baaelunsiber

Monday, July 18, 2016

Surat Rasmi -Mohon kebenaran GB



Sural Kiriman Rasmi
Selaku setiausaha, kamu diminta menulis surat permohonan kepada Guru Besar sekolah kamu bagi mengadakan lawatan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI, PERAK.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI
Perak.                                                                                                  20 JULAI 2016.

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Merujuk perkara di atas,,saya Farhah Irdina binti Fadhil Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.Saya ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk kami mengadakan lawatan sambil belajar ke  Kuala Lumpur.

2.         Buat pengetahuan tuan,,tujuan lawatan ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli dengan lebih terperinci.Ahli-ahli juga dapat mengenal Kuala Lumpur dengan lebih dekat.Selain itu, ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu juga dapat mempelajari tentang sejarah-sejarah   Kuala Lumpur.Di samping itu,kami juga dapat mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah.

3.         Selain itu,butir-butir lawatan adalah seperti berikut :-
      i.Lawatan ni akan diadakan pada 30 Ogos 2016.
     ii.Jumlah ahli yang mengikuti lawatan ini ialah 40 orang murid .
     iii.Jumlah guru pengiring ialah sebanyak 4 orang yang terdiri daripada Puan Amira
        binti Zairol,Encik Hazim bin Halim,Puan Sarah binti Nasir,Encik Haziq
        bin Jalil dan Encik Mohd Kamal bin Mohd Said.
     iv Bayaran adalah sebanyak RM 100.00 (Tambang dan Makan)

4.         Sebagai makluman pihak tuan,kami akan bertolak dari sekolah pada pukul 6.00 pagi.Bas dijangka tiba ke sekolah semula setelah lawatan pada pukul 12.00 malam.Semasa di Kuala Lumpur tempat-tempat yang akan dilawati ialah Pusat Sains Negara,.Melawat Muzium Negara, Melawat Zoo Negara dan Menara Kuala Lumpur.Semua tempat ini adalah  menarik dan sering dikunjungi oleh orangramai dan pelajar-pelajar.

5.         Besarlah harapan kami agar pihak tuan membenarkan kami untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur ini.Kami berharap pihak tuan dapat memberi keputusan dengan kadar segera supaya kami dapat membuat persiapan awal sebelum lawatan.

Kerjasama daripada pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian ,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
(FARHAH IRDINA BINTI  FADHIL)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu.


1 comment: