Soalan 1
Pendahuluan:Bangun awal
pagi - bersarapan dengan ibu dan ayah - pergi ke sekolah baru
Isi-isi:
1.tiba di sekolah - melaporkan diri di pejabat sekolah -
dimasukkan ke kelas 6 Berlian
2.memperkenalkan diri - berkenalan dengan rakan baru di
kelas tersebut
3.diberi tempat duduk - mula belajar - berasa kekok dan
malu - ditegur oleh kawan baru -berbual-bual tentang diri dan keluarga- cepat
mesra dan sesuaikan diri
4.waktu rehat - makan bersama kawan - kawan bawa ke
sekeliliiig sekolah - lihat kawasan sekolah - tandas, perpustakaan, surau,
bilik guru - mengikuti kelas tambahan - tamat pukul 2:30 petang
Penutup:.waktu pulang -
berasa letih - berasa gembira - dapat kawan baru
Ceritakan pengalaman pada hari pertama kamu di sekolah
baharu itu.
Hari ini aku akan ke sekolah baharu. Pagi-pagi lagi aku
telah
bangun dan bersarapan.
Pada pukul
7.20 pagi aku tiba ke sekolah dan terus
melaporkan diri di pejabat sekolah.Ayah telah berjumpa
En.Abdul Rahim iaitu guru Penolong Kanan 1 sekolah itu.
Selepas itu, aku dibawa dan dimasukan ke kelas Enam
Berlian.
Guru kelasku ialah En.Mawi b
Musa.Kemudian aku diminta
memperkenalkan diri di hadapan kelas. Berdebar-debar juga
rasa hatiku.Kemudian aku diberi peluang bersalaman dan
berkenalan dengan rakan-rakan yang lain.
Selepas itu,
aku mula mengikuti sesi pembelajaran di kelas
tersebut.Pada mulanya aku agak malu dan kekok untuk
bertanya dan memberi pendapat.Maklumlah murid-murid di
kelas ini pandai-pandai.Namun aku bertuah kerana mereka
baik hati dan peramah.Mereka banyak membantu aku.
Pada waktu
rehat aku ke kantin dan makan bersama-
sama.Selepas makan, aku dibawa oleh rakan-rakanku
ke kawasan sekolah seperti tandas,perpustakaan,surau,
bilik guru dan sebagainya.Aku dapati sekolah ini agak
besar dan persekitarannya bersih dan cantik.
Pada pukul
1.30 petang loceng balik kedengaran.
Walaupun letih ,aku berasa gembira berada di sekolah
baharu dan mendapat banyak kawan.
No comments:
Post a Comment