Kamu pergi berkelah di suatu tempat yang menarik. Ceritakan pengalaman kamu semasa berkelah.
Pengalaman Berkelah
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pergi berkelah di Teluk Batik.
Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah kereta.
Setibanya kami di Teluk Batik, kami menurunkan
barang dan meletakkan di tempat yang redup. Tanpa berlengah, saya dan adik
terus menukar pakaian untuk bermandi-manda
di laut. Kami berenang
dengan pelbagai aksi. Adik saya yang masih kecil berenang dengan menggunakan pelampung.
Setelah penat bermandi-manda, kami pun menjamu
selera makanan yang dibawa dari rumah. Antara makanan yang dibawa oleh
ibu ialah ayam madu, daging kurma, ulam-ulaman dan ikan goreng. Makanan itu sungguh enak dan
sedap dimakan kerana pada waktu itu kami berasa sungguh lapar.
Selain itu, saya dan adik membina istana pasir. Kami
menggunakan beberapa alat
seperti baldi kecil, penyedok dan sebagainya. Kami
berasa gembira kerana istana pasir yang kami bina sungguh besar dan cantik.
Seterusnya, ayah juga sempat menunggang jet-ski. Ayah
berhati-hati ketika menunggang jet-ski. Kami juga telah menaiki bot untuk menikmati
pemandangan seluruh tempat.Pemandangan di tempat itu sungguh indah .
Tepat jam enam petang, kami bersiap-siap umtuk pulang. Kami sempat bergambar dan membeli cenderahati
sebelum pulang. Kami tiba di rumah
pada pukul sembilan malam. Saya berharap dapat pergi ke sana lagi.
Kampung kamu telah dilanda banjir kilat.
Ceritakan tindakan-tindakan kamu untuk membantu ibu bapa kamu untuk
berpindah
BANJIR KILAT.
Hujung minggu
lalu,hujan turun tidak berhenti-henti.Tidak lama kemudian,rumah saya
dilanda banjir kilat.
Suasana
di rumahku menjadi kelam- kabut.Ayah mengarahkan kami supaya bersiap-
sedia untuk berpindah.Saya mengemaskan barang-barang
persekolahan seperti beg sekolah,alat tulis,buku,pakaian dan sebagainya.
Selain itu, saya menolong memindahkan
dokumen-dokumen penting ke tingkat atas rumah.Saya juga turut membawa
fail-fail penting kepunyaan ayah dan ibu.Ini boleh mengelakkan fail
daripada musnah .
Di samping itu,saya turut membantu ibu mengemaskan
pakaian yang tidak boleh bawa dan meletakkan di tempat yang
selamat.Kami hanya membawa pakaian yang difikirkan perlu.Pakaian
dan barang-barang yang ditinggalkan diletakkan di tempat yang tinggi
Saya juga turut menutup pintu dan
tingkap rumah.Ini boleh mengelakkan daripada kejadian pecah
rumah.Selain itu,saya juga menutup semua suis elektrik
untuk mengelakkan sebarang kemalangan .
Setelah semuanya selesai, kami dipindahkan
ke pusat pemindahan. Saya berharap kejadian bencana alam ini tidak berlaku lagi
kerana boleh menyebabkan banyak kesusahan dan kerugian.
Kamu dan rakan-rakanku sedang menunggang basikal pulang dari
sekolah.Tiba-tiba kamu melihat asap berkepul-kepul di udara.
Aku dan rakan-rakanku segara…(Mulakan karangan anda daripada aku dan
rakan-rakanku)..
Membantu
Mangsa Kebakaran
Aku dan rakan-rakanku
segera menuju ke tempat kejadian.Rupa-rupanya satu kebakaran
telah berlaku di Taman Kemboja.Aku mendapati rumah Pak Cik Zulkaflee
telah terbakar.
Tanpa berlengah,aku meminta
bantuan orang lain.Aku dan orang ramai membantu memadamkan api.Namun
demikian,api semakin marak.
Aku terus menelefon
pihak bomba dan pihak polis.Setelah pihak bomba tiba,mereka segera memadamkan
api.Anggota bomba bertungkus-lumus
memadamkan api itu.
Aku terdengar jeritan dan tangisan di
dalam rumah tersebut.Aku masuk ke dalam rumah tersebut.Aku masuk ke dalam rumah
untuk menyelamatkan mangsa tersebut.Akhirnya,aku berjaya
menyelamatkan mangsa kebakaran itu.
Setengah jam kemudian,pihak bomba berjaya
memadamkan api yang marak itu.Sebahagian daripada rumah
itu telah terbakar dijilat api.Dalam kebakaran tersebut,banyak harta benda yang
musnah dan kerugian dianggarkan sebanyak RM50,000.00.Dilaporkan tiada
kemalangan jiwa tetapi hanya kecederaan ringan sahaja.
Pegawai bomba menasihati orang agar
berhati-hati.Mulai dari hari itu,aku menyedari bahawa kebakaran membawa banyak
kerugian.
Sekolah kamu
telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Selaku setiausaha majalah
sekolah,kamu ditugaskan untuk menulis laporan tentang majlis
tersebut.
Laporan Majlis Anugerah
Kecemerlangan 2009
S.K Jalan Matang Buluh
S.K Jalan Matang Buluh telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan
ke-47.Majlis telah diadakan pada hari Sabtu bermula pada pukul
dua petang.Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada
murid-murid yang cemerlang.
Majlis telah dirasmikan
oleh YB Syam bin Sahat ,ADUN Alor Pongsu.Beliau mengucapkan tahniah
kepada murid-murid yang berjaya dan berharap agar mereka dapat meneruskan
kecemerlangan .
Selepas ucapan perasmian,persembahan
daripada murid-murid telah diadakan.Antaranya,persembahan tarian,boria dan
koir.Tetamu yang hadir berasa terhibur denagan persembahan tersebut.
Hadiah-hadiah telah
disampaikan oleh YB Syam bin Sahat.Antara kategori hadiah
ialah seperti hadiah kecemerlangan,mata pelajaran terbaik,hadiah
galakan,anugerah NILAM,terbaik UPSR dan tokoh murid.
Acara kemuncak pada majlis
tersebut ialah pengumuman tokoh murid 2009.Tokoh murid bahagian
lelaki disandang oleh Mohamad Izzat Imran bin Abdul Aziz.Bahagian perempuan
pula dimenangi oleh Siti Asmira binti Jamaludin.Pemenang dipilih
berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Selepas berakhir penyampaian
hadiah,satu jamuan ringan telah diadakan.Majlis berakhir pada
pukul enam petang.
Disediakan oleh,
15 NOVEMBER 2009.
Aiman
hidayat
(AIMAN BIN HIDAYAT)
Setiausaha Majalah Sekolah
Akhir-akhir ini masalah disiplin dan tingkah laku pelajar
semakin merosot.Jelaskan cara-cara untuk mengatasi masalah ini.
Cara Mengatasi masalah Disiplin
Pelajar
Ramai antara murid yang mempunyai masalah
disiplin.Oleh itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk
mengatasi masalah ini.
Ibu bapa perlu mengawal dan
memerhati anak mereka.ibu bapa juga perlu mengenal rakan-rakan
anak mereka.Oleh yang demikian,ibu bapa akan dapat mengenal masalah
yang dihadapi anak mereka dan dapat menyelesaikannya.
Selain itu,ibu bapa berperanan untuk
memberi didikan agama supaya dapat mencegah anak
mereka daripada melakukan perkara yang tidak baik.ibu bapa juga perlu memberi perhatian
dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak mereka.Ibu bapa perlu
mewujudkan keluarga yang penyayang.
Di samping itu,para guru
perlulah menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid.Pihak sekolah
juga perlulah mengadakan aktiviti kokurikulum supaya tidak
membuang masa yang terluang.Selain itu, pihak sekolah perlu mengetatkan
peraturan di sekolah supaya murid-murid tidak akan terlibat dalam
gejala sosial.Murid-murid yang bermasalah perlulah dipanggil untuk sesi
kaunseling.
Selain itu,media
massa juga berperanan dalam hal ini.Media massa perlulah menyiarkan iklan
tentang kempen-kempen yang sesuai untuk murid-murid yang bermasalah.Murid-murid
juga perlulah menyertai rakan muda dan menjadi badan
sukarela.Masyarakat setempat juga perlulah mengambil berat
tentang anak-anak mereka.
