baaelunsiber

Thursday, July 26, 2012

suasana Hari Anugerah Kecemerlangan


Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan hari Penyampaian hadiah.
Ceritakan suasana sepanjang majlis itu berlangsung.

Karangan Contoh
Pada hari Rabu minggu terakhir persekolahan, sekolah saya telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Majlis itu telah diadakan d dewan sekolah dan bermula pada pukul 9.00 pagi.
Pada pagi itu, semua murid berkumpul di tapak perhimpunan dan mendengar taklimat daripada Cikgu Fadli. Saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam persembahan bersiap sedia menunggu di belakang pentas Sementara itu, Guru Besar dan guru-guru penolong kanan menunggu ketibaan YB Sham b Sahat di pintu pagar sekolah.
Majlis tersebut bermula dengan paluan kompang mengiringi YB Sham. selaku tetamu kehormat. Kemudian Guru Besar telah menyampaikan ucapan. Seterusnya YB Sham b Sahat telah merasmikan Hari Penyampaian Hadiah sekolah saya.Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dengan cemerlang.
Kemudian atur cara majlis telah diteruskan dengan penyampaian hadiah.Antara ketegori hadiah seperti hadiah kecemerlangan,mata pelajaran terbaik, hadiah galakan dan tokoh murid.Mohamad Naufal B Mohamad Nizar dan Aishah Rodziah bt Abdul Naser telah dipilih sebagai Tokoh Murid 2012.
Selepas itu telah diadakan acara persembahan. Antara persembahan sepertian persembahan tarian tradisional,deklamasi sajak dan persembahan boria.Tetamu dan ibu bapa sangat terhibur dengan persemabahan tersebut.
Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, majlis tersebut pun selesai. Para hadirin dan tetamu kehormat telah dijemput menikmati jamuan di kantin sekolah. Sebelum bersurai, saya dan rakan-rakan telah membantu guru-guru mengemas dewan dan menyusun kerusi.

11 comments: