Petua Cara Merawat Panau Dan Kurap Dengan Segera | Mungkin ada
sesetengah dari kita malu nak tanya atau mencari kaedah untuk merawat
'peta'2 yg bercorak dibadan muka dan lain2 tempat . Di sini ada sedikit petua dan cara-cara merawat panau
secara traditional untuk dikongsikan. Memang banyak kaedah2 lain untuk
berubat selain dari beli ubat di farmasi kita juga boleh berubat dengan
cara traditional.
Pokok Diatas Tu Namanya Lengkuas Genting . Caranya nak gunakanya ada di bawah .
Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;
1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.
2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.
3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.
4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.
Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.
Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.
Begini caranya;
1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.
2. Bersihkan daun serta akar tadi.
3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.
4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.
5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.
6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.
Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.
Banyak lagi daun2 yg boleh kita jadikan ubat untuk mengelak panau dan kurap ni . Kongsilah bersama , jangan kedekut illmu!
No comments:
Post a Comment