Thursday, August 30, 2012
empat jenis lelaki ke neraka
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam...
Anda berak bertinggung atau duduk? jaga-jaga !
INFO KESIHATAN: Anda berak bertinggung atau duduk? jaga-jaga !
Apa jenis jamban yang anda pakai kat rumah. kalau kita duduk kat taman
biasanya ada dua jenis jamban.
Satu jenis bertinggung secara tradisi
turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk
sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh penjajah tak guna.
Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu. Berak
bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan
melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup
mengasyikkan.
Samada kita perasa atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior
yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa
merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat.
Kalau tak
percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi
tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai tu.
Jom ubah! |
Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia
menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang
barat.
Cerita asalnya kat sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali
kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis
duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya
adalah lihat rajah yang saya lampirkan.
Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan
dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan
tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering
diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.
Mungkin kita perasa dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang
semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu
masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus
dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka
berak duduk dan kita berak bertinggung.
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama,
kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas
menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh
lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.
Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara
berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.
Tuesday, August 28, 2012
S2 5Z LAPORAN HARI GURU
3. Pendahuluan
- 16 Mei, di dewan dan di padang.
Idea-idea utama : - berhimpun/nyanyian/ucapan
Idea-idea utama : - berhimpun/nyanyian/ucapan
permainan/sukaneka
persembahan
murid/guru
penyampaian
hadiah/jamuan
Penutup -
bersurai
Sekolah kamu telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Tulis
laporan tentang majlis tersebut.
Laporan Majlis Sambutan
Hari Guru 2012
S.K Jalan Matang Buluh
S.K Jalan Matang Buluh
telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012..Majlis
telah diadakan pada hari Khamis bermula pada pukul lapan
pagi.Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan dan tanda terima kasih kepada guru-guru.
Pada
pukul lapan pagi semua murid-murid berkumpul di dewan
sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa.Kemudian ucapan sempena Hari Guru disampaikan oleh Tuan Guru
Besar dan Wakil Murid.Kemudian semua guru membaca ikrar dan menyanyikan lagu
”Guru Malaysia”.
Selepas itu,,persembahan
daripada murid-murid dan guru telah diadakan.Antaranya,persembahan seperti
nyanyian,deklamasi sajak, tarian dan boria .Tetamu yang hadir berasa
terhibur denagan persembahan tersebut.Kemudian murid-murid menyampaikan hadiah
kepada guru-guru.
Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah
pertandingan sukaneka antara
guru.Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan..Permainan tersebut
sungguh menarik dan hebat kerana
masing-masing ingin kemenangan.Akhirnya kumpulan Cikgu Zulkaflee diumumkan sebagai
johan keseluruhan.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar pada akhir majlis. Selepas berakhir penyampaian hadiah,satu jamuan
telah diadakan..
Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.
Disediakan oleh, 17 MEI 2011..
…………………………..
(AIMAN BIN HIDAYAT)
Setiausaha,
Sambutan Hari Guru 2012
S2 5Z - KAWAN KARIB
2. Pendahuluan
- penyataan umum tentang kawan karib.
Idea-idea : - nama dan latar belakang kawan karib
Idea-idea : - nama dan latar belakang kawan karib
sebab menjadi
kawan karib
aktiviti yang
sering dilakukan bersama
kelebihan /
kecemerlangan kawan karib
sahsiah diri
kawan karib
Penutup -
Harapan - persahabatan berkekalan, sama-
sama berjaya.
Semua orang mempunyai kawan karib.
Tulis sebuah karangan tentang kawan karib kamu.
Kawan
Karib
Kawan adalah
orang yang paling hampir dan dekat dengan kita. Setiap
orang mempunyai kawan karib.
Saya
mempunyai seorang kawan karib.Nama kawan
karib ialah Azhar b Rejab. Dia tinggal berdekatan
dengan rumah
saya di Bagan Serai.Saya suka berkawan
dengannya kerana dia bijak dan baik hati.
Saya
selalu bersama-sama dengan kawan karib
saya.Kami akan bermain tiap-tiap petang di padang.Kami selalu bermain bola sepak ataupun bermain basikal.Jika ada masa, kami akan memancing di terusan berdekatan dengan rumah
kami.
Selain
itu, kami sering belajar dan
mengulangkaji pelajaran bersama-sama.Kawan karib saya sering membantu
saya dalam pelajaran.Dia mahu kami sama-sama berjaya
dengan cemerlang.
Kawan karib saya seorang yang amat saya senangi.Dia
sering bercakap dengan sopan.Dia tidak
pernah menyinggung dan menyakiti hati
saya. Jika berbuat salah dia akan segera
memohon maaf.Ini yang membuat saya suka
berkawan dengan nya.
Saya
berharap persahabatan saya akan kekal selama-lamanya.Kami juga berazam untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)