baaelunsiber

Friday, May 31, 2013

Laporan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah 2013- T6



2          Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan satu pertandingan bercerita. Selaku setiausaha, kamu diminta untuk menulis laporan tentang pertandingan tersebut.

Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah 2013
SK Jalan Matang Buluh Bagan Serai.

Persatuan Bahasa Melayu S.K Jalan Matang Buluh telah mengadakan  satu pertandingan bercerita. Majlis telah diadakan pada hari Sabtu bermula pada pukul 9.00 pagi.Majlis ini diadakan untuk memilih wakil sekolah ke peringkat daerah.

Pada pukul 8.30 pagi, murid-murid sudah mula memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru, , dan tetamu jemputan masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pengerusi PIBG juga tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

Pengacara majlis,  mengalu-alukan kehadiran para jemputan. Sebelum pertandingan dimulakan, ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan. Semua yang hadir bertumpu ke tempat pertandingan.

Pertandingan bermula.Seramai 20 peserta telah mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan oleh murid-murid. Semuanya amat menarik dan memukau.Para hakim kelihatan agak sukar untuk memilih pemenang.

Perasmian penutup dilakukan oleh Guru Besar En. Redzuan b Othman. Beliau berpuas hati dengan prestasi para peserta. Semuanya berbakat dan berkebolehan.

Kemudian keputusan diumumkan. Nur Zakirah bt Zulkifle dinobatkan sebagai juara pertandingan bercerita peringkat sekolah. Ahmad Jafni bin Hizad  mendapat tempat kedua dan Siti Asmlia bt jamaludin di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar En. Redzuan b Othman .

Pada pukul 11.30 pagi pertandingan berakhir. Tetamu dijemput menikmati jamuan di  kantin sekolah. Guru Penasihat Bahasa Melayu berasa gembira kerana majlis berjalan dengan baik dan lancar.

Disediakan oleh,               15 MAC , 2013.

Nabil iman
 (NABIL IMAN B NAZRI)                        
Setiausaha ,
Persatuan Bahasa Melayu.


Menolong Mangsa Lemas-Soalan 1 t6 ppt



1.Setelah selesai aktiviti kokurikulum, aku terus mencapai basikalku untuk
    pulang.sedang aku mengayuh basikal,tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang
    meminta tolong.Aku segera...

   Mulakan cerita kamu dengan, Aku segera ....”

Menolong Mangsa Lemas

            Aku segera berlari dan menuju ke arah jeritan tersebut.Aku melihat seorang budak terkapai-kapai dibawa ombak dan sedang lemas. Aku segera terjun kerana ingin menyelamatkan budak tersebut.

           Aku menggunakan kemahiran berenang yang ku pelajari selama ini. Aku berjaya menyelamatkan budak itu dan membawanya ke tepi pantai. Aku melihat budak itu  pengsan dan mungkin banyak tertelan air.

          Orang ramai mula mengerumuni budak yang malang itu. Aku melarang mereka supaya budak itu mendapat ruang dan udara yang mencukupi. Aku kemudiannya meminta pertolongan salah seorang daripada mereka yang mahir  supaya dapat memberi rawatan awal kepada budak itu.Seorang pemuda kemudiannya telah membantu dengan menekan dada budak itu untuk memberi pertolongan.

          Seterusnya, aku menggunakan telefon bimbit untuk menelefon pihak ambulans.Aku memberitahu lokasi dan jenis kecemasan. Tidak lama kemudian, pihak ambulans pun tiba.Aku dan orangramai menolong mengangkat budak itu untuk di hantar ke hospital. Aku turut menemani budak itu ke hospital.

          Setelah budak itu dirawat, dia mula sedar dan boleh bercakap.Aku segera menelefon keluarga budak itu .Tidak lama selepas itu, keluarga budak itu tiba. Aku menceritakan peristiwa yang berlaku. Rupa-rupanya, budak itu tinggal berhampiran pantai tersebut.

          Selepas tiga hari, aku dan keluarga melawat Amir.Dia sudah sihat sepenuhnya.Keluarga Amir memberi RM50.00 dan mengucapkan terima kasih kepada ku.Aku menolak pemberian itu kerana pertolongan yang aku berikan tempohari adalah ikhlas.


Thursday, May 30, 2013

BHG C T6





Bahagian C
-      menepati masa - tiba tepat waktu
-      bertanggungjawab - menceriakan sekolah - selesa
-      bekerjasama - bergotong-royong
-      bersikap adil/ sama rata - tugas dibahagikan kepada kumpulan
-      mengeratkan hubungan silaturahim - bekerja dalam kumpulan
-      menjaga kebersihan - bersihkan kawasan sekolah
-      mematuhi arahan - mengikut tugasan yang diberi




Berdasarkan petikan , kita hendaklah menepati masa dengan tiba tepat waktu jika ada aktiviti di sekolah. Selain itu, kita hendaklah bertanggungjawab dengan menceriakan sekolah untuk keselesaan semua pihak .Di samping itu, kita mestilah bekerjasama semasa menjalankan aktiviti gotong-royong. Seterusnya, kita hendaklah bersikap adil dengan mengagih-agihkan tugas supaya sesuatu kerja dapat disiapkan dengan cepat..Akhirnya , kita hendaklah mematuhi arahan dengan mengikut tugasan yang diberi.