INFO KESIHATAN: Anda berak bertinggung atau duduk? jaga-jaga !
Apa jenis jamban yang anda pakai kat rumah. kalau kita duduk kat taman
biasanya ada dua jenis jamban.
Satu jenis bertinggung secara tradisi
turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk
sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh penjajah tak guna.
Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu. Berak
bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan
melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup
mengasyikkan.
Samada kita perasa atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior
yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa
merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat.
Kalau tak
percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi
tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai tu.
Jom ubah! |
Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia
menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang
barat.
Cerita asalnya kat sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali
kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis
duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya
adalah lihat rajah yang saya lampirkan.
Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan
dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan
tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering
diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.
Mungkin kita perasa dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang
semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu
masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus
dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka
berak duduk dan kita berak bertinggung.
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama,
kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas
menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh
lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.
Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara
berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment