1.Setelah selesai aktiviti kokurikulum, aku terus
mencapai basikalku untuk
pulang.sedang
aku mengayuh basikal,tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang
meminta
tolong.Aku segera...
Mulakan cerita
kamu dengan, Aku segera ....”
Menolong Mangsa
Lemas
Aku segera berlari dan menuju
ke arah jeritan tersebut.Aku melihat seorang budak terkapai-kapai dibawa ombak
dan sedang lemas. Aku segera terjun kerana ingin
menyelamatkan budak tersebut.
Aku menggunakan kemahiran berenang
yang ku pelajari selama ini. Aku berjaya menyelamatkan budak itu dan membawanya
ke tepi pantai. Aku melihat budak itu
pengsan dan mungkin banyak tertelan air.
Orang ramai mula mengerumuni
budak yang malang itu. Aku melarang mereka supaya budak itu mendapat
ruang dan udara yang mencukupi. Aku kemudiannya meminta pertolongan salah
seorang daripada mereka yang mahir
supaya dapat memberi rawatan awal kepada budak itu.Seorang
pemuda kemudiannya telah membantu dengan menekan dada budak itu
untuk memberi pertolongan.
Seterusnya, aku menggunakan telefon
bimbit untuk menelefon pihak ambulans.Aku memberitahu
lokasi dan jenis kecemasan. Tidak lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku
dan orangramai menolong mengangkat budak itu untuk di hantar ke
hospital. Aku turut menemani budak itu ke hospital.
Setelah budak itu dirawat,
dia mula sedar dan boleh bercakap.Aku segera menelefon keluarga
budak itu .Tidak lama selepas itu, keluarga budak itu tiba. Aku menceritakan
peristiwa yang berlaku. Rupa-rupanya, budak itu tinggal berhampiran pantai
tersebut.
Selepas tiga hari, aku dan keluarga melawat
Amir.Dia sudah sihat sepenuhnya.Keluarga Amir memberi RM50.00 dan mengucapkan
terima kasih kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana
pertolongan yang aku berikan tempohari adalah ikhlas.
No comments:
Post a Comment