baaelunsiber

Sunday, August 26, 2012

PRA-UPSR CARA2 MENJAGA HUBUNGAN BAIK


 
Soalan 2
Pendahuluan:Semua orang - sahabat - ramai sahabat - suka mempunyai ramai kawan
Isi-isi:
1.Menyapa sahabat dengan cara yang baik - memberi salam, berjabat tangan, bertanya khabar
2.Menolong sahabat jika ada masalah - contoh : meminjamkan duit.
3.Minta izin sahabat semasa hendak meminjam atau menggunakan barang milik sahabat.
4.Menjaga maruah sahabat -jangan ceritakan keburukan sahabat kepada orang lain.
5.Memberi penghargaan - ucap selamat hari jadi, memberi hadiah pada hari lahir dan Iain-lain
Penutup:Kita mesti hargai sahabat - bersyukur mempunyai sahabat baik

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga hubungan baik
Dengan sahabat kamu.
Semua orang mempunyai sahabat .Ramai orang yang suka
mempunyai ramai kawan
      Antara cara menjaga hubungan baik dengan kawan
adalah  dengan menegur dengan baik dan sopan.Sebaik-
baiknya berilah salam dan berjabat tangan apabila bersua
Lebih elok, semasa berbual-bual kita bertanya khabar
kepadanya.
      Selain itu, hubungan akan bertembah erat dan kukuh
jika kita saling menolong antara satu sama lain.Kita boleh
menolong jika sahabat kita dalam kesusahan .Pada
hari perayaan atau kenduri kendara kita boleh menjemput
sahabat kita untuk mengeratkan hubungan.
       Bagi menjaga hubungan dengan kawan, kita perlulah
meminta izin semasa hendak meminjam atau menggunakan
barangnya .Ini dapat menjaga hatinya agar tidak tersinggung.
Jika kita menyakiti hatinya, hubungan kita tentu akan
terjejas.
       Seterusnya, kita hendaklah menjaga maruah kawan untuk
menjaga hubungan yang baik.Kita tidak boleh mengeji atau
menceritakan keburukannya kepada orang lain. Sebaik-baiknya
berilah penghargaan  atau hadiah apabila rakan kita berjaya
atau menyambut hari lahir.      
     Kesimpulannya, kita mesti menghargai sahabat  yang kita
ada.Kita perlu bersyukur mempunyai sahabat baik

5 comments: