RAHSIA TEPUNG KFC PT2: DIY BAGI YANG SERIUS INGIN MENGKLON AYAM GORENG KFC
Jadi komer nak tahu aper sebenornya ader dalam tepung KFC? Okay. Oleh
kerana komer nak tahu jugak, Yong akan cerita di sini. Tapi Yong bagi
amaran. Oleh kerana KFC ini resepi Mat Salleh, maka ada bahan-bahannya
datang dari budaya makanan Mat Salleh juga.
- Rule 1: Persediaan
- Rule 2: Ayam
- Rule 3: Tepung
- Rule 4. Perapan ayam
- Rule 5. Rempah
- Rule 6. Minyak
- Rule 7. Kuali
- Rule 8. Suhu dan masa
- Rule 1: PERSEDIAAN
Amaran 1: Jangan
tercari-cari alat bila diperlukan. Misalnya, anak lesung takde masa nak
menumbuk rempah. Ini kerana masa itu sebahagian daripada proses mengklon
ayam goreng KFC ini.
- Rule 2: AYAM
KFC mempunyai ladang ternak ayam mereka sendiri. Ada satu di Johor. Ayam
diternak mengikut piawaian KFC. Jadi ia tentu tidak sama dengan ayam
yang komer beli di pasar atau pasaraya! Maknanya, komer kena cari ayam
yang sama atau lebih baik. Takkan kita nak curi dari ladang KFC, kan.
Jadi kita kena cari ayam yang lebih baik, iaitu ayam organik. Semak link
di sini untuk mendapatkan alamat penjual ayam organik. Beli seekor yang sederhana besarnya dan potong kepada 6 ketul.
Amaran 2: Setiap ketul mesti sama berat. Kalau ada kecil dan ada yang besar, nanti ada yang dah masak, ada yang masih mentah.
- Rule 3: TEPUNG
Dalam N3 lepas, Yong kata tiada tepung tulin di Malaysia. Tepung berasal
dari adunan bijirin gandum Amerika, Australia, Canada dan India.
Samalah dengan tepung KFC!
Pakcik Saunders guna tepung gandum Amerika dan campuran tepung ubi dan
jagung dan sedikit baking soda sebelum zaman biotechnology!
Jika ingin membuat sendiri, komer perlu tepung gandum dan tepung jagung
dalam komposisi 3 bahagian tepung gandum dan 1 bahagian tepung jagung.
Maknanya, dalam 1 cawan komer kena ada 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4
cawan tepung jagung.
Untuk resepi ini komer perlu 1 1/2 cawan tepung. Kiralah banyak mana nak
letak tepung gandum dan tepung jagungnya. Gaul dengan 1 camca kecil
baking soda.
Untuk jimat masa, beli tepung siap di pasar raya. Tepung ini dinamakan
"all purpose flour", "self-raising flour" atau "tepung naik sendiri."
Amaran 3: Tepung ini
sudah tidak original lagi kerana telah ditambah bahan pengawet dan
macam-macam lagi seperti vitamin. Entah betul entah tidak Yong tak tahu.
- Rule 4: PERAPAN AYAM
1/2 cawan buttermilk
Sedikit garam.
Buttermilk tak pernah nampak di Malaysia. Siapa pernah beli tolong bagi
tahu kat mana? Jadi kita buat sendiri buttermilk dengan mencampurkan 1
cawan susu dan 1 sudu besar cuka putih atau lemon. Biarkan 5 minit
sebelum digunakan. Kita boleh juga guna dadih untuk mengganti
buttermilk. Boleh juga cuba dengan menggunakan pati santan pekat, atau
santan dalam paket. Ini akan menjadikan ayam komer unik rasanya. Orang
putih kafir campur lard (lemak babi) dalam perapan ayam. Kita boleh guna
mentega. Taknak guna pun takpe. Kurang kolesterol.
Pukul telur dengan buttermilk dan mentaga (jika suka) hingga sebati. Masukkan ayam dan perap selama 24 jam dalam peti sejuk.
Amaran 4: Jangan tingglkan perapan ayam ditempat terbuka kerana ayam akan diserapi bakteria.
- Rule 5: REMPAH
SUMBER |
Bahan-bahan boleh dibeli dipasar raya. Jika belum jadi serbuk, komer
kena tumbuk dulu dengan lesung. Jangan cuba ganti daun basil dengan daun
selasih, kerana ia sub-spesis yang berbeza.
Rahsianya yang menjadikan anak komer giler KFC ialah bahan MSG
(Monosodium Glutamate)! Bahan ini boleh diganti dengan sedikit tepung
ubi keledek campur gula atau serbuk ikan bilis. Tumbuk sendiri ikan
bilis tu. Sebabnya jika komer beli yang dah serbuk, ia mungkin dicampur
dengan MSG jugak! Jika menggunakan ikan bilis, kurangkan komposisi garam
kerana ikan bilis itu masin. Gaul semua rempah sehingga rata.
Optional: Dua ramuan tambahan yang TIDAK disebut ialah kulit kayu manis
dan cengkih. Komer boleh tambah sedikit dalam bentuk serbuk.
- Rule 6: MINYAK
Untuk mengoreng, boleh guna minyak kacang soya, jika hendak mengekalkan
kadar lemak dalam masakan. Heheheh. Lantak le komer kot suka makan
lemak. Mula-mula pakcik Saunders guna minyak jagung. Lepas tu minyak
kacang soya. Sekarang di Amerika mereka guna minyak canola. Jangan tukar
minyak masak ni dengan minyak masak kelapa sawit, walaupun komer akan
kelihatan tak patriotik!
Amaran 6: Minyak soya
ni tinggi kandungan polyunsaturated fat. Jika komer concerned, guna
minyak extra light olive oil atau refined olive oil. Rasanya lebih sedap
tapi harganya amat mahal!
- Rule 7: KUALI
KFC guna pressure fryer. Komer boleh guna deep fryer, tak kira jenama
apapun boleh. Pressure fryer for home telah ada di Malaysia. Tetapi
harganya amat mahal RM2,000 ke atas. Yang dah cuba Phillip Air-fryer,
boleh tak kongsi pengalaman? Yong sedang angan-angan nak beli. Tapi
kalau Yong kena saman masa raya ni, Yong terpaksa melupakan angan-angan
ini.
Amaran 7: Jika komer
guna kuali yang terbuka, ayam goreng komer akan jadi ayam berempah
sahaja. Kuali pressure fryer ini adalah rahsia kesedapan ayam goreng
KCF!
- Rule 8: SUHU DAN MASA
Golek-golekkan ayam yang telah diperap ke dalam tepung. Goreng selama 10
minit dengan suhu 180 darjah Celsius. Jangan lupa tutup deep fryer
dengan rapat. Kalau tidak tahu bila nak masukkan ayam, tengok saja
indicator pada deep fryer! Makanan perlu dihidang dalam tempoh 3 minit
selepas dikeluarkan dari fryer.
Amaran 8: Kalau komer masak pukul 5 petang, makan pukul 7.30 malam, dijamin tidak sedap
Kesedapan ayam goreng KFC bukan terletak hanya pada adunan tepungnya. Ia termasuk keseluruhan proses untuk menghasilkannya.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
NOTA: Niat Yong
adalah untuk mendidik pengguna. Oleh itu, kalau nak masak guna tepung,
kena tahu apa ada dalam tepung dahulu. Barulah kita boleh membuat
pilihan yang terbaik tentang apa yang kita nak masak/masak.
No comments:
Post a Comment