pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA!!!!!!!!
Untuk renungan bersama ......
Selama
hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981
selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak.
Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan
nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa
saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan
saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji
di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya
nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah
kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas
berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada
giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik
sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang
tidak s eda rkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an
mengurus jemaah itu,
saya pun bergegas menuju ke ara h wanita berkenaan. "Kakak ni sakit,"
kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang
serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang s eda ng berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak s eda rkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,"
kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan
membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sement ara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan
masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita
itu masih belum s eda rkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh
doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita
itu masih lagi koma. Sement ara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu
saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di
hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya
menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita
tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia
masih tidak s eda rkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga
tidak s eda rkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah
pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke
Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya
diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun,
kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari
sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke ara h saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk
saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya
terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia
tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja
nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus
menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika
kemudian dia bersu ara , menceritakan kepada saya mengapa dia
berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh
kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin
dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada
nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol ara k. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-s eda n.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan su ara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung,
Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di aza b dengan seksaan yang
benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama
ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak
telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada
kakak. Balasan aza b Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di
aza b di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan
b ara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat daripada b ara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus,
jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya
bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan
ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan aza b yang amat
pedih.
Dengan su ara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari
kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan b ara api, sakitnya
terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan
otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan
menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada
umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum ara k, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang dih ara mkan Allah, semasa tidak s eda rkan diri itu kakak
telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada
buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu
sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu,
duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
menikam pula perut kakak.
S eda ngkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis
saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan b ara -b ara
api. Bila kakak masukkan saja b ara api itu ke dalam mulut, seluruh
badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis b ara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui... aza bnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita
itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebes ara n Allah. "Masa di aza b itu,
kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi,
berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak
memohon. Kakak kata kakak akan
buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak
berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak
berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita
wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita
manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan
kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan
kita, maka aza blah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri keben ara n Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi aza bnya takkan sampai pedih macam
tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
Mekah, dia menjadi jemaah yang paling w ara k. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang
subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa
buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita
itu, sepanjang berada di dalam Masjidil H ara m, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya aza b
tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai aza b
itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau
ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada
mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di
aza b, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai
rambut wanita Islam yang sengaja
diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai
rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???
Allah..."
"Kakak ber aza m, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu
Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak
dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya
percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong
kepada saya tentang ceritanya di aza b semasa koma? Tidak. Saya percaya
dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan
bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan aza b yang diterimanya itu dengan aza b
yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya sec ara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perk ara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di
aza b barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang
Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...." itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT
SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
No comments:
Post a Comment