2 Persatuan
Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan satu pertandingan bercerita. Selaku
setiausaha, kamu diminta untuk menulis laporan tentang pertandingan tersebut.
Tulis laporan kamu itu selengkapnya.
Laporan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah 2013
SK Jalan Matang Buluh Bagan Serai.
Persatuan Bahasa Melayu S.K Jalan Matang Buluh telah mengadakan satu pertandingan bercerita. Majlis telah
diadakan pada hari Sabtu bermula pada pukul 9.00 pagi.Majlis ini diadakan untuk
memilih wakil sekolah ke peringkat daerah.
Pada pukul 8.30
pagi, murid-murid sudah mula memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru, , dan
tetamu jemputan masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pengerusi
PIBG juga tiba untuk merasmikan majlis tersebut.
Pengacara
majlis, mengalu-alukan kehadiran para
jemputan. Sebelum pertandingan dimulakan, ketua hakim menerangkan syarat-syarat
pertandingan. Semua yang hadir bertumpu ke tempat pertandingan.
Pertandingan
bermula.Seramai 20 peserta telah mengambil
bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan oleh murid-murid. Semuanya amat
menarik dan memukau.Para hakim kelihatan agak sukar untuk memilih pemenang.
Perasmian
penutup dilakukan oleh Guru Besar En. Redzuan b Othman. Beliau berpuas hati dengan prestasi para
peserta. Semuanya berbakat dan berkebolehan.
Kemudian keputusan
diumumkan. Nur Zakirah bt Zulkifle dinobatkan sebagai juara pertandingan
bercerita peringkat sekolah. Ahmad Jafni bin Hizad mendapat tempat kedua dan Siti Asmlia bt
jamaludin di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar En. Redzuan b
Othman .
Pada pukul 11.30
pagi pertandingan berakhir. Tetamu dijemput menikmati jamuan di kantin sekolah. Guru Penasihat Bahasa Melayu
berasa gembira kerana majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Disediakan oleh,
15 MAC , 2013.
Nabil
iman
(NABIL IMAN B NAZRI)
Setiausaha ,
Persatuan Bahasa Melayu.
Karangan yang sangat bagus.
ReplyDeleteBagus
DeleteKarangan yang sangat baik.
Deletegood
ReplyDeleteBagus untuk membuat rujukkan
ReplyDeleteBagus dan sangat sempurna untuk murid.
ReplyDeleteBagus dan sangat sempurna untuk murid.
ReplyDelete