Kesimpulannya,kita perlulah mengatasi masalah disiplin yang semakin
meningkat di kalangan murid-murid kerana murid-murid ialah bakal pemimpin pada
masa hadapan.
Surat rasmi
Kamu tidak hadir ke sekolah kerana ada sebab-sebab
tertentu.Tulis sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk memberitahu keadaan.
No.9,Jalan Mayang 3,
Taman Serai Mayang,
34300 Bagan Serai,
Perak.
En. Mohd Zulkaflee
Bin Yusof
Guru Kelas Enam Ikhlas
SK. Jalan Matang Buluh,
Bagan Serai,
PERAK. 23
OGOS ,2010.
________________________________________________________________________
Tidak Hadir Ke Sekolah
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di
atas.
2. Saya Muhd Afiq Bin Mohd Mazlan
dari kelas Enam
Ikhlas.Saya tidak hadir
ke sekolah selama dua hari.Saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang
beberapa ekor lebah.
3. Muka saya lebam akibat gigitan dan saya
berasa sungguh sakit.Ibu bapa saya bimbang dan segera membawa saya ke klinik.Nama
klinik tersebut ialah Klinik Mettar.
4. Tiba di klinik
tersebut, doktor memberi rawatan dengan segera. Doktor
menyarankan saya supaya banyak berehat dan makan ubat
yang diberi. Saya juga diberi sijil cuti sakit.
5. Saya ingin
memohon maaf atas kesulitan tersebut.
Saya berharap pihak tuan dapat memahami
masalah ini.
6.Saya juga akan mengulangkaji pelajaran
semasa di rumah.saya akan menanyakan kerja atau mata pelajaran
yang saya tertinggal kepada kawan dan
guru.
Saya mengucapkan terima kasih atas
kerjasama yang diberikan.Saya berjanji akan hadir ke sekolah
secepat mungkin.
Sekian,terima kasih.
AFIQ HAZIQ
(MOHD AFIQ HAZIQ
BIN MAZLAN)
SYARAHAN :
FAEDAH BERSUKAN
Yang berusaha Tuan Guru Besar ,Encik Radzuan b Othman ,panel hakim yang
arif lagi bijaksana,guru-guru serta
rakan-rakan sekalian.Pada pagi ini,saya akan menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk “Faedah Bersukan”.
Hadirin sekalian,
Kita perlu bersukan kerana
boleh menyihatkan tubuh badan.Tubuh badan yang sihat boleh
menyebabkan otak cerdas.Selain itu,kita juga boleh terhindar
daripada penyakit yang berbahaya.
Di samping itu,sukan adalah
aktiviti yang digemari dan amat menyeronokkan.Tambahan
pula,kita akan dapat ramai kawan ketika bersukan.Ini tentu dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu
sama lain.Justeru,seorang murid dapat bertukar-tukar fikiran
terutamanya dalam pelajaran.
Bersukan juga dapat mengisi
masa lapang.Oleh itu,kita dapat mengelakkan rasa bosan
duduk di rumah.Sekaligus,kita dapat terhindar daripada gejala sosial
yang membuang masa.
Hadirin sekalian.
Melalui sukan juga,kita dapat mengharumkan
nama sekolah.Jika bernasib baik,sukan yang diceburi boleh dijadikan sumber pendapatan.Selain
itu,melalui sukan murid-murid berpeluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.Yang menarik,bersukan dapat mengurangkan
berat badan.
Setakat ini sahajalah
syarahan saya buat kali ini.Sebelum berundur,bersukan perlulah diamalkan untuk
menjamin kesejahteraan hidup.
Sekian,terima kasih.
Tuliskan keburukan merokok.
Keburukan
Merokok.
Merokok adalah
tabiat yang tidak elok.Oleh itu,kita perlu menghindari
tabiat ini.
Merokok boleh menjejaskan kesihatan
perokok.Perokok juga akan mengalami batuk berpanjangan dan sakit
dada.Perokok juga akan menghidap kanser paru-paru dan mungkin
akan membawa maut.
