di atas jalan raya - pihak polis tiba - menyiasat  punca kemalangan
Penutup             beredar dari tempat kejadian - berasa sayu dan sedih - hilang selera berbuka puasa

Kemalangan Tidak Berbau
           Tiba-tiba aku dan Razif  tersentak mendengar  bunyi dentuman yang sangat kuat di hadapanku. Aku bergegas untuk mencari kepastian. Aku ternampak sebuah lori melintang di atas jalan raya.                 Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati satu kemalangan jalan raya telah berlaku. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan sebuah kereta pacuan' empat roda. Kereta tersebut tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya.
        Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Mereka segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Aku berdoa agar mereka yang mengalami kecederaan dapat diselamatkan.
        Aku dan orang ramai cuba mengeluarkan pemandu dan penumpang dalam kereta. Setelah kesemua mangsa dalam kereta itu dapat dikeluarkan,kami meminta bantuan untuk menghantar mereka ke hospital. Seorang pemandu van kilang secara sukarela sanggup menghantar mangsa kemalangan tersebut
       Serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya. Sejurus kemudian, pihak polis pun tiba. Keadaan jalan raya mulai terkawal. Beberapa orang anggota polis menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya kemalangan tersebut 
      Aku dan Razif melangkah meninggalkan tempat tragedi itu. Aku amat sayu apabila terpandang lauk-pauk di bahagian belakang kereta itu. Malam itu aku tidak berselera untuk makan malam kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu.

Menolong Rakan yang Tercedera



3. Kamu dan beberapa orang kawan berbasikal ke sekolah. Semasa dalam perjalanan itu,
    tiba-tiba seorang kawan kamu telah terjatuh kerana basikalnya terlanggar batu.
   Tulis sebuah karangan menceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan untuk membantu  
   kawan kamu itu.
Menolong Rakan yang Tercedera

            Aku dan kawan-kawanku memberhentikan basikal masing-masing.Kami menuju ke arah rakan yang terjatuh itu.Aku melihat dia seperti tercedera.

             Aku  dan rakan-rakan memapahnya ke tepi jalan.Rakan-rakan yang lain menolong  mengangkat basikalnya ke tepi jalan.Ini boleh mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalan raya daripada berlaku.

           Aku menggunakan kemahiran merawat pesakit  yang ku pelajari selama ini. Aku berjaya menghentikan darah daripada terus mengalir di kaki dan lututnya.Sebelum itu ,aku mengambil air minuman untuk mencuci lukanya. Sebagai langkah awal, aku  membalut kawasan luka yang agak teruk.Aku melihat rakanku itu agak cemas dan ketakutan..

          Orang ramai mula mengerumuni rakanku yang malang itu. Aku melarang mereka supaya dia mendapat ruang dan udara yang mencukupi. Aku kemudiannya menenangkan dan menyuruh dia bersabar..

          Seterusnya, aku menggunakan telefon bimbit untuk menelefon pihak ambulans.Aku memberitahu lokasi dan jenis kecemasan. Tidak lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku dan orang ramai menolong mengangkat rakanku  itu untuk dihantar ke hospital. Aku turut menemani nya ke hospital.
Setelah dirawat, Saiful mula nampak tenang.

            Aku segera menelefon keluarganya .Tidak lama selepas itu, keluarga Saiful tiba. Aku menceritakan peristiwa yang berlaku.  Selepas tiga hari, aku dan keluarga melawat Saiful.Dia sudah sembuh sepenuhnya.Keluarga Saiful  memberi RM50.00 dan mengucapkan terima kasih kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana pertolongan yang aku berikan tempohari adalah ikhlas.