baaelunsiber

Monday, September 10, 2012

CONTOH KARANGAN PERCUBAAN JOHOR 2012



CONTOH KARANGAN PERCUBAAN JOHOR 2012

1  Kamu telah dipilih untuk menjadi ketua kelas tahun enam. Dalam satu majlis khas yang diadakan, kamu telah diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan pelantikan itu.
Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

Yang berusaha Guru Kelas Encik Jasmi Bin Karim ,guru-guru dan rakan rakan sekalian.Saya  ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.

Hadirin  sekalian,
      Majlis ini diadakan khas untuk memaklumkan secara rasmi pelantikan saya  sebagai Ketua kelas Enam Berlian.Saya bersyukur dan gembira sebab dilantik sebagai ketua.Saya sedar tanggungjawab ini amat berat dan mencabar.

      Dalam majlis ini saya ingain mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan guru kerana member kepercayaan kepada saya.Saya berpendapat ramai lagi yang layak daripada saya.Walau bagaimanapun,saya berharap rakan-rakan akan membantu dan member kerjasama.

Di sekolah,memegang jawatan  sangat penting.Melalui tugasan dan jawatan yang dipegang akan dapat membentuk sahsiah terbaik dan jati diri yang unggul.Kawan-kawan janganlah menolak jika diberi jawatan.Selain itu,jawatan itu juga sebagi merit untuk kita melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama.
 
Saya berjanji akan menjalankan tugas  dengan amanah dan sebaik mungkin.saya tidak akan mengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan tugas.Saya berharap kelas Enam Berlian menjadi kelas yang terbaik dan contoh kepada kelas-kelas yang lain.

Setakat ini sahajalah ucapan saya kali ini.Harapan saya agar semua kawan-kawan akan menyokong dan member kerjasama kepada saya.’Bersatu teguh Bercerai Kita Roboh”.

Sekian,terima kasih.




CONTOH KARANGAN PERCUBAAN JOHOR 2012

2  Tulis karangan yang bertajuk "Cara-cara Menghormati Ahli Keluarga".


Semua orang mempunyai keluarga.Kita sebagai ahli keluarga  mestilah saling menghormati antara satu sama lain.
            Sebagai ahli keluarga kita tidak boleh melukakan hati mereka.Kita perlu menghormati mereka walaupun mereka kurang pandai atau kurang upaya.kita tidak boleh memandang rendah atau memperkecil mereka.       
Selain itu,kita boleh membantu keluarga di rumah.Kita boleh membantu menyapu sampah, membasuh pinggan,membantu ayah mencuci  kereta dan sebagainya.Ini dapat meringankan beban keluarga.secara tidak langsung dapat mengeratkan hubangan kekeluargaan.
Di samping kita perlu menjadi anak yang baik.Kita hendaklah taat dan mendengar nasihat ahli keluarga yang lain.Janganlah sesekali kita melawan cakap atau arahan mereka.Selain itu, kita boleh berbudi bahasa dan berjalan dengan sopan-santun ketika lalu di hadapan mereka.
            Selain itu, kita juga hendaklah meminta izin kepada ahli keluarga jika ingin meminjam sesuatu.ini dapat mengelakkan perselisihan faham.Kita juga boleh mengeratkan hubungan dengan menghadiahkan sesuatu semasa ahli keluarga kita berjaya,menyambut hari jadi dan sebagainya.Kita juga menjaga maruah ahli keluarga kita.      
Kesimpulannya ,banyak cara untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.Keluarga amat penting sebab mereka orang yang hampir dengan kita.

      
CONTOH KARANGAN PERCUBAAN JOHOR 2012

  


3    Kamu pern ah menyertai suatu aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan di sekolah kamu.

Ceritakan pengalaman kamu semasa kamu menyertai aktiviti tersebut.

Saya telah menyertai satu aktiviti kokurikulum iaitu perkhemahan pada cuti penggal yang lalu.Perkhemahan itu diadakan di sekolah dan dijalankan selama tiga hari 2 malam.
           
            Pada petang Jumaat kami semua berkumpul di sekolah.Kami mendengar  taklimat daripada  Komandan Kem  iaitu Cikgu Faizal Tahir.Selepas itu, kami diagihkan mengikut kumpulan.Kami kemudian diarahkan untuk memasang khemah masing-masing.
           
Pada awal  pagi kami sudah bangun.Selepas bersarapan kami diarahkan mengemaskan khemah masing-masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah  paling cantik dan kemas.Kumpulan Zul telah diumumkan sebagai pemenang.
           
Selepas itu,satu pertandingan memasak telah diadakan.Semua bahan telah disediakan oleh guru-guru .Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan menggoreng ikan.Pemenang dikira berdasarkan keenakan dan susunatur serta hiasan.Kali ini kumpulan ku telah muncul sebaga johan.

            Selepas makan malam,persembahan malam kebudayaan diadakan.Setiap persembahan mengikut unit uniform masing-masing.Antara persembahan adalah seperti nyanyian,tarian,lakonan dan sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi johan dengan persembahan boria yang menarik.

            Keesokan hari,kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan.Penyampaian hadiah turut diadakan kepada pemenang.Selepas itu,saya  dan  kawan- pulang dengan perasaan yang gembira.





2 comments: