baaelunsiber

Tuesday, July 23, 2013

Bersenam baik untuk menjaga kesihatan badan. Bincangkan pernyataan ini.

-       bersenam-aktiviti melakukan gerak badan untuk kesihatan
-       gerakan fizikal yang mengeluarkan peluh
-       perjalanan darah menjadi lebih baik dan lancar
-       menjadikan otak lebih cerdas
-       memudahkan memahami pelajaran
-       mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
-       bersenam penting untuk kesihatan badan
-       badan cergas otak cerdas
*              Idea-idea lain yang berkaitan boleh diterima

PERCUBAAN UPSR PERAK 2013
Bersenam baik untuk menjaga kesihatan badan.
Bincangkan pernyataan ini.

Bersenam adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk diamalkan.Kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

       Apabila bersenam , kita dapat melakukan banyak aktiviti gerak badan seperti regangan,kelenturan dan kepantasan.Kesannya , badan akan berpeluh dan kita akan lebih sihat dan cergas.Aktiviti senaman ini juga dapat membantu kita semasa bermain permainan dan kita tidak mudah tercedera.

       Selain itu, bersenam dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.Perjalanan darah menjadi lebih baik dan jantung akan berfungsi dengansempurna.Oleh itu, badan menjadi cergas dan otak menjadi cerdas.Banyak orang yang berjaya dengan cemerlang kerana banyak bersenam.

      Di samping itu, bersenam pada waktu petang dapat mengisi masa yang terluang.Kita akan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa seperti lepak,berjalan tanpa arah tujuan,berborak kosong dan sebagainya.Sebagai seorang murid, bersenam juga dapat menghilangkan  rasa tekanan setelah penat belajar.

       Namun demikian,aktiviti senamam ini juga membawa keburukan.Akibat kepenatan terdapat murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu.Kadang kala,  aktiviti ini disalahguna dan masa banyak dihabiskan dengan berbual-bual kosong, lepak,menganggu orang lain dan ada murid-murid yang mula merokok bersama-sama rakan.

       Kesimpulannya, bersenam lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan.Bersenam dapat menghindarkan kita daripada menghidapi penyakit yang berbahaya.



No comments:

Post a Comment