baaelunsiber

Monday, July 29, 2013

Walaupun sebelah daripada kakiku tiada lagi,namun aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat sinaran



PERCUBAAN PERAK 2013
Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah.
… Walaupun sebelah daripada kakiku tiada lagi,namun aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat sinaran matahari.
Hari ini merupakan hari yang sungguh gembira bagi keluargaku. Kami sekeluarga akan pergi  bersiar-siar dan makan angin di Pulau Pinang.

        Setelah sehari suntuk berada di sana kamipun pulang . Tiba-tiba , aku tersentak mendengar  bunyi dentuman yang sangat kuat di hadapanku. Aku yang tertidur di dalam kereta yang dipandu ayah  terjaga .
       
         Aku ternampak sebuah lori melintang di atas jalan raya.Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati satu kemalangan jalan raya telah berlaku. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan  kereta kami sekeluarga.

        Kereta ayahku tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya.Aku cuba menggerakkan kaki untuk keluar tapi tidak berjaya.Aku melihat ayah dan ibuku ,abang dan adik hanya cedera ringan sahaja.Rupa-rupanya ayahku sempat mengelak daripada bertembung dengan lori tersebut.

        Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Mereka segera menghulurkan bantuan kepada kami  dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Aku bersyukur sebab semua keluargaku selamat. Serpihan kaca bertaburan di atas jalan raya.

        Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba.Aku dan keluargaku dibawa ke hospital yang berhampiran.Aku terpaksa diusung dengan sebuah pengusung.Aku menangis  kerana menahan rasa sakit sebelum sampai ke hospital.

       Aku amat trauma kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu. Walaupun sebelah daripada kakiku tiada lagi,namun aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat sinaran matahari.

No comments:

Post a Comment