baaelunsiber

Thursday, May 19, 2016

Kamu pernah menghadiri majlis perkahwinan. Ceritakan pengalaman kamu semasa menghadiri majlis tersebut.



Saya telah menghadiri satu majlis perkahwinan di rumah bapa saudara saya di Simpang Lima, Parit Buntar.Saya dan keluarga bertolak lebih awal kerana majlis itu merupakan rumah saudara terdekat ayah saya.
            Sehari sebelum majlis berlangsung, penduduk –penduduk kampong bergotong-royong untuk mendirikan khemah.Kami juga menyusun meja dan kerusi dengan kemas.Di samping itu,pekerja Romzi Studio bertungkus -lumus untuk menyiapkan sebuah pelamin yang sungguh cantik.Pada malamnya saya membantu untuk menyiapkan dan membungkus cendera hati.
            Keesokan harinya,pagi-pagi  lagi penduduk-penduduk kampung  telah memasak lauk- pauk  dengan diketuai oleh seorang tukang masak yang mahir.Antara lauk-pauk yang disediakan seperti ayam goreng berempah,daging masak merah,dalca,gulai daging dan buah-buahan.Aktiviti memasak ini nampaknya meriah  kerana mereka memasak sambil berbual-bual dan berjenaka.
            Majlis pada pagi itu seterusnya dimulakan dengan majlis marhaban dan bacaan doa selamat.Selepas itu,orang ramai mula hadir ke majlis perkahwinan saudara saya .Tetamu yang hadir akan bersalaman dengan bapa sadara saya dan menghulurkan sampul yang berisi wang.Sebagai balasan,para tetamu diberikan cendera hati sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir.

            Para tetamu seterusnya dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan.Mereka akan makan di bawah khemah yang disediakan.Selain itu, tetamu juga dihidangkan makanan sampingan seperti buah-buahan,mi,laksa,bubur dan cendol.Para tetamu yang hadir kelihatan membawa keluarga masing-masing.Saya amat asyik melihat gelagat kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan ini.

            Tidak lama kemudian ,pengantin dan rombongan pun tiba.Pasangan pengantin yang sama cantik itu diarak dengan paluan kompang sebelum mereka disandingkan di atas pelamin.Semasa bersanding ,pasangan pengantin dihiburkan dengan satu pertunjukkan seni silat melayu.Selepas itu, pengantin makan dan bersalam-salam dengan tetamu yang hadir.

            Pada pukul empat petang majlis pun berakhir.Sebelum pulang, saya bersalam-salaman dengan bapa saudara saya. Kalau ada kesempatan saya ingin ke majlis perkahwinan yang lain kerana  ingin merasai kemeriahan seperti majlis perkahwinan saudara saya.

6 comments: