Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini
label
FAKTA ISLAM
{Pesan Rasulullah} Jangan
Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang
basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah :
wanita
yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah :
wanita
sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada
dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka
mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah :
Menyatakan
kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum
ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini
berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia
ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya
itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga
merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah :
melemparkan
pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya
utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu
wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala
lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya
dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang
menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama,
wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias
diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.
Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang
kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang
lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah :
banyak
cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala
kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Daripada Gempaq Network
sumber utama: Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/pesan-rasulullahjangan-kahwini-6-jenis.html#ixzz2T2bD5uG4
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: khalifahalhidayah on Facebook
No comments:
Post a Comment