Selain
itu,penampilan diri perokok juga tidak menarik.Nafas perokok juga
berbau busuk dan gigi akan menjadi hitam.Oleh itu,
perokok akan dibenci dan tidak
disukai oleh orang ramai.
Selain
itu,harga rokok pada masa kini juga agak mahal dan boleh
menyebabkan pembaziran.Apabila tidak
membeli rokok,kita akan menjimatkan wang dan boleh membeli keperluan
yang lain.
Selain
itu,ibu hamil yang merokok akan menjejaskan kandungan .Anak yang akan lahir mungkin akan menjadi cacat
atau pramatang.Selain itu,asap rokok juga boleh membahayakan orang
lain.Bagi pelajar-pelajar yang yang merokok ,mereka mungkin akan terjebak dalam
gejala sosial dan ponteng.
Kesimpulannya, merokok amat membahayakan.Oleh itu,marilah kita
menghindari tabiat ini.
Membawa bekal ke sekolah banyak faedahnya.Ceritakan faedah membawa
bekal ke sekolah.
FAEDAH MEBAWA BEKAL KE SEKOLAH
Membawa bekal ke sekolah banyak faedah.Oleh
itu kita digalakkan membawa bekal ke sekolah.
Jika
membawa bekal makanan dari rumah ,
makanan itu lebih terjamin kebersihan dan dapat mengelak
daripada keracunan makanan.Bekal juga lebih berkhasiat.Oleh
itu, kita akan berselera ketika makan.
Membawa
bekal ke sekolah dapat menjimatkan wang.Selain itu,wang saku juga
boleh disimpan.Wang saku yang di simpan boleh digunakan semasa
perlu atau kecemasan.Kita juga dapat meringankan beban
keluarga.
Selain itu,barangan
yang dijual di kantin juga agak mahal.Makanan yang dijual di
kantin tidak mengenyangkan.Perut kita akan berasa lapar dan
semasa belajar kita akan berasa tidak selesa.
Jika kita
membawa bekal lebih,kita boleh makan bersama rakan.Ini dapat mengeratkan
hubungan sillaturahim.Mereka juga tentu akan suka berkawan
dengan kita.
Kesimpulannya,membawa bekal ke sekolah banyak faedah .Oleh
itu,kita digalakkan membawa bekal ke sekolah.Di samping itu,kita
kita dapat mengatasi masalah kenaikkan harga barang.
Kemalangan sering berlaku di negara kita.Ceritakan
punca-punca kemalangan jalan raya.
PUNCA
KEMALANGAN
Kemalangan jalan raya sering berlaku di
negara kita.Kemalangan jalan raya berpunca daripada pelbagai sebab.
Kemalangan jalan raya akibat sikap pemanadu
yang suka cuai,leka,tidak berhati-hati dan mementingkan diri
sendiri.Mereka juga sering memandu dengan cara yang berbahaya dan
tidak berhemah.Terdapat pemandu yang memotong kenderaan sesuka
hati terutama di selekoh atau di garisan berkembar
Selain
itu,kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu yang memandu kenderaan dengan
laju atau melebihi had laju.Selain itu,kemalangan jalan raya juga
disebabkan sikap pemandu suka melanggar peraturan jalan raya.Kemalangan
jalan raya juga,berlaku disebabkan oleh sikap pemandu yang suka berbual-bual
dan bergurau senda ketika sedang memandu kereta.
Pemandu-pemandu
di negara kita juga mempunyai sikap yang suka tidur lewat dan ini
mengakibatkan mereka mudah tertidur,Jadi semasa memandu mereka
akan hilang tumpuan dan ini boleh mengakibatkan kemalangan jalan
raya .
Kemalangan
jalan raya juga boleh disebabkan kerosakkan jalan raya seperti
tidak rata,berlubang dan lain-lain lagi.Ini menyebabkan pemandu-pemandu sering
terbabas dan terlibat dalam kemalangan.
Selain itu, sebelum ke mana-mana kita mestilah memeriksa kereta
supaya dalam keadaan yang sempurna.Ini
boleh mengelakkan kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya,
kemalangan dapat dielakkan dan dikurangkan jika semua pemandu
sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika memandu.
Ucapan Hari Guru.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Yang dihormati
Tuan Pengerusi Majlis,yang diraikan Guru Besar En Radzuan bin Othman,penolong
kanan,guru-guru,kakitangan sekolah dan rakan-rakan sekalian.Saya bersyukur
kepada Tuhan kerana kita dapat meraikan lagi Hari Guru pada tahun
ini.
Di sini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru terutamanya di sekolah ini.Ribuan
terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha
dengan gigih untuk mendidik kami.Kejayaan yang dicapai
oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah membanggakan.Tanpa
bimbang dan tunjuk ajar guru,tentu kita tidak akan berjaya sehingga hari ini.
Pada kesempatan ini,saya mewakili
rakan-rakan sekalian ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga buat cikgu semua.Kami sedar cikgu-cikgu telah memberi komitmen
yang terbaik untuk kami semua.Budi baik dan jasa yang cikgu curahkan
tentunya tidak akan terbalas oleh kami semua.Sekali lagi,saya
mewakili rakan-rakan mengucapkan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Sepanjang kami belajar dengan guru,tentu
ada antara kami yang degil,tidak menyiapkan kerja ataupun membuat
bising namun cikgu masih tidak jemu untuk mengajar kami.Oleh itu,saya mewakili
diri sendiri dan semua ingin memohon maaf seandainya selama ini
kami telah melakukan kesalahan kapada cikgu.cikgu maafkanlah kami
semua.
Sebelum saya mengundur diri,saya
berharap cikgu-cikgu terus mengajar dan mendidik sehingga kami
berjaya.Kami berjanji akan menghadiahkan kejayaan sebagai
membalas budi baik cikgu selama ini.Tentunya,hanya kejayaan yang akan me,beri
semangat dan hadiah kepada cikgu untuk terus berkhidmat dengan lebih
cemerlang.Di samping itu,kamiakan sentiasa mendoakan agar
cikgu-cikgu dan keluarga sentiasa dalam keadaan bahagia dan dihindar daripada
sebarang musibah.Akhirnya,Selamat Hari Guru.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Sekian,terima
kasih.
Fakta
Faedah Jimat –Cermat
Banyak faedah
berjimat-cermat.Kta perlu berjimat cermat terutama semasa kenaikan harga barang.
Kita perlu berjimat-cermat supaya kita bersikap tidak boros.kita mestilah membeli barang yang perlu
sahaja.kita juga mestilah mengelakkan pembaziran.membazir adalah amalan syaitan.
Berjimat-cermat adalah amalan yang baik.kita boleh menyimpan sekiranya kita berjimat cermat.Wang itu akan menjadi banyak.duit itu boleh
disimpan di dalam bank.
Hal
ini juga boleh melatih diri supaya lebih
berdikari.Kita boleh membeli
keperluan sendiri menggunakan wang yang telah disimpan.kita tidak perlu
menyusahkan ibu bapa dan dapat meringankan
beban mereka.
Wang itu juga ,boleh digunakan semasa kecemasan.Contohnya menyambung pelajaran,rawatan penyakit dan
sebagainya.Ini juga boleh mengelakkan
kita daripada berhutang.
Kita perlu mengamalkan
sikap berjimat-cermat.Kita boleh menjadi
contoh kepada orang
lain.
Terangkan
kebaikan kempen kitar semula
Kempen Kitar
Semula
Kitar semula bermaksud meggunakan semula barang terpakai
setelah diproses.Ini dapat menjimatkan
kos menghasilkan barang.
Melalui kempen kitar semula ,kebersihan alam sekitar dapat
dipelihara.Selain itu,barang terpakai yang dikumpulkan dapat dijadikan sumber pendapatan.Bahan yangdikitar
semula pula,dapat menghasilkan barangan
yang baharu.
Seterusnya,kita boleh mengutip dan
mengasingkan barang terpakai mengikut jenis masing-masing.Ini boleh menjaga kebersihan da mengurangkan pencemaran.Secara
tidak langsung ini memberi kesedaran
sivik kepada pengguna.
Kempen Kitar Semula dapat menjimatkan
penggunaan kertas.Oleh itu,dapat mengurangkan
penebangan pokok-pokok.Lngkah ini juga dapat mengurangkan pemanasan global.
Melalui Kempen Kitar Semula
juga,kita boleh mengubah suai barang-barang terpakai.barang-barang ini boleh
dijadikan hiasan dan
mengembangkan bakat kreatif.Kadangkala
aktiviti ini boleh menambahkan wang
saku.
Kesimpulannya,kempen kitar Semula ini sepatutnya diadakan dari semasa ke semasa.Ini dapat memupuk sikap menghargai alam
sekitatr.
Menghabiskan cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Kegiatan
Pada Masa Lapang
Pada cuti sekolah,kita boleh menghabiskan masa
dengan melakukan pelbagai kegiatan.Kita bolehlah menggunakan masa yang
terluang dengan membuat perkara yang berfaedah.
Kita boleh mengulangkaji
pelajaran.Mengulangkaji pelajaran atau membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.Oleh yang demikian, kita dapat meningkatkan prestasi dan lulus dalam peperiksaan.
Selain itu,kita boleh mengamalkan hobi-hobi yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.Contohnya,kita boleh membaca,mengumpul setem, melukis dan sebagainya.Dengan cara ini, kita
bukan sahaja berasa terhibur,
malah kita dapat menambahkan ilmu.Kita juga dapat menghindarkan diri
daripada terjebak dengan gejala
social seperti ponteng sekolah,melepak
dan merosakkan harta benda awam.
Di samping itu juga,kita boleh
membantu ibu dan bapa di
rumah untuk meringankan beban mereka.Kita boleh membantu ibu bapa seperti mengemas
rumah,menjaga adik,mencuci kereta dan sebagainya. .Kesannya,kita
akan lebih disayangi dan dapat mengeratkan hubungan.
Seterusnya,kita dapat
melakukan kegiatan yang berfaedah seperti pergi
berkelah bersama keluarga atau
membuat lawatan ke sesuatu tempat.Kita
boleh pergi ke pantai,air terjun
dan banyak tempat menarik yang boleh
dikunjungi.Ini dapat memberi keseronokan
dan semangat belajar kepada
seseorang pelajar.
Akhir sekali,kita boleh pulang ke kampong untuk
menghabiskan masa
cuti.Kita dapat melakukan pelbagai aktiviti semasa di kampung.Kita harus
mengelakkan daripada membuang masa.Bak kata pepatah,’ Masa Itu Emas’.
Cara Menghargai Warga Tua
Kita
perlulah menghormati orang
tua. Pelbagai cara yang boleh
kita menghargai mereka .
Antaranya
ialah,kita mestilah mengembirakan
mereka.Jangan sesekali kita melukakan hati mereka.Kita
juga tidak boleh memandang
rendah terhadap mereka.Kita juga
tidak boleh mempermainkan perasaan mereka.
Selain
itu,kita haruslah membantu
mereka .Contohnya,kita boleh membuat
kerja rumah atau lain-lain untuk
membantu mereka.Di samping itu,kita juga boleh meringankan beban mereka .Oleh itu ,kita boleh mengeratkan
hubungan silaturrahim.
Seterusnya,kita mestilah taat dan mendengar nasihat mereka. Kita
tidak boleh membantah dan ingkar arahan mereka.Jika kita membuat
perkara seperti itu,ini
akan melukakan hati mereka.Kita haruslah
menegur dan menyapa mereka jika kita berjumpa dengan mereka.
Kita sebagai anak,haruslah membalas jasa ibu
bapa.Contohnya, kita
mestilah menjaga mereka jika mereka sakit
.Kita perlulah menunaikan
tanggungjawab sebagai
seorang anak.Kita haruslah menjaga
mereka jika
mereka sakit pada waktu
tua.
Kesimpulannya,kita perlulah menghormati mereka.Kita juga
boleh
menjadi contoh untuk memupuk sikap yang baik.
Laporan
Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan 2009. SK.Jalan Matang Buluh Bagan
Serai.
SK.Jalan Matang Buluh telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan kali ke-25 pada 18 November 2009. Majlis ini
telah diadakan pada hari Sabtu
bermula pada pukul lapan pagi.Hari
anugerah ini telah diadakan di dewan
sekolah.
