baaelunsiber

Tuesday, September 3, 2013

PEPERIKSAAN SELARAS 2 T5 2013



1 Ibu mengejutkan aku dan adikku yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Kamidiberitahu bahawa hujan sedang turun dengan lebat dan air mula memasuki ruangan dapur rumah. Ibu mengarahkan aku menjaga adik kecilku. Tiba-
tiba...
(Mulakan karangan kamu dengan :"Tiba-tiba..."
Pengalaman Semasa Banjir
         Tiba-tiba aku mendengar adikku mulai
menangis.Rupa-rupanya ,air semakin naik.Kami sekeluarga mula berkemas.Aku membantu ayah dan ibu mengangkat barang dan diletakkan di tempat yang tinggi.Air mula sampai ke paras pinggang.

         Ayah segera menelefon pihak keselamatan untuk meminta bantuan.Kami terpaksa duduk di tempat tinggi sementara menunggu bantuan tiba.Ayah juga sempat menutup suis elektrik sebagai langkah keselamatan

       Tidak lama kemudian sebuah bot tiba di rumah kami.Ayah hanya membawa sedikit pakaian dan dokumen-dokumen penting.Kami kemudian dibawa ke sebuah pusat pemindahan banjir.

        Dalam perjalanan, aku dapat melihat suasana banjir di kampungku.Banyak rumah ,pokok-pokok tanaman dan harta benda yang ditenggelami air terutama di kawasan rendah.Terdapat juga haiwan-haiwan mati kerana tidak dapat menyelamatkan diri.

       Di pusat pemindahan ,kami diberi bantuan makanan,pakaian dan ubat-ubatan.Kami terpaksa memasak makanan sendiri dan beratur semasa mengambil makanan.Aku dan keluargaku tinggal di pusat pemindahan ini selama seminggu.

        Aku bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat daripadabencana ini..Namun aku sedih kerana banyak harta benda,haiwan ternakan dan tanam-tanaman  ayahku musnah.   

No comments:

Post a Comment