| BAHAGIAN A | ||||||||||||
| 1. Beberapa peserta rumah sukan sedang berlari dengan pantas untuk memenangi | ||||||||||||
| acara 100 meter lelaki. | ||||||||||||
| 2. Guru Besar sedang mengalungkan pingat kepada peserta yang berjaya dalam acara | ||||||||||||
| sukan. | ||||||||||||
| 3. Murid-murid yang tidak mengambil bahagian memberikan sokongan kepada peserta- | ||||||||||||
| peserta yang mengambil bahagian. | ||||||||||||
| 4. Seorang penjaga masa sedang mencatat masa peserta-peserta yang tiba di garisan penamat. | ||||||||||||
| 5. Seorang guru sedang membantu seorang peserta yang tercedera ketika mengambil bahagian | ||||||||||||
| dalam acara sukan. | ||||||||||||
| BAHAGIAN C | ||||||||||||
| MAKLUMAT | NILAI | |||||||||||
| 1 | memohon maaf | berhemah tinggi | ||||||||||
| 2 | Menghadiri kelas tuisyen | menghargai masa | ||||||||||
| 3 | Memberi persetujuan kelas tuisyen | Patuh/taat | ||||||||||
| 4 | Berusaha lebih gigih | Rajin | ||||||||||
| 5 | Menghadiri majlis perkahwinan | Semangat kejiranan | ||||||||||
| 6 | Tradisi gotong-royong | Bekerjasama/perpaduan | ||||||||||
| Berdasarkan petikan, kita hendaklah berhemah tinggi dengan memohon maaf jika terlambat | ||||||||||||
| membalas surat.Selain itu, kita hendaklah menghargai masa dengan menghadiri kelas tuisyen | ||||||||||||
| supaya lebih berjaya.Seterusnya, kita mestilah bersikap rajin dan berusaha dengan gigih supaya | ||||||||||||
| keputusan dalam pelajaran lebih cemerlang.Di samping itu, kita boleh hadir semasa | ||||||||||||
| majlis perkahwinan jiran untuk memupuk semangat kejiranan. Akhirnya,kita boleh bergotong- | ||||||||||||
| royong bersama jiran untuk melahirkan sikap bekerjasama antara satu sama lain. | ||||||||||||
Monday, June 11, 2012
PPT BM BHG A DAN C T6 JUN 2012
Sunday, June 10, 2012
PPT 5 ZAMRUD 2012 KARANGAN
Sekolah kamu akan
mengadakan sambutan Hari Guru.Selaku ketua murid,kamu diminta untuk
menyampaikan ucapan.
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera.
Yang dihormati Tuan
Pengerusi Majlis,yang yang berusaha En.Redzuan b Othman,Penolong –Penolong kanan
,para ibu bapa, guru-guru ,kakitangan sekolah dan rakan-rakan perjuangan
sekalian..Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat meraikan lagi Hari Guru
Pada tahun ini
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru terutamanya di sekolah ini.Ribuan terima
kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha dengan
gigih untuk mendidik kami.Kejayaan yang
dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah
membanggakan.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar semua guru , tentu kami tidak akan
berjaya sehingga hari ini.
Pada
kesempatan ini, saya mewakili rakan rakan sekalian ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga buat cikgu semua. Kami sedar cikgu-cikgu telah
memberi komitmen yang terbaik untuk kami semua.Budi baik dan jasa yang cikgu
curahkan tentunya tidak akan terbalas oleh kami semua.Sekali lagi , saya
mewakili rakan-rakan mengucapkan terima
kasih.
Hadirin sekalian,
Sepanjang
kami belajar dengan cikgu, tentu ada antara kami yang telah meluka dan menyinggung perasaan
cikgu.Walaupun ada antara kami yang degil,tidak menyiapkan kerja ataupun
membuat bising namun cikgu masih tidak jemu-jemu untuk mengajar kami. Oleh itu,
saya mewakili diri sendiri dan semua rakan ingin memohon maaf seandainya selama
ini kami telah melakukan kesalahan kepada cikgu.Cikgu, maafkan lah kami semua.
Sebelum mengundurkan diri, saya berharap cikgu-cikgu
terus mengajar dan mendidik sehinga kami berjaya.Kami berjanji akan
menghadiahkan kejayaan sebagai membalas budi baik cikgu selama ini. Tentunya,
hanya kejayaan yang akan memberi semangat dan hadiah kepada cikgu untuk terus
berkhidmat dengan lebih cemerlang.
Di
samping itu, kami akan sentiasa mendoakan agar cikgu-cikgu dan keluarga
sentiasa dalam keadaan bahagia dan dihindar daripada sebarang musibah.Akhirnya
, selamat hari Guru.
Buah
cempedak di luar pagar,
Ambil
galah tolong jolokkkan;
Saya
budak baharu belajar,
Kalau
salah tolong tunjukan.
Sekian,terima
kasih.
Soalan 2
Aku sedang bermain di
padang bersama kawan-kawanku.Tiba-tiba aku terdengar jeritan meminta
tolong.Akupun…..
|
(Mulakan karangan kamu daripada “Akupun ....
)
|
|
Aku
pun terus berlari dan menuju ke arah pantai yang berhampiran dengan
sekolahku..Aku
dan kawan-kawan melihat seorang budak
terkapai-kapai dibawa
ombak
dan sedang lemas.Aku segera terjun kerana ingin menyelamatkan
budak
tersebut.
|
|
Aku menggunakan kemahiran berenang
yang ku pelajari selama ini. Aku
berjaya
menyelamatkan budak itu dan membawa ke tepi
pantai.Aku melihat
|
|
budak itu telah pengsan dan mungkin telah
banyak tertelan air.
|
|
Orang ramai mula mengerumuni budak yang
malang itu. Aku melarang
mereka
supaya budak itu mendapat ruang dan udara yang mencukupi.Aku
|
|
kemudiannya
meminta pertolongan salah seorang daripada mereka yang mahir
supaya dapat memberi rawatan awal kepada
budak itu.Seorang pemuda
|
|
kemudiannya
telah membantu dengan menekan dada budak itu untuk memberi
pertolongan.
|
|
Sementara itu, aku menggunakan telefon
bimbit untuk menelefon pihak
ambulans.Aku
memberitahu lokasi dan jenis kecemasan.
|
|
Tidak
lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku dan kawan-kawanku
menolong mengangkat budak itu untuk di
hantar ke hospital.Aku turut
menemani
budak ke hospital
|
|
Setelah budak itu dirawat, dia
mula sedar dan boleh bercakap.Aku segera
menelefon
keluarga budak itu .Tidak lama selepas itu, keluarga budak itu tiba.
|
|
.
Aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Rupa-rupanya, budak itu tinggal
berhampiran
pantai tersebut.
|
|
Selepas tiga hari, aku dan kawan-kawanku
melawat Hazli.Dia sudah sihat
sepenuhnya.Keluarga
Hazli memberi RM50.00 dan mengucapkan terima kasih
|
|
kepada
ku.Aku menolak pemberian itu kerana pertolongan yang aku berikan
tempohari
adalah ikhlas.
|
|
Soalan 1
LAWATAN KE PULAU PINANG 2012
|
||||||
|
Pada
25 Mac,2012 yang lalu, saya mengikuti lawatan
|
||||||
|
anjuran
Persatuan bahasa Melayu ke Pulau Pinang.Rombongan ini terdiri daripada 40 orang
murid dan diiringi oleh lima orang guru
|
||||||
|
pengiring.
|
||||||
|
Setelah sejam setengah perjalanan
dari sekolah,kamipun tiba di Pulau Pinang.Kami telah melalui jambatan Pulau
|
||||||
|
Pinang
iaitu jambatan ketiga panjang di dunia.Saya dapat melihat
|
||||||
|
banyak
bot-bot nelayan yang sedang mencari rezeki.
|
||||||
|
Tempat
pertama yang kami lawati ialah di Batu
|
||||||
|
Feringghi.Di
sini adalah tempat mandi-manda dan berkelah.
|
||||||
|
Kami
berehat dan membeli makanan di gerai-gerai.saya sempat
|
||||||
|
bergambar
bersama-sama kawan-kawan dan membeli
|
||||||
|
cendera
hati.
|
||||||
|
Selepas
itu, kami melawat taman rama-rama di
|
||||||
|
Tanjung
Bungah. Saya terpegun melihat pelbagai jenis rama-
|
||||||
|
rama
yang berwarna warni. Kami semua agak terhibur di sini
|
||||||
|
sambil
melihat rama-rama makan betik-betik yang disediakan.
|
||||||
|
Pada
sebelah petang, kami ke Bukit Bendera.Saya
|
||||||
|
dapat
merasai menaikki kereta kabel.Di puncak Bukit Bendera
|
||||||
|
cuaca
agak sejuk dan angin bertiup kencang.Saya dapat melihat pemandangan yang
sungguh cantik dari puncak ini.
|
||||||
|
Sebelum pulang, kami singgah di
KOMTAR. Kami sempat membeli belah di sini.saya membeli pakaian dan sepasang
|
||||||
|
kasut.
Walaupun lawatan ini hanya sehari, banyak pengalaman
|
||||||
|
menarik
yang saya peroleh.
|
||||||
Thursday, June 7, 2012
KEBURUKAN MEROKOK
Tuliskan keburukan merokok.
Keburukan
Merokok.
Merokok adalah
tabiat yang tidak elok.Oleh itu,kita perlu menghindari
tabiat ini.
Merokok boleh menjejaskan kesihatan
perokok.Perokok juga akan mengalami batuk berpanjangan dan sakit dada.Perokok
juga akan menghidap kanser paru-paru dan mungkin akan membawa
maut.
Selain
itu,penampilan diri perokok juga tidak menarik.Nafas perokok juga
berbau busuk dan gigi akan menjadi hitam.Oleh itu,
perokok akan dibenci dan tidak
disukai oleh orang ramai.
Selain
itu,harga rokok pada masa kini juga agak mahal dan boleh
menyebabkan pembaziran.Apabila tidak
membeli rokok,kita akan menjimatkan wang dan boleh membeli keperluan
yang lain.
Selain
itu,ibu hamil yang merokok akan menjejaskan kandungan
.Anak yang akan lahir mungkin akan
menjadi cacat atau pramatang.Selain itu,asap rokok juga boleh membahayakan
orang lain.Bagi pelajar-pelajar yang yang merokok ,mereka mungkin
akan terjebak dalam gejala sosial dan ponteng.
Kesimpulannya, merokok amat membahayakan.Oleh
itu,marilah kita menghindari tabiat ini.
CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG
SYARAHAN :
Kamu telah menyertai satu pertandingan
syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan ialah "Cara-cara Mengisi Masa lapang". Tulis syarahan
tersebut selengkapnya.
Yang berusaha Tuan Guru
Besar ,Encik Radzuan b Othman ,panel hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru serta rakan-rakan sekalian.Pada pagi ini,saya
akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Mengisi Masa lapang".
Hadirin sekalian,
Pada masa lapang,kita boleh menghabiskan
masa dengan melakukan pelbagai kegiatan.Kita bolehlah menggunakan masa yang
terluang dengan membuat perkara yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran.Mengulangkaji
pelajaran atau membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.
Selain itu,kita boleh mengamalkan
hobi-hobi yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.Contohnya,kita
boleh membaca,mengumpul setem,melukis dan sebagainya.Dengan cara ini, kita
bukan sahaja berasa terhibur,
malah kita dapat menambahkan
ilmu.Kita juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan
gejala sosial.Contohnya,melepak,merokok,ponteng sekolah dan merosakkan
harta benda awam.
Di samping itu juga,kita boleh membantu
ibu dan bapa di rumah untukmeringankan beban mereka.Kita boleh membantu ibu
bapa seperti mengemasrumah,menjaga adik,mencuci kereta dan
sebagainya.Kesannya,kita akan lebih
disayangi dan
dapat mengeratkan
hubungan.
Hadirin sekalian,
Seterusnya,kita dapat melakukan
kegiatan yang berfaedah seperti pergi berkelah bersama keluarga atau
membuat lawatan ke sesuatu tempat.Kita boleh pergi ke pantai,air terjun
dan banyak tempat menarik yang boleh
dikunjungi.Ini
dapat memberi keseronokan dan semangat belajar kepada seseorang pelajar.Di
samping itu,kita boleh pulang ke kampong untuk menghabiskan masa
cuti.Kita dapat melakukan pelbagai aktiviti semasa di kampung.
Setakat ini sahajalah syarahan saya buat kali
ini.Sebelum berundur, kita perlulah mengisi masa dengan perkara-perkara yang
berfaedah.
Sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)