Selasa, 18 September 2012
CARA TIDUR RASULULLAH SAW ADALAH YANG TERBAIK
Berwuduklah sebelum tidur |
Sabda Baginda SAW bermaksud:
“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang,
kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan
tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia
menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa
Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan
bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah,
sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur
mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang
sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering
diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan
tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan
kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan
badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Jangan tidur atas pokok!! |
Anak Rasulullah SAW, Fatimah
pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu
rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak
dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW
mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir
pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah
sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment