baaelunsiber

Tuesday, September 3, 2013

pra-upsr 2013



Kamu pernah mengalami peristiwa yang  mencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.
Peristiwa Yang Mencemaskan

Hujan sudah turun tidak berhenti-henti selama seminggu.Air di kawasan rumahku sudah mula melimpah.Kami sekeluarga mula berasa cemas.

          Kami mendapati  hujan terus turun dengan lebat dan air mula memasuki ruangan dapur rumah. Ibu mengarahkan aku menjaga adik kecilku. Aku akur dengan arahan ibuku walaupun aku terasa bimbang.

         Tidak lama kemudian,air semakin naik.Kami sekeluarga mula berkemas.Aku membantu ayah dan ibu mengangkat barang dan diletakkan di tempat yang tinggi.Air mula sampai ke paras pinggang.

         Ayah segera menelefon pihak keselamatan untuk meminta bantuan.Kami terpaksa duduk di tempat tinggi sementara menunggu bantuan tiba.Ayah juga sempat menutup suis elektrik sebagai langkah keselamatan

       Tidak lama kemudian sebuah bot tiba di rumah kami.Ayah hanya membawa sedikit pakaian dan dokumen-dokumen penting.Kami kemudian dibawa ke sebuah pusat pemindahan banjir.

        Aku bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat daripada peristiwa yang mencemaskan ini.Namun aku sedih kerana banyak harta benda,haiwan ternakan dan tanam-tanaman  ayahku musnah.   



No comments:

Post a Comment