Majlis Hari Anugerah ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Tuan Guru
Besar.Pada tahun ini,YB.Sham Bin Sahat telah merasmikan majlis tersebut.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya
dan berharap murid-murid yang tidak berjaya tidak berputus asa.
Selepas
perasmian,beberapa buah persembahan
diadakan untuk para tetamu.Antara
persembahan itu ialah,persembahan boria,tarian tradisional dan
koir.Para hadirin terhibur
dengan persembahan yang telah diadakan.
Penyampaian hadiah diadakan
sejurus persembahan berakhir.Hadiah-hadiah diberikan untuk menghargai kejayaan yang dicapai murid-murid.Kategori hadiah yang disampaikan
adalah hadiah kecemerlangan,hadiah galakan,mata pelajaran terbaik dan tokoh
murid.
Pada
tahun ini,Mohd Izzat Imran Bin Abdul Aziz dan Siti Asmira Binti Jamaludin telah
dipilih sebagai tokoh murid.Semasa
menerima hadiah,pemenang-pemenang kelihatan ceria dan gembira.Ibu-bapa masing-masing berasa bangga atas kejayaan anak-anak
mereka.
Selepas
berakhir acara penyampaian hadiah,ibu bapa dan para jemputan menikmati jamuan yang disediakan oleh
pihak sekolah.Majlis ini telah berakhir pada pukul satu petang.
Disediakan
oleh, 20
NOVEMBER ,2009.
Nurul
syafiqa
(NURUL SYAFIQA BINTI ZANIAN)
Menyudahkan Cerita
… Itulah nasihat mereka kepada aku
Membantu Rakan
Aku dan kawan-kawan sedang makan di kantin.Aku melihat murid-murid beratur dengan tertib semasa membeli makanan.
Tiba-tiba aku
ternampak seorang murid sedang menangis.Aku
segera menghampiri budak
itu.Lantas aku bertanya
kepada budak itu sebab –sebab dia menangis.
Budak itu
memberitahu bahawa nasi yang dibelinya sudah tertumpah.Aku berasa kasihan.Tambahan
pula dia tidak mempunyai wang lagi.Aku memujuk budak itu supaya tidak menangis lagi.
Aku kemudiannya membelikan sepinggan nasi dan segelas air.Aku memperlawa budak itu makan.Aku gembira dapat menolong budak
itu.
Selepas makan,budak itu mengucapkan terima kasih kepada aku.Barulah aku
lihat kegembiraan di wajahnya.Sebelum dia berlalu,aku menasihatnya supaya berhati-hati semasa membeli makanan.
Sebagai insan yang
bertanggungjawab,ibu bapa selalu menasihatkan
kita supaya menolong orang yang dalam kesusahan.Itulah nasihat mereka kepada aku.
Soalan: Semua orang menyayangi ibu bapa masing-masing.
Ceritakan bagaimana kamu membalas
jasa dan menyayangi mereka.
Membalas Jasa Ibu bapa
Semua
orang mempunyai ibu bapa.Kita sebagai anak mereka kita perlulah menyayangi
mereka dan menolong mereka sebagai tanda membalas
jasa mereka.
Jika kita ingin menjadi anak
yang baik,kita hendaklah taat dan
mematuhi kepada mereka.Janganlah
sesekali kita melawan cakap atau arahan mereka.Cara untuk menghormati
mereka ialah berjalan dengan sopan-santun
ketika lalu di hadapan mereka.
Kita haruslah mengikut
saja arahan yang disuruh.Kita bantulah
mereka secara sukarela.Dengan cara itu, kita dapat meringankan beban mereka.
Kita sebagai pelajar, perlulah rajin belajar demi masa depan.
Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai kejayaan untuk mengembirakan
hati ibu bapa.Ibu bapa juga akan berasa bangga keatas kejayaan kita.
Cara untuk membalas jasa ibu
bapa kita ialah,membantu ibu,
membasuh pinggan,membantu ayah mencuci
kereta dan sebagainya.Kita mestilah
menjaga mereka sewaktu
mereka sakit seperti mereka menjaga kita.Berilah kepada mereka barang keperluan,harta ataupun
wang.Janganlah sesekali kita membiarkan mereka hidup
bersendirian.
Kita sepatutlah menyayangi mereka seperti mana
mereka menyayangi kita.Janganlah kita mengecilkan hati mereka kerana mereka
telah banyak barkorban untuk kita.
UCAPAN.PERPISAHAN DENGAN GURU
Yang berusaha Tuan Guru Besar ,yang diraikan Encik Jasmi Bin Karim
,guru-guru dan rakan rakan sekalian.Saya mewakili
rakan –rakan ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang
berucap dalam majlis ini.
Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan khas untuk meraikan Cikgu Jasmi yang akan
bertukar sekolah.Beliau akan dinaikkan
pangkat sebagai Guru Besar di Taiping.Walaupun gembira tetapi kami berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan cikgu.
Sepanjang cikgu berada di
sekolah ini banyak sumbangan dan jasa
yang telah dicurahkan. Cikgu seorang yang
rajin, gigih dan berdedikasi. Pada tahun ini, sekolah kita telah
menjadi johan dalam
pertandingan kawat kaki peringkat kebangsaan hasil tunjuk ajar cikgu. Oleh itu,
kami mengucapkan ribuan terima kasih.
Semasa cikgu berada di
sekolah ini, tentu ini ada di antara kami yang membuat kesalahan dan kesilapan. Misalnya ada yang tidak menyiapkan kerja sekolah, bersikap
kasar, menyakiti hati dan sebagainya. Jadi, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon maaf kepada cikgu. Bak
kata perpatah, “Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan”.
Kami berharap cikgu dapat menyesuaikan diri di sekolah
yang baharu. Kami juga mengharapkan cikgu mendoakan
kejayaan kami. Selain itu, cikgu janganlah
melupakan kami di sini.
Setakat ini sahajalah
ucapan saya pada pagi ini. Sekali lagi kami mengucapkan tahniah dan selamat bertugas.
Sekian,terima kasih.
Kamu telah
terpilih mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan
peringkat
daerah.Tajuk syarahan tersebut ialah, “Pentingnya Menjaga
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesihatan Diri ’’.Tulis
syarahan kamu selengkapnya.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pentingnya
Menjaga Kesihatan Diri
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Yang
berusaha Tuan Pengerusi Majlis, guru besar-guru besar, panel hakim
yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.Pada pagi ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
,"Pentingnya Menjaga
Kesihatan Diri".
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hadirin
sekalian,
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesihatan diri amat penting
bagi kita dalam menjalani kehidupan
seharian. Kita perlulah mengambil makanan yang seimbang
dan hendaklah selalu
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
bersenam.
Jika tidak menjaga kesihatan diri, tentu kita akan mudah diserang
penyakit.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Selain
itu, kesihatan perlu dijaga supaya kita sentiasa sihat. Oleh
yang
demikian, kita dapat menjalankan aktiviti
tanpa sebarang halangan.Hidup kita
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
juga tentu lebih ceria dan bahagia.Ini
juga mengelakkan kita daripada berasa
jemu dan bosan.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika
tidak menjaga kesihatan diri mungkin kita akan diserang penyakit
yang berbahaya seperti kencing
manis,paru-paru,jantung,darah tinggi dan
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
sebagainya.Ini tentunya akan menyusahkan diri dan
keluarga. Tambahan pula,
penyakit-penyakit ini memerlukan rawatan rapi
pada setiap bulan. Bagi
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
pesakit buah pinggang pula,mereka terpaksa menanggung
kos yang sangat
mahal.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hadirin
sekalian,
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesihatan
juga amat penting terutama untuk ketua keluarga.Mereka
perlu bekerja untuk mencari rezeki dan
punca pendapatan. Jika kesihatan
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
baik, mereka boleh menyara keluarga
setiap bulan tanpa sebarang masalah.
Jika kita sakit pula, kita tidak akan dapat
bekerja dan ini tentu akan membawa
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
masalah kepada sesuatu
keluarga.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Setakat
ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Sekali lagi saya
menegaskan supaya semua hadirin menjaga kesihatan diri. Tanpa
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kesihatan yang baik, hidup tidak bermakna
dan terasa kosong sahaja.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sekian,
terima kasih.
|
Tkde karangan PASCA BANJIR KE ?????
ReplyDelete